Tahniah diucapkan buat pelakon drama rantaian, Tuan Danial, Intan Najuwa atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid telah pun selamat mengikat tali pertunangan jejaka idamannya.

Difahamkan, lelaki yang berjaya menyunting hati pelakon ini dikenali sebagai Razz.

Lalu, pelakon kelahiran Johor Bahru ini berkongsi momen majlis pertunangannya bersama peminat menerusi InstaStory, selain turut ‘repost’ kembali momen bermakna itu di platform sama.

Turut dilangsungkan pada sesi pertunangan pasangan berkenaan ialah sambutan ulang tahun kelahiran Intan yang ke-22 tahun.

IKLAN

Intan dan pasangan dilihat tampil dalam persalinan sedondon.

Untuk rekod, Intan telah dilahirkan pada 18 Ogos 1997 di Johor Bahru dan merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik.

IKLAN

Tahniah atas ikatan pertunangan yang dilangsungkan dan pastinya, kalian ibaratnya selangkah lagi untuk lalui fasa bernikah bergelar pasangan suami isteri.

IKLAN
View this post on Instagram

😏

A post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on

View this post on Instagram

😘

A post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on

Video : Instagram Intan Najuwa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI