Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes mengumumkan syarikat penerbangan tersebut telah melantik pelakon jelita Indonesia, Raline Shah sebagai pengarah baru AirAsia Indonesia.

Menurut laporan sebuah media, pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun Instagramnya pada Isnin lalu.Tony juga memuat naik foto bersama Raline di Instagram miliknya pada Isnin lalu dengan kapsyen,

“Our new director in Airasia Indonesia @Ralineshah. Smart creative humble . A real coup readying our company for IPO.”

Pelakon Raline Shah Dilantik Pengarah Baru AirAsia Indonesia

Namun begitu, Tony tidak menyatakan posisi jawatan sebenar yang dipenuhi Raline. Wakil dari AirAsia Indonesia, Baskoro Adiwiyono juga tidak memberi maklum balas terhadap persoalan tentang pelantikan pelakon wanita itu.

Raline yang merupakan pelakon dan model terkenal dilahirkan di Jakarta pada 4 Mac 1984 dan menetap di Medan, Sumatera Utara, Indonesia.

IKLAN

Antara filem yang dibintangi Raline ialah 5 CM, 99 Cahaya Di Langit Eropa, Supernova dan terbaru Surga Yang Tidak Dirindukan 2 yang ditayangkan pada awal tahun ini.

Wanita berusia 33 tahun ini telah menamatkan pelajaran di National University of Singapore dalam jurusan Ijazah Muda Sastera Sains Politik.

Syarikat penerbangan ini merancang untuk menggabungkan perniagaan di seluruh Asia Tenggara.

IKLAN

Sumber : Kompas.com

Pelakon Raline Shah Dilantik Pengarah Baru AirAsia Indonesia

IKLAN

Pelakon Raline Shah Dilantik Pengarah Baru AirAsia Indonesia

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI