Anak kepada penyanyi Datuk Nora Ariffin, Putri Dahlia, mencuri perhatian apabila buat pertama kali muncul tanpa mengenakan hijab di malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang berlangsung malam tadi.
Putri Dahlia, 21, yang sebelum ini sinonim dengan penampilan yang bertudung menjelaskan, keputusan untuk menanggalkan tudung dilakukan tanpa paksaan sesiapa.
“Saya mula mengenakan tudung dari umur 6 tahun, saya tak dapat belajar agama saya sendiri. Saya hanya pakai tetapi tidak tahu (tak faham).
“Saya hanya mahu mulakan perjalanan baru dan nak belajar untuk cari jalan sendiri dalam agama. Saya sekarang lebih rapat dengan Allah SWT walaupun sudah tidak bertudung. Sebab memang saya mahu cari jalan sendiri.
“Kalau sesiapa nak kecam, ia antara saya dengan Allah SWT sahaja. Jadi tidak mengapa,” katanya ketika ditemui di Arena Of Stars, Genting Highlands.
Sokongan Keluarga & Fokus Kerjaya Seni
Ditanya sama ada dia sudah bersedia sekiranya ada menerima kritikan terhadap hal yang berkaitan, Putri Dahlia mempunyai jawapannya sendiri.
Ads
“Ya, saya bersedia. Sebab pada saya, pandangan orang adalah pandangan orang (masing-masing). Saya sudah biasa berhadapan dengan kecaman, sejak usia enam tahun lagi sejak berada dalam industri ini.
“Orang boleh saja cakap apa-apa, tapi mereka tidak tahu cerita saya sendiri,” katanya yang turut mengulas mengenai penerimaan keluarga.
“Mak, famili saya support saya. Mereka tahu… Malah abang dan mak saya datang hari ini (ke AIM24).
“Dia cakap ‘Putri awak nampak cantik. Yang penting, sebagai orang Islam, kita perlu jadi orang baik,” katanya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Putri Dahlia kini sibuk menyiapkan album baharu dan turut merancang untuk menukar nama pentasnya kepada ‘Dahlia’.
“Sekali lagi… saya sebenarnya tak baca komen atau kecaman. Bukan saya tidak peduli tetapi saya kini sedang beri fokus untuk album baharu.
“Saya nak tukar nama daripada Putri Dahlia kepada Dahlia saja. Saya rasa nama Putri Dahlia itu sinonim sebagai ikon islamik, saya pun tak tahu mengapa.
Ads
“Saya nak jadi diri saya, Dahlia saja. Di masa hadapan saya memang tidak akan baca komen-komen dan hanya mahu fokus hubungan dengan Allah. Itu saja,” katanya lagi.
Untuk rekod, Putri Dahlia sebelum ini tampil dengan imej bertudung sejak awal pembabitannya dalam bidang nyanyian.
Putri Dahlia ialah anak perempuan kepada Datuk Nora Ariffin dan komposer Allahyarham Johan Nawawi yang meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Hasil perkahwinan mereka pada 1992, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata termasuk Putri Dahlia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Mimi Ernida meluahkan rasa terkilan dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang didakwa mencipta akaun palsu menggunakan namanya untuk mengeluarkan kenyataan jelik serta menghina orang lain.
Menurut Mimi, dia sebelum ini pernah menegur, namun tegurannya tidak diendahkan.
“Saya mahu memohon maaf berkaitan isu akaun palsu ini. Ia perbuatan manusia yang tidak bertanggungjawab. Isu ini sudah berlarutan sejak sebulan yang lalu.
“Ia bermula daripada akaun palsu di Tik Tok. Dia ada buat tiga akaun palsu. Saya sudah tegur di DM dan dia ada memohon maaf dan bersetuju untuk padam akaun tersebut.
“Dia tak padam pun akaun itu dan dua sekat saya di Tik Tok. Dia menggunakan akaun tersebut dengan gambar saya untuk bercakap perkara-perkara yang mengarut dan menakutkan.
“Dia banyak mengeluarkan kenyataan yang tak elok. Dia ada masuk ke sesi siaran langsung kawan-kawan artis saya yang sedang meniaga. Dia juga menghina dan mencaci anak-anak yang cacat,” katanya.
Penjelasan itu dikongsikan Mimi menerusi sebuah hantaran video di Instagram.
Katanya lagi, perkara tersebut bukan sahaja menjejaskan reputasi, malah turut memberi kesan terhadap mentalnya.
Ekoran insiden itu, Mimi memaklumkan dia sudah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
“Hal ini sedikit sebanyak mengganggu emosi saya. Saya sibuk dengan jadual kerja dan meniaga. Dia juga ada menggunakan gambar kedua ibu bapa saya dan mendoakan perkara yang tidak baik.
“Kali ini, saya sudah ambil tindakan dan membuat laporan polis. Saya tidak akan mengeluarkan apa-apa lagi kenyataan.
“Biarlah pihak berwajib yang melakukan siasatan siapakah di sebalik akaun palsu ini,” ujarnya lagi.
