“Penceraian Tidak Bermaksud Harus Membenci,”- Fasha Sempoi Duduk Sebelah Dudanya, Jejai. Tengok Anak Buat Persembahan Bersama!

Share

Bersikap profesional pelakon Fasha Sandha dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli atau lebih sinonim dengan panggilan Jejai dipuji netizen. 

Baru-baru ini mereka telah menghadiri satu majlis keramaian di mana kedua-dua anak mereka, Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemaima melakukan persembahan khas di sekolah. 

Gambar tersebut menyaksikan Fasha dan Jejai duduk bersebelahan dan memberi sokongan kepada kedua-dua anak mereka itu. 

Selain itu, Fasha juga sempat merakam gambar bersama mereka empat sekeluarga.

“Penceraian~ tidak bermaksud kita harus membenci. Lakukan yg terbaik demi anak2 kecil yg tidak berdosa, agar anak2 membesar dlm suasana penuh kasih sayang. Walauapa juga kisah disebalik Penceraian rumahtangga biarlah hanya org dewasa, krn minda mereka tidak berdaya memikirkan soal masalah”, tulis Fasha.

Untuk rekod, Fasha dan Jejai telah berkahwin pada 

April 2012 dan bercerai pada Januari 2016.

Bagaimanapun, Fasha kini sudah mengikat tali pertunagan bersama Aidil Aziz pada  November lepas. 

Foto : IG Fasha Sandha 

IKLAN