Isteri kepada Tomok, Rahayu Abas ada berkongsi coretan perihal penantian dia sekeluarga dalam menantikan zuriat perempuan. Perkongsian itu dibuatnya menerusi satu posting terkini di Instagram.
Jelasnya yang mesra disapa Ayu, dia bersyukur kerana rezeki untuk mendapatkan cahaya mata perempuan dimakbulkan.
Malah, dia turut meminta para ibu seusia yang ingin tambah zuriat agar terus usaha dan jangan putus doa.
“Journey of my baby girl. Alhamdulillah…syukur ke hadrat Allah…rezeki dan penantian selama 5 tahun untuk dapat baby girl dimakbulkan.
“Memang agak sukar untuk conceive terutama ibu-ibu yang sudah berusia atau mempunyai masalah ( I’m feeling it too)…tapi harap ibu-ibu diluar sana jangan putus asa…teruskan berusaha and berdoa,” pintanya.
Ads
Ayu turut mendedahkan, dia mendapat tahu kehamilan sebaik pulang bercuti dari Pulau Tioman.
“Finding i’m pregnant after coming back from holiday at Pulau Tioman dalam usia 41 tahun. Gembira, risau and mcm2 perasaan coz it’s a risk of baby & mother health too..but keep going doa and think positif and also jaga diri.
“After 40 weeks, rabu malam start mild contraction…dibu tak boleh tido over night…the contraction keep going and continuing untill subuh hari khamis…dibu berkira2 nak ke hospital.
Ads
“Bukan apa dibu kesian dekat 2 little boys dibu still sleep…nak bangun subuh dibu tengok ada bleeding…ooo…maybe dah tanda kot..dgn contraction yg berterusan i keep jalan rilek2…siap2kan diri..bag semua dah ready dalam kereta then kejutkan my hubby.
“Sampai hospital, checking that dibu dah ada bukaan 3cm…and the contraction keep continuing…i did COVID-19 test too…lepas azan zohor dalam 1.25pm lahirlah seorang princess berat around 2.98kg pada 04.06.2020.
“And of course kelahiran dalam waktu-waktu COViD-19 kita terikat dengan SOP yang harus di ikuti….just handling my baby for a while…dibu kene isolate dgn baby sehingga result COVID-19 keluar.
Ads
“Terima kasih to all my family, friends and follower yang wish and doakan dibu sepanjang tempoh pregnancy sampai deliver.
“Thank you to my lovely husband yang sentiasa ada dalam susah & senang….we manage to harungi bersama dengan dugaan, kekangan, halangan & everything together….i love u so much … ayu sayang shah.
“To Arrian & Andra wait for dibu k…will bring your little princess sister going back home soon,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, pada 2 Julai 2011.
Hasil perkongsian hidup, keduanya turut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik sensasi Nur Sajat menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran buat bapanya.
Meski jauh di Australia, Sajat turut menyatakan rasa rindu buat bapa tersayang.
“Selamat hari jadi buat ayah ku di cintai. Jauh di sudut hatiku, walaupun Ajad jauh, kerinduan pada ayah amat Sajat sayangi. Selamat hari jadi ayah.
“Ajad di sini sedang bina kejayaan baru, insyaAllah, kita akan bersama kembali. Cuma masa yang menentukannya. Salam sayang perantau dari anakmu,” tulisnya lagi.
Tidak dinafikan, penggunaan media sosial di alam maya adalah sangat penting kepada selebriti untuk mengekalkan hubungan baik bersama peminat.
Baru-baru ini, pelakon Noralbaniah mengakui bilangan pengikut di akaun Instagram miliknya kini semakin berkurang selepas senyap seketika berkongsi perkembangan terkini di laman media sosial.
Meski begitu, pelakon berusia 50 tahun ini tidak berasa bimbang sekiranya pengikut dan peminat tidak lagi mengikutinya di laman media sosial berkenaan.
Jelasnya, sebagai seorang pelakon dia tidak mengejar bilangan pengikut di alam maya untuk mengejar populariti supaya dikenali ramai.
“Rupa2 nya bila senyap lama dalam ig tak post gambar, follower lari! Macam tu pulak. Takpe la..saya bukan nak kejar glamour dan follower.
“Dalam alam maya ni bukan boleh main kejar mengejar..haha..#dosueyewear,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
“Kita akan dapat berita gembira lagi beberapa minggu dan akan dapat bersama dengannya.”
Demikian kata anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar, ketika ditanya mengenai ‘kehilangan’ rakan seperjuangannya, Yassin Yahya, dari radar industri hiburan sejak beberapa bulan lalu.
Menurut Azlee, sahabatnya yang dianggap seperti adik bongsu dalam Senario itu berada dalam keadaan baik, berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada isteri Yassin.
Mendoakan Yang Terbaik
“Saya percaya semua orang pun sudah tahu dia ada di mana. Bagi saya, di mana pun dia berada, doakan yang baik-baik untuk dia,” katanya.
Azlee berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Bazaar Raya Shah Alam x Azlee Senario di Kelab Shah Alam, pada Selasa.
Azlee turut berkongsi rasa ‘cemburu’ dengan Yassin yang berpeluang menjalani ibadah puasa di tempat yang lebih baik sepanjang Ramadan ini.
“Sebenarnya saya pun sedih sebab kita puasa di sini, tapi dia dapat buka puasa ‘di sana’, betapa untungnya. Itu adalah satu rahmat yang Allah bagi.
“Yassin sebenarnya mahu menambah ilmu. Kita perlu menambah ilmu-ilmu, jadi dia sedang menuntut dan mungkin selepas ini dia akan mengajar kita pula,” katanya lagi.
Meski tidak mahu mengulas lanjut mengenai keberadaan Yassin buat masa ini, Azlee bagaimanapun memberi bayangan sahabatnya itu sedang berada dalam fasa ‘menimba ilmu’ dan mungkin akan berkongsi pengetahuannya di masa hadapan.
Konsert Senario Oktober Ini
Dalam perkembangan lain, Azlee berharap agar semua anggota Senario, termasuk Yassin, dapat bersama menjayakan konsert berskala besar di Stadium Merdeka yang dijadualkan pada Oktober tahun ini.
“Kita sebenarnya ada konsert besar Senario pada bulan Oktober ini di Stadium Merdeka dengan sasaran pengunjung 40,000 orang.
“Ini giliran Senario pula untuk masuk ke sana, jadi kami memang mengharapkan semua anggota ada,” katanya.
Terdahulu, ketiadaan Yassin dalam kumpulan Senario menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat dan susulan itu, pelbagai spekulasi mula tersebar sejak Oktober tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.