Mimi dalam masa sama memohon doa orang ramai agar isu ini dapat diselesaikan segera.
“Saya perlukan doa anda semua. Saya berterima kasih kepada semua yang mendoakan yang baik-baik buat saya. Tolong doakan semoga isu akaun palsu ini dapat diselesaikan segera.
“Mungkin sebelum ini dia terlepas dan rasa polis tidak akan dapat tangkap dia. Kalau Allah izinkan, segalanya boleh berlaku. Saya sudah simpan pelbagai bukti,” kongsinya lagi.
Selain itu, Mimi turut menggesa pihak Tik Tok mengambil langkah tegas bagi menyekat akaun terbabit.
“Saya harap pihak Tik Tok bantu saya ambil tindakan. Walaupun ramai sudah buat laporan tapi Tik Tok masih membenarkan akaun tersebut aktif.
“Sekali lagi saya minta maaf kepada semua pihak yang sudah dihina dan dicaci,” jelasnya lagi.
Sebelum ini, nama Mimi pernah menjadi perhatian selepas ada pihak didakwa menyamar menjadi dirinya dan meninggalkan komen negatif terhadap orang lain.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mimi Erdina
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril menitipkan rasa syukur menerusi Insta Stories, malam tadi.
Hantaran tersebut seolah-olah memberi bayangan bahawa isu rumah tangga mereka kembali pulih selepas berdepan konflik baru-baru ini.
“Alhamdulilah! Forgive and forget (memaafkan dan melupakan),” tulisnya.
Malah, Nur Syazwani turut berkongsi semula foto mereka sekeluarga selepas ia dimuat naik terlebih dahulu oleh pemain Selangor FC itu.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu juga mendoakan yang baik-baik selain menggambarkan kehidupan terkini mereka seperti pasangan pengantin baharu.
“May Allah protect our marriage till Jannah! (semoga Allah pelihara perkahwinan kita sehingga ke Jannah).
“Love you (cinta kamu) Faisal Halim, rasa macam baru kahwin semalam,” kongsinya disusuli dengan emoji.
Terdahulu, media melaporkan bahawa Nur Syazwani telah memfailkan perceraian terhadap Faisal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor selepas enam tahun mendirikan rumah tangga.
Perkara itu turut disahkan oleh peguam mewakili Nur Syazwani, Roshdan Sujak Rafie, yang memaklumkan mahkamah menetapkan 16 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes perceraian pasangan terbabit.
Nur Syazwani juga sebelum ini pernah meluahkan hal berkaitan dengan kisah rumah tangganya menerusi Insta Stories.
Sebagai informasi, Faisal yang juga dikenali sebagai Mickey berkahwin dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Khalish Aryan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas kejayaan Project EXIT, First Wives dan Honey Trap, Astro terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju kandungan tempatan melalui siri terbaru Astro Originals, Generasi: Perfect 10 yang kini lebih berani dan relevan seiring dengan aspirasi jenama Astro ‘Home Of Originals’.
Bukan sekadar hiburan, setiap karya yang dihasilkan membawa naratif yang menyentuh jiwa, mencerminkan realiti masyarakat dan aspirasi generasi masa kini.
Menurut Benjamin Woo, Ketua Bahagian Pemasaran Astro, pendekatan promosi kini perlu lebih holistik dan bersifat segmentasi, menepati citarasa pelbagai lapisan penonton.
“Bila bercakap soal penonton, mereka ada pelbagai jenis. Ada isi rumah, remaja dan macam-macam lagi. Jadi, kita perlu cakna mengenai trend semasa.
“Promosi yang dibuat khas untuk remaja tidak akan sama dengan golongan-golongan lain meskipun ia daripada sebuah drama atau program yang sama.
“Kita kena kenal penonton kita dan cari tahu bagaimana caranya untuk kita mewakili mereka,” katanya kepada MH.
Tambahnya lagi, Astro Originals kini bersedia untuk lebih aktif mendekati komuniti, memperkukuh hubungan serta membina jalinan yang lebih bermakna bersama penonton
“Pada saya, kita bukan sahaja perlu merangka strategi promosi yang menyentuh emosi penonton tetapi kita juga perlu bina keserasian dengan cepat.
“Lantaran itu, bersempena dengan kempen Merdeka Astro baru-baru ini, kita turun ke lapangan dan memperkenalkan Astro Home Of Drama & Originals. Penerimaan orang ramai sangat bagus.
“Kami merancang untuk terus merangka strategi yang sama terutamanya buat Astro Originals tidak lama lagi,” ujarnya.
Astro sebagai ‘Home Of Originals’ terus komited menghasilkan karya bermutu tinggi yang dekat dengan masyarakat.
“Fokus utama dan hala tuju kami untuk memperkasakan kedudukan Astro sebagai ‘Home Of Drama & Originals’ adalah dengan menghasilkan karya yang autentik dan menghubungkan penonton Malaysia dengan penceritaan asal yang relevan dengan konteks masa kini.
