“Penantian 7 Tahun Berbaloi,” – Tahniah! Terima Rezeki Zuriat, Penyampai Radio Suraya Borhan Selamat Bersalin

Share

Penyampai radio, Suraya Borhan selamat menimang cahaya mata perempuan kira-kira jam 3.46 petang, 27 Mac lalu.

Sambil merakam rasa syukur, kelahiran tersebut menjadi lebih bermakna selepas tujuh tahun menanti orang baru dalam rumah tangganya.

“Gembira dan rasa bersyukur sangat. Hasil penantian tujuh tahun berbaloi,” katanya.

Bintang radio berusia 38 tahun itu turut berkongsi foto puteri sulungnya itu di Instagram.

“My baby is here..After 7 years of waiting!! Tq for all the prayers,” tulisnya.

Terdahulu, Suraya melahirkan bayinya seberat 3.23 kilogram secara pembedahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.

Sekadar imbasan, Suraya dan suaminya Mohd Johanif Mohamed Nadzirin mendirikan rumah tangga pada April 2013.

Foto: Instagram Suraya Borhan

IKLAN