Pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk pasukan Johor Darul Takzim,Ā Nazmi Faiz selamat menimang cahaya mata sulung jam pada 26 Jun (semalam) jam 4:10 pagi.Ā
Nazmi,25, turut mengumumkan nama puteri sulungnya itu, Maria Miqayla menerusi Instagramnya.
“Assalamualaikum Puteri Sulungku Maria Miqayla. Syukur Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar.
Bekas personaliti televisyen, Izwan Azir Saleh mengimbau kembali 1001 pengalaman yang dikutip sepanjang 16 tahun berkhidmat di TV3.
Jelasnya walaupun tidak pernah meraih sebarang pengiktirafan atau anugerah, namun pengalaman yang dilalui bukan calang-calang.
Perkara itu dikongsikan di laman Instagram miliknya sempena ulangtahun ke-36 TV3 yang disambut pada 1 Jun.
Cukup mengujakan apabila dapat menjadi penumpang kereta yang dipandu sendiri oleh Sultan Johor dari istana dan menjadi wartawan pertama berlintas langsung di padang Arafah ketika musim haji.
Malah pengalaman memindahkan puluhan mayat yang membusuk akibat taufan di Filipina antara detik yang sukar dilupakan.
āSaya rasa adalah tidak adil untuk memilih-milih gambar selama berkhidmat di TV3. Ini kerana selama menjadi warga kerja di sana, ada 1001 pengalaman menarik dan berharga yang telah saya tempuhi.
Sejujurnya, selama 16 tahun di Sri Pentas, tiada satu anugerah pun yang saya menangi. Tak pernah sekalipun saya mengisi borang untuk pencalonan anugerah.
āAnugerah yang saya terima bagaimanapun adalah pengalaman yang saya lalui. Menaiki kereta yang dipandu sendiri Sultan Johor dari istana ke istana, menjadi wartawan pertama berlintas langsung di padang Arafah ketika musim Haji, termuntah tatkala memindahkan puluhan mayat yang membusuk akibat taufan di Filipina, terbang bersama pesawat TUDM 3 hari 3 malam untuk ke Mesir ketika Arab Spring, mengembara ke Australia untuk merungkai misteri MH370, dicaci akibat berita politik, dibaling ketika demonstrasi, tapi bersama penonton menangis ketika pesawat MH17 jatuh ke bumi.
āAhh, tak mungkin habis coretan ini! Saya puas menjadi wartawan dan penyiar disana. Terima kasih TV3, bukan hanya tempat saya pernah mencari rezeki tapi ia sebuah āuniversitiā, tempat saya melihat dan merakam warna warni dunia.
Selamat Maju Jaya TV3!,ā tulisnya panjang lebar sambil disusuli dengan tanda palang #36tahuntv3 #ceritawan #myexperience dan #tv3malaysia.
Pelakon, Anzalna Nasir telah meraikan ulang tahun kelahiran ibu tercinta lewat petang Rabu.
Perkara itu dikongsikan pelakon drama Memori Cinta SurayaĀ di Instagram miliknya.
āAdakah dia seorang yang gorgeous? Happy birthday mama!Ā
āMeraikan majlis hari jadi mama di rumah. Sepatutnya, kami mahu membawa mama ke tempat istimewa seperti tahun-tahun sebelumnya, tetapi diluar sana terlalu berisiko untuk membawa Eidrees.Ā
āDuduk di rumah adalah pilihan terbaik buat masa ini.Ā Sorry mama, Love you so much!,ā tulisnya.
Isteri kepada Tomok, Rahayu Abas ada berkongsi coretan perihal penantian dia sekeluarga dalam menantikan zuriat perempuan. Perkongsian itu dibuatnya menerusi satu posting terkini di Instagram.
Jelasnya yang mesra disapa Ayu, dia bersyukur kerana rezeki untuk mendapatkan cahaya mata perempuan dimakbulkan.
Malah, dia turut meminta para ibu seusia yang ingin tambah zuriat agar terus usaha dan jangan putus doa.
āJourney of my baby girl. Alhamdulillahā¦syukur ke hadrat Allahā¦rezeki dan penantian selama 5 tahun untuk dapat baby girl dimakbulkan.
āMemang agak sukar untuk conceive terutama ibu-ibu yang sudah berusia atau mempunyai masalah ( Iām feeling it too)ā¦tapi harap ibu-ibu diluar sana jangan putus asaā¦teruskan berusaha and berdoa,ā pintanya.
Ayu turut mendedahkan, dia mendapat tahu kehamilan sebaik pulang bercuti dari Pulau Tioman.
āFinding iām pregnant after coming back from holiday at Pulau Tioman dalam usia 41 tahun. Gembira, risau and mcm2 perasaan coz itās a risk of baby & mother health too..but keep going doa and think positif and also jaga diri.
āAfter 40 weeks, rabu malam start mild contractionā¦dibu tak boleh tido over nightā¦the contraction keep going and continuing untill subuh hari khamisā¦dibu berkira2 nak ke hospital.
āBukan apa dibu kesian dekat 2 little boys dibu still sleepā¦nak bangun subuh dibu tengok ada bleedingā¦oooā¦maybe dah tanda kot..dgn contraction yg berterusan i keep jalan rilek2ā¦siap2kan diri..bag semua dah ready dalam kereta then kejutkan my hubby.
āSampai hospital, checking that dibu dah ada bukaan 3cmā¦and the contraction keep continuingā¦i did COVID-19 test tooā¦lepas azan zohor dalam 1.25pm lahirlah seorang princess berat around 2.98kg pada 04.06.2020.
āAnd of course kelahiran dalam waktu-waktu COViD-19 kita terikat dengan SOP yang harus di ikutiā¦.just handling my baby for a whileā¦dibu kene isolate dgn baby sehingga result COVID-19 keluar.
āTerima kasih to all my family, friends and follower yang wish and doakan dibu sepanjang tempoh pregnancy sampai deliver.
āThank you to my lovely husband yang sentiasa ada dalam susah & senangā¦.we manage to harungi bersama dengan dugaan, kekangan, halangan & everything togetherā¦.i love u so much ⦠ayu sayang shah.
āTo Arrian & Andra wait for dibu kā¦will bring your little princess sister going back home soon,ā tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, Ayu mendirikan rumah tangga bersama Tomok atau nama sebenarnya,Ā Shah Indrawan Ismail, pada 2 Julai 2011.
Hasil perkongsian hidup, keduanya turut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Arrian yang berusia lapan tahun dan Andra, lima tahun.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati menyeru orang ramai agar berhenti mempersenda atau mempersoalkan perubahan fizikal yang dialami wanita selepas mereka melahirkan cahaya mata.