Penerbit drama Biar Jadi Kaktus, Saide Yaakub megumumkan produksinya terpaksa mengugurkan pelakon utama drama tersebut, Aliff Aziz ekoran masalah disiplin.

Memetik Sinar Harian, pelakon tersebut sepatunya bergandingan bersama Uqasha Senrose tetapi namanya terpaksa digugurkan pada saat akhir, digantikan dengan aktor baru Atoi Tohet.

Tambah Saide, sebagai individu yang telah lama berkecimpung dalam dunia penerbitan dan penyiaran, dia amat mementingkan disiplin sama ada krew mahu pun selebriti terkenal.

Ads

“Pada asalnya dia sudah bersetuju untuk berlakon dan cek untuk pembayaran juga telah dikeluarkan tapi dia tidak dapat ambil. Bila minta dia datang, dia bagi pelbagai alasan.

“Orang meniaga tak boleh nak tunggu, kita pun nak untung. Kalau asyik nak tunggu macam mana nak mulakan pengambaran,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelas Saide, walaupun populariti Atoi belum menyinar tetapi pemilihan Atoi bukanlah sekadar tangkap muat, sebaliknya sudah mendapat persetujuan pengarah dan juga stesen TV.

Ads

Terdahulu, drama Biar Jadi Kaktus arahan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar merupakan sebuah drama adaptasi novel yang diterbitkan oleh Grup Buku Kumpulan Media Karangkraf.

Ads

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI