Penyanyi cantik yang memilik vokal yang cukup lunak, Marsha Milan berkongsi di akaun Instagramnya bahawa dia dan suami akan mengerjakan umrah.

Menerusi ruang kapsyen, Marsha menulis ‘semoga dipermudahkan’ dengan hashtag #umrah.

Semoga dipermudahkan.. #umrah

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on

Rata-rata peminat Marsha mendoakan agar segala urusan penyanyi ini dan suami dipermudahkan sepanjang menjalankan umrah nanti.

norizandarus_: Alhamdulillah…..semoga dipermudahkan segala urusan…aamiin

n_azreen849: selamat mnunaikan umrah …dan smoga dpermudhkan segala urusan semasa disana…aamiin

IKLAN

ku_rosie: Bersihnya wajah…semoga bersih diluar dan di dalam…selamat menunaikam umrah…dan dimudahkan segalanya..

murnie_qaseh: Subhanallah..semoga Allah permudahkan ibadah mu marsha n suami..aamiin..

Ada juga peminat penyanyi ini yang turut berdoa agar Marsha terus berhijab selepas menunaikan umrah.

IKLAN

hidayahmohamed88: cantik @marshamilan pakai tudung.. semoga berkekalan… slmt menunaikan umrah

rudi_odye: marsha kekalkan imej bertudung, nampak cantik… selamat menunaikan umrah…

Terdahulu, Marsha ada berkongsi gambar bersama suami dengan kapsyennya menyatakan mereka sudah selesai menjalani kursus umrah.

IKLAN

Alhamdulillah selesai kursus Umrah bersama suami tercinta ❤️

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan) on

Sudah tertulis rezeki Marsha dijemput oleh Sang Pencipta untuk ke tanah suci walaupun baru sahaja memeluk Islam beberapa tahun yang lalu.

Semoga segala urusan Marsha dan suami di tanah suci dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.

Sumber: Instagram Marsha Milan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI