Pasti ramai yang meminati drama terbaharu adaptasi novel berjudul Red Velvet karya Acik Lana bukan. Lebih-lebih lagi hero dan heroinnya yang begitu popular dan diminati ramai.

Biarpun ramai mengutuk heroinnya, Neelofa yang dilabel sebagai pelakon ‘kayu’, namun, kemunculan Alif ternyata memberikan aura yang berbeza dan dianggap sebagai ‘penyelamat’ kepada drama berkenaan.

BACA JUGA> Red Velvet, Lakonan Neelofa Dikritik Keras

Malah, ramai yang mengatakan ingin menonton drama berkenaan semata-mata ingin melihat figura kacak itu sahaja.

Peminat Komen Neelofa Kayu, Alif Satar Tetap Memuji

Peminat Komen Neelofa Kayu, Alif Satar Tetap Memuji

IKLAN

Bagaimanapun, Alif dilihat bersikap merendah diri dan menyatakan drama itu menjadi ikutan disebabkan kerja berpasukan.

Memetik laporan sebuah portal, Alif berkata dia bersyukur apabila drama itu ditonton disebabkan dirinya. Dia juga gembira apabila lakonnannya diterima peminat.

“Sudah semestinya saya berbangga apabila ada yang beranggapan sedemikian.”

 

“Namun, saya tidak melihat ia sebagai kejayaan sendiri sebaliknya lebih kepada kerja berpasukan.

 

“Bagi saya, kejayaan sebuah drama datangnya daripada keseluruhan produksi. Kami bekerja keras untuk memberikan yang terbaik dalam drama ini. Begitu juga dengan semua pelakon terbabit.” Ujarnya

Alif juga berkata sepanjang 11 tahun dia dalam industri hiburan, sememangnya dia melihat setiap kejayaan diraih disebabkan bantuan kerja berpasukan yang ada.

IKLAN

Peminat Komen Neelofa Kayu, Alif Satar Tetap Memuji

Dalam masa sama, pelantun lagu Jangan Nakal itu berkata dia amat menghargai setiap pujian dilontarkan kepadanya. Malah, dia tetap memberi pujian buat Neelofa walaupun ada yang mengutuk gaya lakonan wanita berkenaan.

“Saya berlakon dengan Neelofa, jadi saya tahu bagaimana dia bekerja keras untuk watak diberikan. Saya beranggapan dia berjaya menghidupkan watak seperti diinginkan pengarah.

 

“Dia bukan suka-suka atau sengaja berlakon sebegitu. Saya kagum dengan kemampuannya untuk memberikan komitmen dalam drama ini walaupun dia terikat dengan jadual kerja lain.

 

“Walaupun sibuk, dia tetap berjaya menghidupkan wataknya. Apa boleh saya katakan, watak kali ini benar-benar menguji kemampuan dirinya sebagai pelakon.” Ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Alif juga berkata bahawa Neelofa telah memberikan satu gaya lakonan yang berbeza daripada sebelumnya, malah, dia juga serasi bergandingan dengan aktres itu.

IKLAN

Peminat Komen Neelofa Kayu, Alif Satar Tetap Memuji

Figura kacak itu juga mengakui dia belum pernah lagi berdepan dengan mana-mana situasi dimana artis wanita cuba menggodanya.

“Tidak bermaksud saya bebas kontroversi kerana tidak bercampur dengan orang. Kalau nak tahu, di lokasi saya sangat rapat dengan semua orang.

 

“Bagi saya, ini semua asas yang perlu ada dalam diri. Tidak kira bujang, sudah berkahwin dan mempunyai anak, jangan sesekali cuba melakukan sesuatu yang akhirnya boleh membinasakan diri dan kerjaya.

 

“Dalam bekerja, saya pentingkan kualiti. Dari dahulu sampai sekarang, cara dan disiplin kerja saya sama saja.

 

“Habis bekerja, saya terus pulang ke rumah. Jadi, untuk terkena aura negatif memang susah. Saya sendiri sudah tahu batas,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Alif bakal muncul dengan single terbaru ciptaan Faizal tahir, Mike Chan dan Ezra Kong yang berjudul Sesungguhnya.

Sumber : Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI