Terkejut MH melihat wajah terkini Didi Astillah yang mengalami kecederaan akibat kemalangan yang terjadi semalam di Kuala Lumpur.

Dengan segera kami menghubungi tuan punya badan dan bertanya sendiri apakah yang terjadi sebenarnya.

“Sebenarnya saya dan Chacha keluar malam itu berjumpa dengan makcik saya, kemudian kami singgah ke beberapa tempat termasuklah kedai makan di Jalan Alor.

 

“Biasalah saya dan Chacha ni suka bersembang, jadi tak sangka drag sampai lewat malam. Masa nak pulang tu, di sebuah selekoh ada sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dengan tiba-tiba memotong kami dan secara spontan Chacha yang memandu cuba mengelak daripada terlanggar kereta lain terus terbabas melanggar benteng jalan,” jelasnya kepada Media Hiburan.

Melihat wajah masing-masing yang lebam dan bengkak, Didi memberitahu airbag kenderaan yang dipandu lambat keluar hingga menyebabkan masing-masing tersembam wajah di stereng dan dash board.

Pemandu Tidak Bertanggungjawab, Didi Astillah Kongsi Detik Kemalangan Bersama Chacha Maembong!

IKLAN

Pemandu Tidak Bertanggungjawab, Didi Astillah Kongsi Detik Kemalangan Bersama Chacha Maembong!

“Kalau ikutkan kami bawa kereta perlahan sahaja, tetapi kesan kemalangan agak ketara kerana wajah kami tersembam pada dash board dan muka Chahcha pula terhentak di stereng. Bayangkan, selepas itu secara tiba-tiba air bag keluar, tahu sahaja lah impak airbag memang kuat kan, jadi sebab itulah masing-masing berwajah lebam dan bengkak,”katanya lagi.

Didi akui sangat trauma dengan keadaan tersebut dan tidak boleh tidur seharian kerana terganggu dengan bunyi desingan di telinga akibat kemalangan tersebut.

 

IKLAN

Malah, Didi turut akui sentiasa menatapi cermin untuk melihat wajahnya setiap minit dan seperti tidak percaya apa yang telah terjadi.

“Benda tu berlaku sekejap saya langsung tak ingat apa-apa. Pada hari kejadian muka bengkak ini langsung tak rasa apa walhal wajah masing-masing sudah cedera tetapi hari ini ia mula rasa pedih dan sakit.

 

“Saya tak henti-henti tengok cermin, macam tak percaya. Tetapi kalau ikutkan waktu kejadian, muka Chahcha lebih teruk dengan berdarah semua. Muka saya langsung tak berdarah, tetapi bila sudah beberapa hari wajah saya pula yang ada kesan sampingannya. Terutamanya bahagian hidung. Seperti ada darah beku pula.

 

“Alhamdulillah bengkak di bahagian bibir semakin surut selepas mendapat suntikan dari pihak hospital,” katanya lagi.

Apapun MH doakan kedua-dua mereka cepat sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala.

IKLAN

Haish, buat pemandu berkenaan tidak baik buat orang seperti ini. Janganlah jadi orang yang terlalu selfish dan tidak bertanggungjawab.

Jangan hanya kerana sikap sambil lewa kita sendiri, nyawa orang lain terancam!

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI