Bila sebut sahaja tentang Miller khan, pasti ramai yang terbuka mata dengan luas melihat kekacakan pelakon serta model ini.

Walaubagaimanapun ada sesetengah pihak yang tidak senang melihat penampilan Miller yang secara berani menayang tatu di badannya .

“Peminat Lihat Abang Ada Tatu, Pantas Mengandaikan Saya Juga Sepertinya” – Isa Khan

Namun, abang bertatu, adiknya pula yang terkena tempias apabila orang ramai turut menganggap adiknya yang juga merupakan seorang penyanyi bertatu sama seperti Miller.

IKLAN

Melalui Berita Harian Online, Isa Khan adik kepada jejaka kontroversi ini menjelaskan dia sebenarnya dia malas untuk mengambil pusing tentang isu ini dan faham ada setengah pihak ada kalanya pantas menghukum.

“Peminat Lihat Abang Ada Tatu, Pantas Mengandaikan Saya Juga Sepertinya” – Isa Khan

IKLAN

“Saya tahu apabila peminat lihat abang ada tatu pada badan, ada yang pantas mengandaikan saya juga akan menjadi sepertinya. Saya faham manusia kadang kala pantas menghukum.

 

“Dalam hal tatu ini, saya malas hendak ambil pusing… Itu hal abang, saya tak boleh komen lebih-lebih.

 

“Apa yang saya tahu, saya ikhlas bekerja dalam dunia seni. Apa yang orang hendak cakap mengenai saya atau abang, biarlah… Saya tak mampu mengawalnya,” katanya kepada BH Online.

“Peminat Lihat Abang Ada Tatu, Pantas Mengandaikan Saya Juga Sepertinya” – Isa Khan

IKLAN

Bagaimanapun, Isa yang kini sedang menjinakkan diri dalam bidang lakonan untuk drama Bimbi dan Bonni memberitahu dia ingin mengikuti jejak langkah abangnya yang telah melebarkan sayap ke Indonesia.

Fuh sabar sahajalah Isa, memang kadang-kadang kita tak boleh nak halang apa yang orang bercakap tentang kita. Tak begitu? Tapi MH puji macam mana Isa sabar dan bertenang dengan setiap persepsi orang ramai.

SUMBER: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI