Pemergian Ibu, Bapa & Datuk.. Kini Nenek Azar Azmi Pula Meninggal Dunia. AlFatihah

Share

Pelakon Azar Azmi berkongsi berita sedih apabila neneknya, Aminah Isa meninggal dunia awal pagi tadi.

Menurut Gempak, arwah yang berusia 82 tahun meninggal dunia secara mengejut di kediamannya di Puncak Alam, Selangor.

“Nenek saya, mak kepada arwah ibu meninggal secara mengejut. Sebelum tu, dia tak nak makan, tak nak minum.



“Arwah meninggal masa tidur,” katanya seperti dipetik.

Jelas pelakon drama Nur 2, arwah neneknya meninggal dunia lima bulan selepas datuknya, Othman Idris, 86, mengadap Ilahi pada Februari lalu.

Ia sekali gus, memberi kesan mendalam buat Azar.

Terdahulu, Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi memakumkan berita sedih tersebut menerusi Instagram miliknya.

“Nenek saya telah kembali kerahmatullah pagi ini. Mohon kepada semua mendoakan agar segalanya berjalan dengan lancar,” tulisnya.

Azar yang juga merupakan anak yatim piatu telah kehilangan ibu bapa, Azmi Meri dan Arbaayah Aminah beberapa tahun lalu.

Kami di MH mendoakan agar kedua ibu bapa, datuk dan nenek Azar ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sumber, Foto : Gempak, Instagram Azar Azmi

IKLAN