“Kita sudah punyai banyak ‘originals series’ di pasaran tapi kami sentiasa berpegang kepada kisah-kisah tempatan yang mampu memberikan inspirasi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Astro Shaw dan Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara Astro, Raja Jastina Raja Arshad menegaskan Astro Shaw tidak akan terus berada di zon selesa sebaliknya bersedia untuk mengubah lanskap drama dan filem tempatan.
“Menjelang tahun 2026, Astro Shaw komited untuk mengangkat lagi Astro Originals dengan mengetengahkan penceritaan yang mencerminkan identiti Malaysia, sambil mengekalkan nilai produksi berkualiti tinggi yang mampu berdiri sebaris dengan judul antarabangsa.
“Antara projek akan datang termasuk Evo: Matyam, sebuah siri spin-off yang menampilkan watak Matyam dari Polis Evo 1; Kudrat 1968, pengembangan daripada francais Projek: High Council; Bad Cop, adaptasi daripada karya Jerman yang meraih kejayaan besar pada 2017 dan turut berjaya di India; serta sebuah idea asal berjudul Good Boys Go to Heaven.
“Penonton boleh menjangkakan Astro akan terus meneroka genre dan format baharu, bukan sahaja tertumpu pada aksi dan jenayah tetapi juga merangkumi psychological thriller berteraskan budaya Malaysia serta drama berlatarkan zaman.
“Dalam masa yang sama, kami kekal berorientasikan penonton dengan memberi fokus kepada tema yang dekat di hati.
Generasi: Perfect 10 HidupkanInspirasi Anak Muda
Astro Originals hadir dengan karya terbaru, Generasi: Perfect 10 (G:P10) sebuah siri yang telah mula ditayangkan bermula 19 September 2025, setiap Jumaat jam 12 tengah malam. Dibintangi nama-nama besar seperti Sofea Jane, Sherie Merlis, Sharifah Sakinah, Qi Razali dan ramai lagi, G:P10 menjanjikan lakonan yang segar, berani, dan lain daripada yang lain.
Pelakonutamanya, Arena Wan akuiterujadapatterlibatdalamprojekberkenaan yang disifatkan sangat istimewa.
“Sejujurnya, sejak dahulu lagi saya memasang impian untuk terlibat di dalam siri Astro Originals. Bila diberi peluang, sudah tentu saya sangat teruja. Pada masa sama, saya agak gemuruh.
“Pada saya, Astro Originals punyai standard kualiti yang sangat tinggi dan sebagai pelakon, kita perlu capai tahap itu. Saya sangat berbesar hati dan anggap peluang ini sebagai satu penghormatan,” katanya.
Arena mengakui cabaran terbesar ialah latihan gimnastik intensif sebulan sebelum penggambaran.
“Momen yang paling mencabar sudah pastilah bila melibatkan aktiviti gimnastik. Saya bukan seorang atlet. Saya memang tiada pengalaman dalam bidang ini.
“Namun, bila diberi tanggungjawab, saya belajar dan kaji watak ini. Saya kena bawa watak ini senyata yang mungkin,” jelasnya.
Sementara itu, hero utama Daniel Fong pula menyifatkan gandingannya bersama Arena membantu membina keserasian.
“Saya ambil inisiatif untuk mengenali Arena dengan lebih dekat. Malah, ketika penggambaran, saya selalu ajak Arena makan bersama untuk bina keserasian. Ini antara kerja rumah yang saya lakukan sendiri,” katanya.
Bagi Arabella Ellen pula, membintangi G:P10 mengembalikan memorinya sebagai atlet gimrama kebangsaan.
“Saya gembirauntukbawakanwataksebagaiatletgimnastikwalaupuniabukan acara sebenarsaya. Ketika proses persiapan, kami memangdilatih oleh jurulatihkebangsaan,” jelasnya.
Arabella turut mendedahkan dia mengalami kecederaan kaki akibat latihan intensif.
“Ya, saya ada mengalami kecederaan. Disebabkan itu, kaki kanan saya mengalami keradangan. Jadi, saya perlu berehat selama seminggu,” katanya.
Menariknya, Arabella menyifatkan wataknya, Victoria, sebagai ‘Queen Bee’ di sekolah.
“Victoria adalah seperti ‘Queen Bee’ di Sekolah Permai. Dia juga merupakan ketua untuk pasukan gimnastik.
“Saya tak kata Victoria ini merupakan watak jahat tapi anda perlu tengok sendiri plot twist untuk keseluruhan cerita,” jelasnya.
Astro Originals Generasi: Perfect 10 bukan sekadar kisah sukan, ia adalah naskah yang menyentuh jiwa, mengangkat perjuangan seorang remaja dalam mengejar impian, mengharungi tekanan dan mempertahankan hubungan yang bermakna. Ditulis oleh Nas Addina, siri ini membuka jendela kepada realiti kehidupan atlet muda yang penuh cabaran dan harapan.
Jom Usha dan Strim Astro Originals #GenerasiPerfect10 di On Demand dan Strim Astro One. Boleh layan di mana mana saja, bila- bila masa! ATAU #JomUsha Astro Originals Generasi: Perfect 10 hanya dengan Astro One atau aplikasi sooka!
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!