Pelakon veteran Korea Selatan, Oh Yeong-su, yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan bulan atas kesalahan gangguan seksual, akhirnya dilepaskan daripada hukuman tersebut selepas mahkamah rayuan membatalkan sabitan berkenaan.
Mahkamah Rayuan Suwon pada Isnin memutuskan untuk membebaskan aktor berusia 80 tahun itu selepas mendapati bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan tidak mencukupi untuk mengekalkan sabitan terhadapnya.
Oh sebelum ini disabitkan bersalah oleh mahkamah daerah pada Mac 2024 selepas didakwa memeluk dan mencium seorang wanita tanpa izin ketika terlibat dalam satu jelajah teater pada tahun 2017.
Ads
Ketika itu, beliau dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan dengan penangguhan dua tahun serta diwajibkan menghadiri program pemulihan kekerasan seksual selama 40 jam.
Bagaimanapun, panel hakim dalam keputusan terbaharu menyatakan bahawa keterangan mangsa dan bukti sokongan tidak mencapai tahap meyakinkan bagi membuktikan kesalahan “melampaui keraguan munasabah”, sekali gus memihak kepada pembelaan.
Kes tersebut pernah mencetuskan perhatian antarabangsa kerana Oh merupakan pelakon watak “Old Man” atau Oh Il-nam dalam siri popular Netflix, Squid Game, yang melonjakkan namanya ke pentas global dan melayakkannya menang Anugerah Golden Globe bagi kategori Pelakon pembantu Lelaki Terbaik.
Ads
Dengan keputusan baharu itu, Oh kini dibebaskan sepenuhnya daripada sebarang hukuman penjara. Namun, pihak pendakwa masih mempunyai hak untuk memfailkan rayuan terakhir ke Mahkamah Agung Korea Selatan.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pertandingan Miss Universe 2025 yang berlangsung di Bangkok, Thailand, pagi tadi telah menobatkan wakil Mexico, Fátima Bosch, sebagai juara dan berjaya mengalahkan lebih 119 peserta yang lain.
Kemenangan itu mengukuhkan lagi kedudukan Mexico sebagai antara negara yang sering menyerlah dalam pertandingan ratu cantik dunia, apabila Fátima menjadi wanita keempat dari negara tersebut yang berjaya mengangkat mahkota Miss Universe ke tanah airnya.
Fátima mengungguli kedudukan teratas, diikuti oleh Praveenar Singh dari Thailand sebagai naib juara pertama, manakala tempat ketiga menjadi milik wakil Venezuela, Stephany Abasali.
Dua peserta lain yang turut melakar pencapaian tersendiri dalam kelompok lima terbaik ialah Ahtisa Manalo dari Filipina di tempat keempat serta Olivia Yacé dari Côte d’Ivoire yang menamatkan saingan di tempat kelima.
Pentas akhir edisi ke-74 ini turut menarik perhatian umum apabila beberapa insiden mencetuskan perbualan sebelum kemuncak acara berlangsung, termasuk dakwaan berlaku teguran terbuka terhadap Fatima sehingga menimbulkan kurang senang dalam kalangan beberapa peserta lain.
Bagaimanapun, acara tetap diteruskan secara teratur dan profesional sehingga detik penyampaian mahkota disempurnakan, sekali gus menutup tirai pertandingan dengan penuh tertib.
Pada pertandingan tahun ini, daripada 120 peserta keseluruhan, hanya 30 peserta terbaik yang mara kepusingan seterusya sebelum dikecilkan lagi menjadi top 12 dan seterusnya top 5.
Sementara itu, wakil Malaysia, Chloe Lim gagal menempatkan diri dalam kelompok 30 peserta terbaik sekaligus tidak berjaya mengulangi pencapaian Sandra Lim pada tahun lalu. Setakat ini Malaysia hanya pernah 2 kali sahaja berjaya mara ke peringkat separuh akhir iaitu pada 1970 dan 2024.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Noh Salleh memanjatkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya, Fatin Athira Mustapa telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada tanggal 21 November lalu.
Khabar gembira itu dikongsikan Noh yang juga vokalis kumpulan Hijau menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Menurut Noh, selepas melalui pelbagai ujian, dia menganggap perancangan Allah ini sangat hebat dan sempurna.
“Ia memerlukan kami mengharungi pelbagai ujian yang dasyat untuk menyedari bahwa hanya Allah Yang Maha Esa dan yang menentukan masa yang sempurna untuk sesuatu dituliskan menjadi milik kita.
“Tidak lambat, tidak terlalu cepat dan sempurna. Pada tanggal 21 November, isteri saya telah melahirkan anak kami yang pertama. Seorang anak perempuan yang sihat dan sangat cantik,” tulisnya.
Dalam masa sama, Noh turut memaklumkan dia dan isteri sepakat menamakan anak mereka itu, Tara Svara.
Malah, penyanyi lagu Rahsia Tuhan itu turut memanjatkan doa agar perjalanannya bersama isteri untuk bergelar ibu dan bapa akan sentiasa dipermudahkan.
“Berkat doa restu orang tua, keluarga, sahabat dan anda semua, proses kelahiran sangat lancar dan meriah kerana ditemani pelukan ciuman dan sorakan.
“Sebuah fasa baru untuk kami dan mohon kalian doakan perjalana kami sebagai ibu bapa ini sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Doakan Aku, Athira dan Tara Svara,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang teruja selain menitipkan doa yang baik buat Noh dan isteri. Ini antara komen yang ditingglkan
“Alhamdulillah tahniah. Syukur semuanya berjalan lancar. Semoga sihat anak dan ibunya.”
“Alhamdulillah, selamat berpantang mommy.”
“Syukur. Selamat datang ke dunia Tara. Semoga semuanya dipermudahkan untuk awak dan keluarga.”
“Segala puji bagi Allah. Semoga terus dihujani keberkatan dan kegembiraan.”
Turut sama tumpang gembira dengan perkhabaran tersebut termasuklah Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“MasyaAllah, tabarakallah, alhamdulillah. Semoga menjadi anak penyejuk mata dan hati ayah bonda. Tahniah,” tulisnya.
Sekadar informasi, Noh dan Athira mendirikan rumah tangga pada 23 September 2023.
Noh sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina pada 2011 sebelum berpisah pada Ogos 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka tidak dikurniakan zuriat tetapi memiliki seorang anak angkat lelaki yang diberi nama Musa.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Noh Salleh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun menjadi antara peserta terawal tersingkir, penyanyi Dato’ Elaine Kang akui tidak menyangka mampu bertahan sehingga konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), malam tadi.
Menurut Elaine, dia tidak meletakkan harapan tinggi sepanjang pertandingan kerana niat asalnya hanyalah untuk mengubat kerinduan peminat yang sudah lama tidak melihatnya beraksi di atas pentas besar.
“Saya sertai GV12 ini kerana rindu nak bertemu dengan peminat. Pada awalnya, saya hanya nak bertanding untuk satu minggu sahaja tapi rezeki saya mampu bertahan sehingga minggu keempat.
“Selama tempoh tersebut, saya sudah cuba menyanyi dan buat persembahan yang terbaik. Seperti yang ramai tahu, tahap kesihatan saya juga tidak berapa mengizinkan.
“Doktor pun sudah arahkan untuk saya berhenti dan tidak boleh bertanding lagi,” katanya kepada MH.
Elaine berkata demikian ketika ditemui selepas berakhir konsert minggu ke-4 GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Penyanyi lagu Maafkan Aku itu turut mengakui tidak mampu menahan sebak mengenangkan minggu tersebut menjadi pentas terakhirnya di GV12.
“Sebelum saya mula menyanyi pada malam tadi, air mata saya hampir mengalir. Namun, saya tahan. Saya tak mahu rosakkan persembahan pada malam ini.
“Saya jadi agak sebak kerana saya tahu ini merupakan malam terakhir saya buat persembahan di pentas GV12.
“Kalau saya tidak tersingkir malam ini, saya akan tetap tarik diri,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada dia akan terus aktif di kaca televisyen selepas ini, Elaine memaklumkan dia berhasrat untuk mengadakan mini konsert jika keadaan mengizinkan.
“Saya seorang yang bersemangat tinggi, berani dan kuat. Jika tiada aral melintang, saya akan kembali aktif menyanyi.
“Siapa tahu, mungkin tahun hadapan saya akan buat mini konsert. Biarlah masa dan tuhan yang menentukan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Elaine buat masa ini tidak mahu mengulas lanjut berkaitan keadaan kesihatannya.
“Bermula esok (hari ini), saya akan mula buat temu janji untuk berjumpa dengan tiga orang doktor. Saya enggan berkongsi lanjut mengenai kesihatan saya. Saya tak nak orang risau.
“Jika satu hari nanti, sudah tiba masanya untuk saya berkongsi kepada umum, saya akan adakan sesi sidang media.
“Buat masa sekarang, doakan sahaja kesihatan saya. Janji dengan saya, kalian semua juga perlu jaga kesihatan,” akhirinya.
Pada malam tersebut, Elaine yang berduet bersama penyanyi Dia Fadila menerusi lagu Yesterday Once More gagal menambat hati juri, sekaligus berada di kedudukan terendah dengan markah 46.75%.
Turut tersingkir ialah Shy8 yang berada di kedudukan ke-12 dengan 52.00%.
Tempat pertama pula diungguli oleh penyanyi Singapura, Iskandar Ismail bersama rakan duet Liza Aziz menerusi lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You dengan markah tertinggi 84.25%.
GV12 bersiaran langsung dari MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104), bermula 2 November 2025 selama 12 minggu.
Ia turut boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan sooka.
Musim ini mempertaruhkan 13 bintang Iaitu Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie & Shima)
Shae, Ruri Repvblik, trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) dari Indonesia turut berada dalam senarai bersama wakil Singapura Iskandar Ismail sementara SHY8 pula tampil sebagai peserta wildcard.
Barisan juri terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS dengan Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad selaku pengacara.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Baiknya hati Dato’ Elaine Kang bila dia sudi agihkan patung Labubu kepada para penonton dan juga juri sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang malam tadi💝✨ Menurutnya, idea untuk menggantung Labubu pada busananya datang daripada pereka fesyennya dan tanpa ragu, dia terus bersetuju kerana melihat keunikannya yang tersendiri 🧸 Lebih manis, hampir 40 patung Labubu dibawa khas semata-mata untuk dikongsi bersama ♥️ Tidak hairanlah Elaine sering menjadi perhatian ramai kerana sentiasa tampil dengan persalinan ‘out of the box’ dan penuh kreatif sepanjang perjuangannya di pentas GV12 🎤💃
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...