Pelik! Ezlynn Jumpa Objek Misteri Ketulan Macam Pasir, – “2-3 Kali Dah Asyik Jumpa Tempat Yang Sama.”

Share

Penyanyi Ezlynn terkejut apabila menemui objek misteri dipercayai di salah satu sudut kediamannya.

Jelas Ezlynn di Instagram, objek sama berupa ketulan seakan-akan pasir sudah dua tiga kali ditemui di tempat sama meski sudah dibersihkan.

“Apa dia lah benda ni.. 2-3 kali dah dok asyik jumpa tempat yang sama.. sapu buang ada lagi .. I’m wondering what is this actually .. pelik.

“Anyway Kalau ada yang tau benda Apa ni.. pasir Apa ni.. Let me know ok,” tulisnya. 

Lalu, perkongsian yang dibuat penyanyi Hye Hye Bye Bye beberapa hari lalu itu mendapat perhatian peminat dan ada di antara mereka yang memberikan pandangan.

Malah, komen yang ditinggalkan peminat turut mendapat respon balas Ezlynn.

Foto: Instagram Ezlynn

IKLAN