Ads

“Peminat Sudah Buat Keputusan, Nak Buat Macam Mana?” – Komen Zul Ariffin Bila Farah Nabilah Tak Menang di DFKL2018

Hero sensasi, Zul Ariffin mengakui tidak jangka kemenangan akan berpilhak kepadanya menerusi kategori Aktor Drama Pilihan untuk drama rantaian, Titian Cinta di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL 2018) lalu. Katanya, saingan cukup sengit dan turut merakamkan rasa syukur atas kemenangan yang diraih.

Bagaimanapun, gandingan Zul menerusi drama berkenaan, Farah Nabilah pula tidak berjaya memenangi mana-mana anugerah pada acara tahunan itu.

Ditanya sama ada adakah dia ralat atau terkilan dengan keputusan tersebut, aktor berusia 31 tahun ini memberitahu, dia hadir bagi memberikan sokongan sebagai salah seorang ‘keluarga’ daripada drama Titian Cinta.

Ads

“Peminat Sudah Buat Keputusan, Nak Buat Macam Mana?” – Komen Zul Ariffin Bila Farah Nabilah Tak Menang di DFKL2018

“Saya hadir untuk produk Titian Cinta dan kejayaan bukanlah terletak pada seorang semata-mata. Alhamdullah kita datang dan menyokong. Memang rasa terharu bila memang sebab kita merupakan sebahagian daripada produk tersebut.

 

“Saya tak boleh kata terkilan jika pasangan saya tidak memang kerana memang atau kalah adalah adat pertandingan. Lagi pula ia tiada juri dan peminat sudah buat keputusan. Nak buat maca mana?,” katanya kepada MH.

Pada masa sama, Zul turut mengakui kekuatan naskhah drama tersebut bukanlah terletak kepada beberapa individu semata-mata tetapi merupakan hasil kerja terbaik rakan sepasukan.

Ads

“Peminat Sudah Buat Keputusan, Nak Buat Macam Mana?” – Komen Zul Ariffin Bila Farah Nabilah Tak Menang di DFKL2018

Ads

“Bagi saya, kekuatan sesebuah drama itu adalah hasil kerja sepasukan, tak boleh bergantung kepada para pelakon sahaja. Kita mahu produk tersebut menjadi dan kita juga perlu ada perancangan bagaimana untuk pikat hati penonton.

 

Kalau buat seorang memang tak jalan,” jelas Zul yang bakal sibuk di lokasi penggambaran filem terbarunya, Sangkar sepanjang Ramadan. Untuk rekod, Zul juga baru selesai menjalani penggambaran untuk filem seram, Misteri Delaila di samping Elizabeth Tan. 

Siapa yang nama Alep atau korang ada kenalan nama Alep, ce tagged diaorg. Ni ha Farah Nabila ada wish sumthing dekat korang. Untunglah!!

Posted by MEDIA HIBURAN on Thursday, 26 April 2018

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Aku Nangis Sampai Sakit Tekak….” – Ozlynn Waty Pernah Terima Nafkah...

Pelakon Ozlynn Waty mendedahkan dia pernah menerima wang nafkah berjumlah RM1 daripada suaminya, Johan Raja Lawak, ketika mereka masih berusaha mencari hala tuju dalam kehidupan dan kerjaya.
error: Hello. Cannot.