Sekarang ini terlalu banyak kes yang kita dengar berhubung pembantu rumah, ada yang benar-benar ikhlas bekerja malah ada juga yang mengambil kesempatan atas kebaikan majikan.

MH pasti ramai yang sudah sedia maklum dengan cara layanan pelakon popular, Datin Paduka Eina Azman terhadap kesemua pembantu rumahnya. Layanan yang diberikan sangat baik seperti keluarga sendiri.

Terbaru, Eina ada berkongsi di akaun Instagramnya bahawa salah seorang pembantunya menghidap sakit batuk kering atau lebih dikenali dengan (TB) dan disebabkan itu dia terpaksa memberi rehat kepada pembantunya itu selama dua bulan mengikut saranan doktor.

Eina telah menyewa bilik hotel semala dua bulan untuk pembantunya berehat dan dia terpaksa mengasingkan bibiknya itu kerana dikhuatiri berjangkit dengan anak-anaknya yang masih kecil.

IKLAN

” Salam guys… for those yang always dm saya tanya about my bik poji… here we go… after 2 months tak jumpa bik poji, Sbb bik poji sakit “TB” n doctor saran kan dia duduk luar sebab saya ada anak kecik2 takut berjangkit… Nak hantar balik kg bik poji taknak. Sebab dia masih nak berkerja… so takkan saya nak buang dia tepi jalan spt majikan lain buat? So me n hubs decide amik hotel for 2 months utk bg dia rest cukup n pulihkan diri dia. Sbb dia on medication for 2 months. Last 2months bik poji sakit teruk! Ingat something bad akan jadi? kami semua risau… but alhamdullilah semua nya dah ok? N saya dah bawa dia pulang ke rumah malam tadi? @datopadukakaiser #einaazman #datogmix #2April2018 #bibiksayatakpernahlaribilakerjadengansaya #sebabsayatakpukulmakihamunbibik #sayajagakebajikanbibiksayasemua #jangantauamikbyk2bibikuntukSHOWOFF #layanlahmerekamacamkeluargabukanbinatang ???,” tulis Eina pada ruang kapsyen perkongsiannya.

Mulia sungguh hati Eina dan suaminya kerana menjaga kebajikan pembantunya seperti keluarga sendiri. Malah bukan sahaja MH yang merasakan kemuliaan hati Eina tetapi para netizen juga turut memuji sifat murni Eina dan suami.

IKLAN

tsunade_hime: Such a good heart!!

ctyuan: Baiknya datin eina …pekerja tu dh dpt majikan baik…kerjalah elok2 ye…jgn buat perangai

IKLAN

i_m_syimarivanno: mulia btl hati @eina_azman N suami…may Allah bless u n the whole family…amin.

MH harap sifat murni yang ada pada Eina dan suaminya ini dapat dijadikan contoh kepada semua majikan di luar sana.

Sumber: Instagram Eina Azman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI