Pemimpin tertinggi Hamas, Ismail Haniyeh telah terbunuh di Tehran, Iran, kata kumpulan itu.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Rabu, Hamas berkata Haniyeh terbunuh dalam serbuan Israel di kediamannya di Tehran.
Menurut kumpulan itu lagi, pemimpin berusia 62 tahun itu meninggal dunia selepas turut serta dalam upacara rasmi Presiden Iran Baharu, Masoud Pezeshkian yang mengangkat sumpah pada Selasa.
Kor Pengawal Revolusi Iran berkata punca kejadian itu belum jelas tetapi sedang disiasat, lapor agensi berita AFP.
Ads
Perwakilan dari kumpulan Hamas yang mengawal Gaza berkata Haniyeh “dibunuh dalam serbuan Zionis yang khianat”.
Setakat ini, Israel masih belum memberi balasan atau mengeluarkan kenyataan tentang kejadian tersebut.
Ads
Ismail Haniyeh mengangkat sumpah sebagai pemimpin tertinggi Hamas pada 2006 yang menyaksikan kekuasaan kumpulan tersebut terhadap pentadbiran Semenanjung Gaza.
Sebelum ini, tiga anak Ismail, Hazem, Amir dan Mohamed telah terbunuh dalam satu serangan udara Israel pada 10 April 2024.
Ads
Kejadian tersebut turut mengorbankan nyawa empat cucunya, tiga Perempuan dan seorang lelaki.
Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa,45, akui menangis apabila mendengar perkongsian yang dilakukan anak lelakinya, Rizky Langit Ramadan, 18, menerusi filem dokumentari All Access to Rossa 25 Shining Years.
Menurut Rossa, bukan satu hal mudah anak tunggalnya itu memberikan pesetujuan untuk sama-sama terlibat di dalam pembikinan filem dokumentari itu kerana sebelum ini, dia lebih selesa untuk berada di belakang tabir.
“Dia pemalu dan tidak banyak bercakap. Malah sejak dahulu lagi dia juga tidak ke depan memandangkan saya tidak terlalu dedahkan Rizky kepada rakan media yang mahu menemubualnya.
“Ramai yang sedia maklum dan menghormati permintaan saya itu dan Rizky juga senang dengan cara sedemikian.
“Cuma kali ini, saya ada beritahunya untuk menghasilkan sebuah filem dokumentari ini dan bertanya adakah dia terbuka sekiranya produksi ingin bertanya beberapa soalan.
“Dia jawab okay tetapi mahu menjawabnya dengan jujur tanpa skrip,” katanya ketika ditemui pada Malam Gala Tayangan All Access to Rossa 25 Shining Years di Plaza Indonesia, pada Isnin.
Rizky ialah anak hasil perkongsian hidupnya bersama ahli kumpulan Padi, Yoyo atau nama sebenarnya, Surendro Prasetyo, 48.
Mereka mendirikan rumah tangga pada pada 18 Mac 2004, namun bercerai lima tahun kemudian.
Penyanyi lagu Pudar itu juga turut menambah, dia hanya tahu mengenai perkongsian Rizky ketika melakukan sesi suntingan pertama bersama pihak produksi.
“Saya juga tiada bersamanya ketika itu kerana masing-masing menjalani penggambaran sendiri. Jadi saya tidak tahu apa yang diberitahu oleh setiap individu terdekat, termasuk bekas suami.
“Jadi saya terkejut ketika tahu mengenai perkara itu waktu fasa suntingan awal. Saya menangis kerana selalunya kami akan hanya berkongsi rasa sebagai ibu dan anak dari luar lensa sahaja.
“Jadi apabila Rizky meluahkan secara formal di set, perasaannya itu rasanya sangat berbeza. Menerusi filem inilah, saya baru tahu apa pandangannya mengenai diri saya. Rasa syukur dan terharu.
“Terima kasih kepada keseluruhan krew produksi yang berjaya mempersembahkan filem ini secara jelas mengenai perjalanan seni saya selama ini.
“Mudah-mudahan All Access to Rossa 25 Shining Years tidak akan membosankan penonton dan semoga kalian dapat menikmati setiap momen yang disajikan di dalam naskhah ini,” katanya lagi.
All Access to Rossa 25 Shining Years arahan Ani Ema Susanti diterbitkan oleh Inspire Pictures bersama Sinemaku Pictures dan Time International Films menjengah pawagam seluruh Indonesia bermula esok.
Di balik pencapaiannya sebagai antara diva pop Indonesia, film ini bakal memperlihatkan sisi peribadi di dalam kehidupannya yang jarang diketahui peminat sepanjang bergelar anak seni dan juga ibu kepada seorang cahaya mata.
Rossa memulakan kerjaya di dalam bidang muzik apabila melancarkan album debut yang berjudul Tegar pada tahun 1999 dan sehingga kini sinonim menerusi barisan lagu cinta yang hits.
Filem ini juga dijangka bakal menemui penonton di Malaysia sekitar September depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies hadir bersama di Kompleks Mahkamah Syrariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Rabu bagi prosiding bacaan pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka.
Kedua-dua mereka dilihat tenang bertemu media sebelum masuk ke bilik perbicaraan.
Pada masa sama, Aliff berharap kes melibatkan mereka berjalan lancar.
“Doakan semua berjalan lancar. Kita tunggu sahaja selepas perbicaraan.
“Terima kasih kepada rakan media yang sudi hadir. Minta doa yang baik-baik,”katanya ringkas.
Pelakon ini juga dilihat tidak mengelak bertemu pengamal media seperti mana perbicaraan kes cerai sebelum ini bersama bekas isteri, Bella Astillah.
Sementara itu Ruhainies juga turut meluahkan perkara ama.
“Terima kasih kerana sudi datang. Doakan yang terbaik buat kami,” jelasnya.
Pertuduh dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Abu Suffian Abu Yaziz.
Perbicaraan melibatkan kes khalwat, persetubuhan haram dan bersekedudukan.
Kedua-dua mereka diwakili peguam sama iaitu Hadi Salleh dan Amirul Ashraf Ghani.
Aliff dan Ruhainies ditangkap atas dakwaan khalwat di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 9 Mac lalu.
Padang 20 Jun lalu mereka juga hadir ke mahkamah bagi lanjutan bos jaminan berkenaan kes khalwat.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kes pembunuhan Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain kira-kira tujuh tahun kini mencapai satu perkembangan terbaharu.
Mahkamah Rayuan pada selasa menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas penutut Universiti Pertahanan Nasional (UPNM) iaitu Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Rozi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali.
Keenam-enam tertuduh yang kini masing-masing berusia 28 tahun dikenakan hukuman terbabit selepas panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail, sebulat suara menghidupkan semula pertuduhan asal iaitu Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Mahkamah memutuskan hanya satu hukuman terhadap keenam-enam OKT iaitu mereka perlu dibawa ke suatu tempat penggantungan di mana di sana mereka akan digantung sampai mati.
“Rayuan pendakwaan dibenarkan, hukuman penjara selama 18 tahun ditolak,” kata Hadhariah yang bersidang bersama-sama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.
Imbas kembali kes ini, tertuduh telah mendera arwah Zulfarhan menggunakan seterika panas sehingga menyebabkan 90 kesan lecur pada badan mangsa.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di dalam dua bilik, blok penginapan asrama Jebat UPNM di Kem Perdana, Sungai Besi pada 21 dan 22 Mei 2017.
Dalam kejadian yang menggemparkan negara itu, Zulfarhan kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.