Hujung bulan lalu kita telah menerima berita bahawa pelakon wanita, Liyana Jasmay kini sudah berhijab.

Selepas berhijab, tidak dinafikan dia kelihatan sangat cantik dan wajahnya semakin ayu bila dipandang jadi tidak hairanlah apabila rata-rata peminatnya memuji akan kecantikannya itu.

Sejak mengenakan hijab semua gambarnya di akaun Instagram miliknya telah mendapat komen pujian daripada pengikutnya.

Peminat Puji Liyana Jasmay Makin Cantik Lepas Berhijab

thesuriaroses.kelantan: Tak sangka puan liyana nampak lebih cantik dgn tudung alhamdulillah

amanisuhaimi_: You look even prettier in hijab! Masya Allah,keep it up ❤

IKLAN

n_wanie87: Gojes…alhamdulillah u look double chanteq….

h0neyza: Semoga terus istiqomah!!

madihaamani: Alhamdulillah sayang…cantik sungguh kamu behijap @liyanajasmay

IKLAN

handbags.addict: Im so proud when one of my idol dah berhijab ? May ALLAH bless you and your family @liyanajasmay ?

Didoakan agar Liyana terus istiqamah untuk berhijab dan menjadi role model buat peminat-peminatnya di luar sana.

Peminat Puji Liyana Jasmay Makin Cantik Lepas Berhijab

IKLAN

Sedikit info tentang permulaan kerjaya Liyana Jasmay dalam dunia seni, dia telah memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sejak berusia 9 tahun lagi menerusi drama Si Lembik arahan Datuk Haji Aznil Nawawi.

Sejak drama itu, Liyana lebih menonjol dalam industri seni dan mula giat berkecimpung dalam drama siri televisyen.

Selain menjadi seorang pelakon, kini Liyana juga sudah menceburi bidang nyanyian dan lagu-lagu nyanyiannya mendapat sambutan daripada pendengar dan sering menjadi siulan ramai. Antara lagu nyanyiannya adalah, Aku Tak Percaya Cinta, Aku Jatuh Cinta, Cinta Bersatu dan banyak lagi dan kini yang paling terbaru adalah lagu, Oh Na Na.

Sumber: Instagram Liyana Jasmay

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI