Sebentar tadi telah berlangsungnya majlis kesyukuran dan doa selamat yang diadakan oleh penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Dalam majlis tersebut, Siti telah membuat pengumuman dan menjelaskan tentang mengapa dirinya berehat daripada karier seninya kebelakangan ini.

Menyedari pelbagai spekulasi telah dibuat sepanjang tempoh berkenaan, akhirnya Siti tampil membuat pengumuman khas itu.

Penyanyi tersohor ini telah mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil empat bulan.

“Saya melalui fasa dan tempoh tertentu, saya dan suami mencapai kata sepakat untuk mengumumkan kepada semua bahawa alhamdulillah saya hamil empat bulan,” ujar Siti dengan penuh rasa kesyukuran.

Siti berkata lagi tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa gembira dan syukurnya dia dengan pemberian daripada ALLAH SWT ini.

“Selepas 11 tahun kami bersabar, inilah juga menjadi sebab utama saya memilih untuk berehat kerana kandungan dan bayi ini menjadi keutamaan saya,” ujarnya lagi.

Terpancar wajah ceria Siti semasa membuat pengumuman tersebut. Akhirnya penantian Siti dan suami selama 11 tahun untuk mendapatkan cahaya mata termakbul jua.

IKLAN

Penantian 11 Tahun, Tahniah Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan

Siti juga turut mengakui dia melalui rawatan di sebuah pusat perubatan dan membuat keputusan untuk betul-betul berehat dan tidak mengambil sebarang tawaran kerja atau aktiviti bagi menumpukan sepenuh perhatiannya kepada proses rawatan yang dilalui.

“Alhamdulillah ALLAH memberikan saya rezeki ketika umur saya 38 tahun ini dalam ulang tahun perkahwinan yang ke-11 dan inilah sebenarnya usaha saya,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Siti juga turut mengambil kesempatan untuk menjelaskan kepada sesetengah pihak untuk memahami keadaannya yang tidak dapat memenuhi sebarang undangan sejak beberapa bulan yang lalu.

IKLAN

Namun begitu, penyanyi ini mengatakan dia sedia untuk bertolak ansur dengan tawaran yang memahami keadaannya yang tidak boleh lasak.

Siti juga berkata dia bakal bekerjasama dengan Yayasan Pintar di mana Siti merupakan salah seorang daripada ahli lembaga pengarah dan dia perlu melunaskan beberapa aktiviti bersama mereka namun aktiviti tersebut tidak memerlukan dia melakukan aktiviti yang berat.

Tambahnya lagi dia harus berehat demi cahaya mata yang diimpikan selama ini.

IKLAN

Akhir kata daripadanya, dia dan suami mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada semua pihak.

Penantian 11 Tahun, Tahniah Siti Nurhaliza Hamil 4 Bulan

Tidak lupa juga Siti mengharapkan doa daripada semua agar bayi dalam kandungannya sentiasa sihat diberi kesempurnaan dan dikurniakan anak yang soleh ataupun solehah yang menjadi impiannya selama ini.

Kami di MH Online turut teruja dan gembira dengan perkhabaran ini, semoga Siti dan kandungannya setiasa diberi kesihatan yang baik sepanjang menjalani proses kehamilan dan diharapkan segalanya baik-baik sahaja sehingga saat melahirkan nanti.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/vb.58447413434/10155082405688435/?type=2&theater

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI