Menerima khabar duka apabila pelawak, Hamdan Senario telah pergi dijemput Illahi, kira-kira jam 12.50 tengah tadi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Sebelum ini, Allahyarham Hamdan ditidurkan berikutan jangkitan kuman dalam darah.
Berita sedih pemergian pelawak berusia 54 tahun itu turut disahkan oleh ahli kumpulan Senario iaitu Azlee, petik mStar.
Ads
Terdahulu, anak bongsu arwah iaitu Nur Natasya Umairah, 20, berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit.
Ads
Hamdan berada di Johor Bahru, Johor bersama anggota Senario lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion sempena ambang tahun baharu 2024.
Ads
Bagaimanapun, acara berkenaan diteruskan tanpa Hamdan susulan masalah kesihatan yang menimpanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana enggan terlalu memikirkan kritikan segelintir pihak yang kurang senang melihatnya menggunakan gimik perkahwinan bagi mempromosikan konsert solonya, ‘Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun’.
Menurut Siti Nordiana atau lebih disapa Nana, tema perkahwinan hanyalah sebagai simbolik keakrabannya bersama para peminat setia.
“Saya tak risau bila ada yang kecam. Bila kita terangkan, saya pasti para netizen akan faham. Konsep yang kita pilih adalah perkahwinan dengan peminat.
“Mungkin ini memberikan sedikit kelainan. Seperti kita sedia maklum, saya punyai peminat yang sangat sayangkan saya.
“Jadi, saya nak hadiahkan sesuatu yang istimewa buat mereka yang telah menyokong saya sejak tahun 1999,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Terus Mencintai ini berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media eksklusif yang berlangsung di ibu kota pada Selasa.
Dalam pada itu, Nana turut memaklumkan dirinya sudah menemukan beberapa calon duet untuk menggalas tanggungjawab menyanyikan lagu ‘berhantu’ Memori Berkasih.
“Kita sudah senarai pendek beberapa nama sebagai artis undangan dan rakan duet. In Sha Allah apa yang saya pilih ini adalah yang terbaik
“Saya pun tahu aura arwah Achik Spin untuk lagu Memori Berkasih ini sangat besar. Jadi, saya akan pilih meraka yang benar-benar mampu membawakan lagu ini dengan baik,” ulasnya.
Sementara itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyuarakan keyakinan dirinya bakal bersedia daripada segi mental dan fizikal meskipun pernah mengalami masalah suara sebelum ini.
“Kondisi suara saya sudah semakin baik setelah saya mendapatkan rawatan. Sudah hampir setahun saya makan ubat-ubatan dan alhamdulillah beransur pulih.
“Saya juga masih menghadiri kelas vokal. Saya hanya boleh berdoa agar segalanya dipermudahkan,” katanya lagi.
Ditanya mengenai soal perkahwinan, Nana memaklumkan tidak pernah menutup pintu hatinya.
“Saya tak kisah bila orang tanya fasal kahwin. Jawapan saya tetap sama, belum ada jodoh lagi. Namun, kita tak tahu apa akan jadi pada masa hadapan.
“Kalau ada jodoh, saya akan terima. Saya kini hanya fokus dengan kerjaya. Sama seperti sejak awal kemunculan saya dalam dunia seni,” akhirinya.
Konsert ‘Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun’ bakal berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 11 Mei 2024.
Tiket bakal mula dijual pada 2 Febuari bermula pada harga RM188 (Paling Comel), RM288 (Memori Berkasih), RM308 (Mainan Cinta) dan RM4888 (VIP Box, 8 Pax Per Box).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun sudah berpisah sejak tiga tahun lalu, pelakon, Keith Foo tetap menjaga hubungan baik dengan bekas isteri Kim Raymond demi kebahagiaan satu-satunya anak mereka.
Menurut Keith Foo, setiap pasangan yang memilih perceraian sebagai jalan terakhir perlu membuang perasaan ego dan berbincang secara baik terutama membabitkan hak penjagaan zuriat.
“Kami sama-sama matang. Walaupun tidak lagi suami isteri, kami masih ibu bapa kepada satu-satunya puteri kami yang kini sudah berusia enam tahun.
“Tidak perlu bergaduh berebut anak atau perkara yang tidak sepatutnya. Pada akhirnya, kita yang mahukan anak ini.
“Jadi, apapun yang berlaku diantara ibu dan ayah, kita tak boleh libatkan anak di dalam konflik peribadi.
“Kita kena ketepikan ego dan bersama-sama sebagai kawan untuk membesarkan anak ini. Saya pasti segalanya akan baik-baik sahaja,” katanya selepas sidang media drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan, semalam.
Dalam pada itu, Keith atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin juga mengakui belum terfikir untuk menamatkan zaman duda, sebaliknya bahagia menikmati kehidupan solo.
“Setakat ini saya tiada pula mencari calon isteri kerana masih seronok menjalani aktiviti harian selain bersyukur ada kerja, dapat melancong, berkhemah dan sebagainya.
“Kalau nak ke fasa seterusnya pun saya tak memilih atau meletakkan syarat tertentu tetapi kena ambil kira perasaan anak walaupun dia masih terlalu kecil.
“Asalkan anak selesa dengan si dia, sebab kalau letak banyak kriteria nanti takut pula tiada keserasian. Jadi tak gunanya terlampau cerewet,” ujarnya.
Sekadar informasi, Keith dan Kim Raymond telah mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar.
Bagaimanapun, perkahwinan yang dibina tidak kekal lama apabila sah bercerai pada Disember 2019.
Berkongis mengenai peranannya di dalam filem Layang-Layang Perkahwinan, Keith membawakan watak sebagai Ammar Arafat yang juga merupakan bekas kekasih kepada salah seorang watak utama Saida Amanda yang dilakonkan oleh Ezzanie Jasny.
Ammar kembali muncul di dalam kehidupan Saida selepas suaminya berlaku curang dan berkahwin lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal, Rozita Che Wan tidak berhasrat untuk melakukan sebarang prosedur suntikan atau rawatan kosmetik untuk mengubah keadaan wajahnya.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, suaminya yang juga merupakan pelakon Zain Saidin tetap mengagumi kecantikkan semula jadinya dan disebabakan itu, dia tidak mengizinkan Che Ta melakukan prosedur tersebut.
“Saya hanya buat rawatan penjagaan wajah disebuah klinik yang menaja saya. Saya tidak ada mengambil sebarang suntikan. Saya percaya mengenai suntikan tapi Zain tak izinkan.
“Zain kata jangan cucuk. Dia akan turn off dengan wanita buat sesuatu pada mukanya.
“Katanya, dia okay sahaja walaupun kulit saya berkedut. Dia tak pernah melarang saya buat apapun. Dia hanya akan tegur mengenai baju dan kalau saya berhasrat untuk mengubah muka. Itu sahaja,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Diari Ramadan Rafiq itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran produk kecantikkan terbaharu, Serum Cekang Jelita baru-baru ini.
Dalam pada itu, aktres berusia 51 tahun ini turut mengakui soal kecantikkan bukan lagi menjadi keutamaannya pada ketika ini
“Kawan-kawan saya memang ada yang mengambil suntikkan. Sekarang saya berfikir begini, kalau saya masih muda, mungkin saya akan buat.
“Namun, bila sudah berusia, perkara ini bukan lagi keperluan untuk saya. Saya bukannya nak berlakon lama lagi. Mungkin tahun ini sahaja saya banyak ke hadapan.
“Tahun-tahun berikutnya saya akan aktif di belakang tabir,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia kini lebih mahu lebih memberikan tumpuan bagi terhadap kesihatan luaran dan dalamannya.
“Ibu saya pun dah berusia 75 tahun. Tak perlu buat apa-apapun tapi masih lagi sihat. Bila sudah meningkat usia, soal cantik ini bukan lagi keutamaan. Yang penting kita sihat.
“Kita tak mahulah pakai pewarna mata sampai 17 warna atau bulu mata melentik tapi duduk di atas kerusi roda,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...