Pelakon Yuna Rahim selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Muhammad Nurakmal Ayub, 28, pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Damansara, Selangor pada pagi Sabtu.
Memetik Utusan Online, pasangan mempelai itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Rahim Awang dengan disaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhammad Nazmi Abd Samad pada jam 11 pagi.
Pada majlis tersebut, Yuna atau nama sebenar, Shafiqah Husna Abdul Rahim, 28, menerima mas kahwin RM300 beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh untuk pengantin lelaki.
Pelakon drama I Love You Mr Clown itu mula menjalin cinta dengan Nurakmal pada pertengahan tahun lalu, seterusnya mengikat tali pertunangan pada September lalu.
Majlis bertemakan warna putih itu dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak serta kenalan rapat mereka.
Perkongsian berkenaan pantas menerima reaksi serta ucapan daripada para pengikutnya.
Malah penyampai radio dan pelawak, Shuib turut sama meninggalkan ucapan ringkas buat Watie.
“Selamat ulang tahun,” komen Shuib yang disusuli dengan emoji yang diikuti dengan reaksi peminat.
Terdahulu, hubungan baik di antara keduanya bukan lagi rahsia apabila Shuib tidak menafikan mereka sedang berkawan rapat.
Memetik laporan media, dia selesa menjalinkan hubungan persahabatan dengan Watie kerana wanita itu mempunyai sikap penyayang seperti Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah.
Gara-gara pendedahan tersebut, Watie mula menjadi perhatian netizen dan peminat mula mengambil tahu mengenai apa sahaja perkongsian Watie di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Datin Alyah terharu apabila buat pertama kalinya, dia dilantik sebagai duta kempen Buffet Sentuhan Ramadan Hotel Tenera, Bangi sepanjang Ramadan ini.
Lebih bermakna, Alyah, 42, atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan menjelaskan tawaran sebagai wajah wakilan itu diterimanya selepas terlibat dalam bidang seni lebih 20 tahun lalu.
Malah kunjungannya ke hotel terkemuka itu tahun lalu bagi berbuka puasa membawa kepada kerjasama yang baik ini.
“Sepanjang terlibat dalam seni, ini kali pertama seumur hidup saya dipilih sebagai duta bersempena dengan kempen buffet Ramadan. Tak pernah saya terfikirkan.
“Apabila tawaran ini hadir, saya sambut dan terima dengan rasa syukur dengan hati terbuka. Insya-Allah, saya akan turut serta pada hari tertentu sekaligus mengambil kesempatan untuk menghiburkan pengunjung,” katanya kepada MH.
Alyah berkata demikian ketika ditemui pada Sidang Media Kempen Buffet Sentuhan Ramadan 2023 Hotel Tenera, baru-baru ini.
Isteri kepada maestro muzik, Datuk Ramli MS ini juga bagaimanapun akui, tawaran yang diterima cukup bermakna.
“Semestinya ia satu tanggjungjawab yang besar. Saya terharu dan jujurnya rasa seronok menerima tawaran pihak Hotel Tenera kerana bulan Ramadan menjadi tumpuan kita untuk mengumpul pahala.
“Jadi apabila kita bercakap mengenai waktu berbuka, tak dinafikan akan ada yang sibuk fikir nak buka dengan menu apa dan sebagainya. Namun di sini, insya-Allah kita tak akan terlepas momen Ramadan itu.
“Selain juadahnya yang beraneka dengan pakej yang realistik, Hotel Tenera turut tersedia ruang solat Maghrib dan terawih yang selesa. Ketika inilah juga orang kata nak kumpul pahala.
“Itu antara sebab yang buatkan saya tertarik, selepas merasai sendiri pengalaman ketika berbuka puasa di sini tahun lalu. Malah saya turut bawa ibu dan paling saya utamakan adalah keselesaannya juga,” katanya lagi.
Dalam pada itu, dengan mengambil kira kos sara hidup yang kian meningkat, Hotel Tenera optimis mengekalkan harga bufet berbuka puasa di hotel berkenaan pada harga RM118 seorang dewasa, manakala RM58 untuk kanak kanak.
Pengurus Besar hotel tersebut, Fadzly Hamzah berkata, bagi penempahan awal, orang ramai boleh mendapatkan harga hanya RM88 seorang dan promosi itu berlangsung sehingga 28 Februari ini.
Harga tersebut dilihat berbaloi dengan hidangan kira-kira 200 menu terdiri daripada pembuka selera, pencuci mulut, makanan utama hinggalah kepada minuman sejuk dan panas.
“Kami mengunjurkan kira-kira 800 pengunjung sehari yang hadir berbuka puasa di sini dan sepanjang 26 bari jualan pada bulan tersebut, ia dianggarkan kira-kira 17,000 pelanggan.
“Jumiah sasaran ini boleh dicapal memandangkan kami memiliki rekod yang balk dalam menghidangkan juadah berbuka puasa sebelum ini” katanya yang turut berbesar hati atas kesudian penyanyi Thank You Allah itu untuk bersama-sama mereka tahun ini.
Dalam pada itu, konsep gerai-gerai dalam menyajikan lauk pauk masih lagi diteruskan. Informasi lanjut mengenai buffet berkenaan boleh diperolehi menerusi di laman media sosial Hotel Tenera dan Alyah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dakwaan sensasi mengenai pelakon wanita yang dikatakan cuba menganggu rumah tangga pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah terjawab apabila Alif mengesahkan aktres tersebut ialah Sophia AlBarakbah
Walaupun tidak menyebut nama, Aliff berkata, wanita yang dikaitkan mempunyai kriteria sama dengan Sophia dan ketika ini, dia hanya menjalani satu pengambaran drama sahaja, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.
“Saya rasa tanpa menyebut nama, saya sedang buat satu drama sahaja. Jadi itu sahajalah heroin saya. Rasanya orang pun sudah sedia maklum, isteri saya pun tak sebut nama. Jadi lebih baik biarkan perkara itu begitu sahaja.
“Saya faham keadaan Bella yang sedang rapuh tetapi kami terbuka untuk berbincang dan menyelesaikan perkara ini dengan lebih matang. Kami duduk dan secara rasional, berkomunikasi tentang isu ini.
“Saya pun tidak akan menafikan apa yang isteri saya sudah dedahkan. Saya kenal Bella, dia tidak akan keluarkan apa-apa kenyataan tanpa usul periksa. Dia tak akan melenting kalau tidak betul,” katanya.
Pelakon dan penyanyi itu ditemui ketika sesi sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah di Park 28, Mutiara Damansara, pada Rabu.
Dalam pada itu, Aliff tidak menafikan, kontroversi tersebut terjadi antara lain, atas kekhilafan diri sendiri yang lalai untuk menjaga batas hubungan walaupun berstatus suami orang.
“Tiada siapa jangka kontroversi akan meledak. Saya anggap ini satu teguran daripada Tuhan apabila menjalani penggambaran supaya tidak lalai menjaga iktilat.
“Pada awal penggambaran, kami tidak ada sesi bacaan skrip jadi kami seolah terbawa-bawa perasaan ketika berlakon bersama,” katanya.
Sementara itu, Aliff juga tidak mahu kontroversi ini berlarutan dan demi menghormati semua pihak, selain untuk tidak lagi bergandingan dengan pelakon filem Mimaland itu.
Aliff juga berharap agar Sophia tampil memberi penjelasan menjernihkan kemelut yang hangat diperkatakan warganet.
“Saya tidak boleh memaksa tetapi berharap agar pihaknya juga dapat beri penjelasan.Apa pun, terpulang kepada dia.
“Seperti apa yang Bella sudah katakan, saya menghormati dan akur jika itu boleh mengembalikan kepercayaan dan keyakinan terhadap saya,” katanya.
Terdahulu, Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga menganggu keharmonian rumah tangganya.
Bella bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut namun warganet mula menyerang akaun Instagram Sophia sehingga memaksa aktres menghadkan ruangan komen di media sosialnya.
Drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah bakal disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 6 Februari depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memberikan kata-kata semangat kepada seorang wanita yang mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi memberikan sepenuh tumpuan terhadap rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat.