Penampilan Terkini Ernisha, Tidak Lagi Pakai Tudung?

Share

Penampilan bintang media sosial, Ernisha atau nama sebenarnya Erni Nurshahira Khairul Zaman yang tampil dengan imej tidak bertudung sejak beberapa minggu lalu sebagaimana yang dikongsi di Instagram miliknya nyata mengundang perhatian ramai.

Imej terkininya itu turut mendapat reaksi pelbagai dari pengguna media sosial.

Terdahulu, menerusi tinjauan di platform sama, gadis berkenaan difahamkan telah memuat naik foto dan video dirinya tidak bertudung sejak awal bulan lalu.

Terdahulu, Ernisha pernah terpalit di dalam satu video dipercayai dirakam di sebuah kelab malam dalam keadaan tidak bertudung serta berpakaian menjolok mata hingga mencetuskan sensasi di media sosial.

Foto: Instagram Ernisha

IKLAN