Awal pagi ini, pelakon Fendy Bakry membuatkan para peminatnya sebak apabila ada berkongsi perkongsian salah seorang pengguna media yang memaklumkan bahawa dia ada mengenali seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang sudah dua tahun berjuang dengan penyakit barah otak.

Menerusi perkongsian tersebut, individu yang meminta untuk dirahsiakan identiti memberitahu, kanak-kanak tersebut begitu meminati, hingga menyimpan foto di dalam diari.

Malah, individu tersebut juga ada memberitahu antara hajat yang mahu direalisasikan adalah untuk bertemu dengan aktor berkenaan.

IKLAN

Bagaimanapun, kanak-kanak tersebut diberitakan sudah pun meninggal dunia sekitar jam 8.45 malam tadi.

Perkongsian sayu itu turut menjelaskan bahawa mungkin dirinya menjadi sumber kekuatan buat arwah dan secara tidak langsung, karektor dirinya yang menyebabkan dia disenangi peminat.

IKLAN

Berikut merupakan potongan perkongsian tersebut, yang diambil menerusi Instagram.

IKLAN

Sementara itu, Fendy menerusi ruangan kapseyn pula menitipkan doa agar roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan soleh.

“Al – Fatihah buat beliau. Moga di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh amin,” tulis Fendy.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI