Pelakon Yuna Rahim selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Muhammad Nurakmal Ayub, 28, pada majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah hotel di Damansara, Selangor pada pagi Sabtu.
Memetik Utusan Online, pasangan mempelai itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Abdul Rahim Awang dengan disaksikan Imam Masjid Mahmudiyyah Kayu Ara, Muhammad Nazmi Abd Samad pada jam 11 pagi.
Pada majlis tersebut, Yuna atau nama sebenar, Shafiqah Husna Abdul Rahim, 28, menerima mas kahwin RM300 beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh untuk pengantin lelaki.
Pelakon drama I Love You Mr Clown itu mula menjalin cinta dengan Nurakmal pada pertengahan tahun lalu, seterusnya mengikat tali pertunangan pada September lalu.
Majlis bertemakan warna putih itu dihadiri 100 tetamu terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua pihak serta kenalan rapat mereka.
Pelakon dan usahawan, Zara Zya tampil menjawab susulan sekeping foto tular gambar fotonya yang disarungkan cincin sekaligus menimbulkan tanda tanya sama ada dia kini bergelar tunangan orang atau sebaliknya.
Meski foto berkenaan diambil dari sudut sisi, namun ia jelas menampakkan wajah pelakon yang popular menerusi drama bersiri Risik Pada Hati itu.
“Maaf buat masa ini saya tidak boleh berikan sebarang komen. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan berkongsi kepada umum.
“Apa yang boleh saya katakan adalah doa yang baik-baik saja buat saya. Terima kasih semua,” katanya, lapor Harian Metro.
Terdahulu, sekeping gambar Zara atau pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, disarungkan cincin dengan pakaian serba putih.
Sebelum ini, Zara juga turut dikaitkan dengan pelawak dan penyampai radio, Shuib apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama menerima perhatian dan spekulasi netizen
Bagaimanapun Menerusi perkongsian tersebut, dia memohon agar netizen berhenti membuat telahan susulan masing-masing mempunyai kehidupan sendiri.
Selain Shuib, Zara juga pernah dikaitian dengan rakan baiknya iaitu usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Saya nampak ramai sangat yang terganggu bila tengok saya sudah tidak bertudung pula. Ini perkara yang ingin saya bagitahu, saya lahir dalam keluarga seni.
“Memang sejak azali saya merupakan seorang yang free hair. Tak lama kemudian, saya mula berhijrah serta belajar mengaji, solat dan perbaiki diri.
“Saya dah pun cuba pakai tudung sebelum ini tapi pada sama saya minta maaf kerana saya hanya hamba Allah yang biasa. Iman saya tak cukup kuat,” katanya.
Pendedahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama siri KL Gangster: Underworld 2 itu menerusi sebuah video di laman Instagram.
Dalam pada itu, Tash Yong turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa dan ucapan yang baik buat dirinya.
“Bila saya buka tudung sekarang, tidak bererti saya buka untuk selamanya. Saya masih lagi mencuba untuk jadi elok semula.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan bercakap yang baik-baik. Saya doakan sesiapa sahaja yang mendoakan kebaikan buat saya, semoga yang baik juga pergi kepada kalian semua,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga Tash Yong terus kuat bagi menghadapi fasa ini.
Terdahulu, Tash mula memakai tudung ketika sambutan Aidiladha pada September 2020 lalu dan pernah mengharapkan dirinya terus istiqamah bertudung ketika itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tash Yong
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Adam Shahz tidak terasa hati dengan video yang dimuat naik oleh suami kepada bekas isterinya, Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang yang didakwa memerlinya sewaktu hadir ke mahkamah ketika prosiding perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anak tunggal mereka, Ivy Herra Sophia baru-baru ini.
Menurut Adam, orang luar boleh membuat apa sahaja andaian tetapi dia lebih selesa untuk berdiam diri.
“Pada awalnya, saya tak tahu mengenai video tersebut sehinggalah saya keluar daripada kawasan mahkamah. Tiba-tiba sahaja, notifikasi telefon saya sibuk.
“Saya berhenti tepi jalan lalu lihat apa yang berlaku. Selepas itu, baru saya tahu kewujudan video berkenaan. Bagaimanapun, saya tak anggap ia sebagai satu isu dan saya tidak berasa hati.
“Kalau nak cakap dia mengata saya, mungkin itu hanya tanggapan orang luar yang melihat. Saya tiada rasa apa pun ketika melihat video tersebut,” katanya kepada MH.
Adam berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Sumpahan Syaitan yang berlangsung di Pavillion, Kuala Lumpur pada Khamis.
Jelas Adam lagi, dia juga tidak mahu merendahkan dirinya dengan memanjangkan hal tersebut yang berkemungkinan akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Kalau saya melayan, apa beza level dia dengan saya? Bukan level saya nak melayan perkara-perkara seperti ini.
“Andai kata saya berbalas kenyataan atau video, saya rasa keadaan akan bertambah rumit dan keruh. Saya pun tak nafikan mungkin tindakkan tersebut adalah bertujuan untuk memancing emosi,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya sama ada dia pernah berhubung secara personal dengan Aliff, Adam memaklumkan dia tidak pernah berbuat sedemikian.
Bagaimanapun, wakil daripada Aliff pernah mencuba untuk menghubunginya supaya kes hak penjagaan anak ini diselesaikan secara baik, namun dia terpaksa menolak.
“Saya tak pernah berkomunikasi dengan dia. Cuma sebelum kes ke mahmakah itu, pengawal peribadinya ada menghubungi saya untuk minta saya selesaikan isu ini secara baik tapi saya tolak.
“Janji-janji manusia ini kita tak boleh percaya. Saya dah banyak kali terkena. Mula-mula cakap lain, lepas dah beberapa tahun cakap lain pula. Jadi, saya memang mahu isu ini diselesaikan di mahkamah.
“Biar mahkamah yang buat keputusan. Kalau saya yang melanggar perintah mahkamah, ambil tindakan kepada saya. Begitu juga sebaliknya.
“Ini juga nasihat saya buat pasangan-pasangan yang punyai masalah sehingga ke arah penceraian. Pastikan semuanya berakhir di mahkamah. Jangan selesaikan sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, prosiding perbicaraan kali pertama berhubung hak penjagaan anak tunggal Adam dan Fatin gagal mencapai kata sepakat.
Satu prosiding majlis sulk akan diadakan membabitkan kedua-dua belah pihak yang bakal berlangsung pada 28 Februari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Lufya Omar meluahkan rasa terkilan dengan tindakan seorang individu yang melabelkan dirinya dan rakan-rakan usrah sebagai ‘rapist enabler’ hanya kerana bergambar bersama isteri kepada pendakwah bebas, Dai Syed iaitu Hana Ismail.