Penantian 10 Tahun Berakhir, Isteri Irwanshah Selamat Bersalin Anak Sulung, Sepakat Pilih Nama Ukkasya Muhammad Syahki

Share

Penantian pelakon popular Indonesia, Irwanshah selama 10 tahun untuk menimang cahaya mata pertama kini bukan lagi mimpi apabila dia memaklumkan isterinya, Zaskia Sungkar kini telah selamat melahirkan putera sulung mereka pada petang Selasa.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Irwanshah menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Bayi lelaki seberat 3.4 kg kini berada dalam keadaan yang baik tanpa sebarang komplikasi.

“Assalamualaikum anak shaleh ku , Ukkasya Muhmmad Syahki anak baik , Qurrata a’yun nya mami papa yangg nyusu nya nonstop 🤣 ‎مَا شَاءَ اللَّهُ

“Terimakasi banyak Dr @reinorambey , @drtiwi , @rsiabundajakarta , @morulaivf_jakarta , dan teman-teman semua yang belum pernah ketemu tapi doa nya luarrr biasa,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Heart ini turut memaklumkan dia dan isteri telah sepakat untuk menamakan putera sulung mereka itu Ukkasya Muhammad Syahki.

Pada masa sama, Irwanshah turut berterima kasih kepada petugas hospital dan semua pihak yang telah mendoakan kesejateraan keluarga kecilnya itu.

“Terima kasih atas Support dan cinta nya untuk keluarga kecil kami selama ini. Semoga Allah membalas setiap doa, ucapan manis dan support kalian semua dengan pahala kebaikan dan keberkahan.

“Alhamdulillah Ukkasya sehat walafiat lahir dengan bb 3,4 kg tinggi 51 , MasyaAllah Tabarakallah , doain Ukkasya terus ya om tante,” katanya lagi.

Entri berkenaan nyata menarik perhatian ramai pihak selepeas meraih hampir 300,000 tanda suka selain turut dihujani ribuan komen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja selainturut menitipkan doa semoga anaknya itu membesar menjadi anak yang soleh.

Terdahulu, Irwanshah dan Zaskia telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 15 Januari 2011.

Sumber: Instagram Irwanshah

IKLAN