Salam Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga pelakon veteran, Pak Jabit atau nama sebenarnya Man Kadir Shamsi yang telah meninggal dunia kira-kira jam 7.10 pagi tadi.

Berita ini dikongsi sendiri oleh anaknya menerusi akaun Facebook dan di laman media sosial itu dia memberitahu jenazah bapanya berada di Klinik Kesihatan Lancang.

Sememangnya pemergian Pak Jabit ini pulang kepada penciptaNYA memberikan kesan yang sangat mendalam buat keluarga, teman-teman juga peminatnya.

Ruang komen perkongsian tentang berita kematian arwah telah dihujani dengan ucapan takziah dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

IKLAN

Fendy Abu Bakar: Innalillahi wainnailaihi rojiun..takziah buat klrga arwah..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org² yg beriman..Pak Jabit dlm kenangan..Al-fatihah..

Rebin Sb Baraqah: Al fatihah..semoga roh Pak Jabit ditempatkan di kalangan org2 yg soleh…aamin

Badrul Hisham Gabso: Semoga arwah Pak Jabit diletakkan di tempat para anbia & solihin .. Aamiin … pasti merindui lakonan arwah dlm filem2 arahan Mamat Khalid

IKLAN

Eyra Sakura: Innalillahiwainnailahirojiun moga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman

Sesungguhnya setiap yang hidup di muka bumi ini pasti akan mati dan tiada siapa yang dapat lari daripada takdir itu. Buat seluruh ahli keluarga dan juga yang mengenali arwah Pak Jabit, MH Online mengucapkan salam takziah dan semoga roh arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama para solihin. Diharapkan segala urusan pengebumian jenazah berjalan lancar.

IKLAN

Menurut sumber Sinar Harian, jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang selepas zohor nanti.

Sedikit info buat anda yang mungkin tidak mengenali siapakan arwah Pak Jabit, arwah merupakan seorang pelakon yang terkenal menerusi filem-gilem komedi arahan Mamat Khalid dan di antara filem yang pernah diterajuinya adalah seperti Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Satu lagi bintang dalam industri seni tanah air kini telah pergi buat selama-lamanya. Al Fatihah.

Sumber: Facebook Ngah Kadir & Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI