Pelakon dan aktivis, Jacob Berger sekali lagi menarik perhatian dunia selepas berkongsi sekeping foto pasport asal Palestin di laman Instagram miliknya, sekali gus menegaskan bahawa negara Palestin benar-benar wujud dan memiliki sejarahnya sendiri.
Menerusi hantaran tersebut, Jacob dilihat memegang dokumen berupa pasport asal berwarna coklat dengan tulisan “Palestine” di muka hadapan. Di percayai pasport tersebut merupakan keluaran era Mandat British yang mana negara itu menjajah Palestine selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah.
Dalam kapsyen ringkas yang disertakan, beliau menulis: “Berbesar hati apabila sahabat saya @mommasamh menunjukkan sejarah keluarganya di Palestin yang diusir selepas peristiwa Nakba.”
Perkongsian berkenaan mencetuskan reaksi besar dalam kalangan pengikut serta aktivis pro-Palestin yang menganggap tindakan itu sebagai simbol kuat bagi menangkis dakwaan bahawa Palestin tidak pernah wujud sebagai sebuah negara.
Foto tersebut juga dianggap mengangkat kembali ingatan terhadap peristiwa Nakba, sebuah tragedi pengusiran besar-besaran rakyat Palestin pada tahun 1948 yang menjadi titik luka dalam sejarah Timur Tengah.
Ads
Jacob, yang sebelum ini dikenali melalui penglibatannya dalam kempen kemanusiaan Gaza Freedom Flotilla, turut disanjung oleh penyokong di seluruh dunia kerana keberaniannya menzahirkan sokongan terbuka terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Hantaran itu kini tular di media sosial, menjadi bukti bahawa identiti Palestin tidak boleh dipadamkan, malah terus hidup dalam sejarah, dokumen dan hati generasi yang masih memperjuangkan keadilan hingga ke hari ini.
Sekadar info, Jacob Berger merupakan seorang pelakon yang aktif di media sosial. Beliau memiliki lebih 1.1 juta mengikut di Intsagram. Antara naskhah lakonannya seperti A rainy Day in New York, Power, The Breaks dan banyak lagi.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ads
Keyakinan Bermula Dari Dalam
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Pusingan separuh akhir All Star Championship 2025 menyaksikan pertarungan sengit dan penuh kejutan apabila beberapa peserta berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam aksi tinju yang cukup mendebarkan.
Pertarungan tersebut berlangsung pada Sabtu lalu di Bunker Damansara, Kuala Lumpur, dengan kehadiran penonton yang memenuhi ruang gelanggang dan memberikan sorakan luar biasa.
Antara aksi yang paling mencuri tumpuan ialah kemenangan pelakon dan penyanyi, Fareez Fauzi, yang mara ke pentas akhir selepas menumbangkan lawannya, Koroy, dalam perlawanan yang berlangsung sengit dari awal hingga akhir.
Sementara itu, hasrat pempengaruh Imranul Effendy untuk berentap dengan adiknya, Izzlan, di pentas akhir tidak kesampaian apabila Izzlan tewas kepada Amir Harris, sekali gus menutup peluang menyaksikan “pertembungan adik-beradik” yang dinanti ramai.
Dalam masa sama, pelakon Shahidan Izwan turut tersingkir selepas tunduk kepada Sonic, yang mempamerkan ketenangan dan ketepatan pukulan luar biasa.
Penyanyi Fariq McFly pula terpaksa melupakan impian memburu kemenangan apabila tewas kepada Oyot, seorang atlet silat yang memperlihatkan disiplin serta kawalan gelanggang seolah-olah jaguh profesional.
Penganjur All Star Championship, Dato’ Abdul Rahman Soltan, berkata, kejohanan kali ini membuktikan bahawa para peserta bukan sahaja berani mencabar diri, malah berlatih dengan penuh komitmen untuk menampilkan aksi bertaraf profesional.
“Saya bangga dengan semangat dan disiplin semua peserta. Walaupun ada yang dikecam kononnya bertinju ‘main-main’, mereka sebenarnya menjalani latihan intensif dan menunjukkan komitmen luar biasa di gelanggang.
“Secara keseluruhan, penganjuran separuh akhir berjalan lancar dan sambutan penonton sangat luar biasa. Ini membuktikan bahawa All Star Championship kini menjadi fenomena baharu dalam sukan tempur moden,” katanya.
Menurutnya lagi, kejohanan ini turut menggabungkan elemen sukan dan digital selaras dengan usaha mempromosikan pelancongan domestik menerusi kerjasama dengan Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
Sebanyak tiga kejuaraan utama bakal menjadi rebutan dalam pusingan akhir yang dijadual berlangsung pada 18 Oktober 2025 di Arena Sukan Kuala Lumpur, dengan jumlah hadiah terkumpul RM270,000 menanti pemenang.
“Kami harap pusingan akhir nanti akan menjadi kemuncak yang paling sengit dan bersejarah, memperlihatkan kehebatan enam peserta terbaik yang kini bersedia merebut gelaran juara All Star Championship 2025,” ujarnya.
Sementara itu, pelakon berpengalaman Fauzi Nawawi, yang turut hadir sebagai penonton dan bapa kepada salah seorang peserta, menyifatkan All Star Championship 2025 sebagai satu platform yang berjaya menggabungkan dunia sukan dan digital dengan cara yang sihat dan profesional.
Menurut Fauzi, masyarakat perlu melihat kejohanan ini dari sudut positif kerana ia bukan sahaja memperkenalkan sukan tinju ke khalayak lebih luas, malah mampu mengurangkan konflik di media sosial dengan menyalurkan semangat persaingan secara sihat.
“Kita perlu melihat perkara ini secara positif kerana ia mampu melonjakkan nama sukan tinju tempatan ke tahap lebih tinggi melalui penglibatan selebriti yang mempunyai pengaruh besar. Mereka juga berlatih secara profesional. Lihat sahaja bagaimana pertarungan berlangsung.
“Malah, kita patut puji kesungguhan dan matlamat penganjur yang menyediakan gelanggang profesional serta memberi pengalaman kepada peserta yang mungkin sebelum ini hanya berminat dengan sukan tinju.
“Sukan tinju sekarang tengah popular dalam kalangan anak muda dan saya dapat lihat bagaimana ia mula meresap masuk ke dalam dunia digital juga. All Star Championship 2025 satu platform yang sihat, tak salah kita sokong,” ujarnya.
Tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir secara langsung di Arena Sukan Kuala Lumpur pada 18 Oktober 2025akan mula dibuka tidak lama lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Tiga dekad meniti perjalanan seni, Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza terus membuktikan pengaruh serta kehebatannya apabila tiket Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza kini hampir habis dibeli peminat sebaik sahaja jualan dibuka sejak beberapa hari lalu.
Konsert berskala besar yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil itu bakal menjadi kemuncak sambutan 30 tahun perjalanan seninya dalam industri hiburan serantau.
Setakat ini, kategori tiket Super VIP, Diamond, Silver, Bronze dan Restricted View telah habis dijual, manakala kategori VIP, Platinum dan Gold pula difahamkan semakin pantas dibeli peminat.
Menerusi hantaran di Instagram, penyanyi lagu Kuyakini itu memuat naik poster bertulis “Almost Sold Out”.
“Terima kasih di atas sokongan anda semua dengan mendapatkan tiket #legacy30sitinurhaliza. Saya sangat menghargainya.
“Ada beberapa kategori tiket masih ada, jangan lupa dapatkannya nanti,” tulis Siti pada ruang komen.
Dalam satu kenyataan terdahulu, Siti menjelaskan konsert ini bukan bertujuan untuk memecahkan rekod kehadiran 70,000 penonton Konsert Fantasia Tour 2004.
Sebaliknya, ia adalah untuk memberikan pengalaman yang selesa, epik dan penuh makna kepada kira-kira 60,000 penonton di stadium ikonik tersebut.
Tiket Legacy 30 ditawarkan pada harga bermula RM69 hingga RM1,599 menerusi laman rasmi ticket2u.com.
Sehingga kini, hantaran berkenaan telah menerima hampir 8,000 tanda suka dengan ratusan komen daripada peminat dan rakan industri yang sama-sama teruja menantikan konsert mega tersebut.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada pelakon dan bekas bintang siri The Real Housewives of Beverly Hills, Aaron Phypers menafikan sekeras-kerasnya semua dakwaan bahawa beliau pernah melakukan sebarang bentuk penderaan fizikal terhadap isterinya, Denise Richards.
Dalam keterangan di mahkamah pada Selasa, Aaron Phypers menolak tuduhan yang difailkan oleh Denise, yang mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang tempoh perkahwinan mereka.
“Saya tidak pernah menyakiti Denise Richards. Saya tidak pernah mengugut untuk mencederakannya, apatah lagi mengancam nyawanya,” katanya di hadapan hakim.
Penafian itu dibuat selepas Denise mengemukakan permohonan perintah sekatan sementara (restraining order) terhadap suaminya pada 17 Julai lalu. Dalam dokumen mahkamah, aktres berusia 53 tahun itu mendakwa telah beberapa kali dipukul, dicekik dan diancam untuk dibunuh oleh Aaron Phypers.
Antara dakwaan yang dikemukakan termasuk insiden di mana Phypers didakwa menolak dan menjerutnya hingga terjatuh di tangga, membanting kepalanya ke dinding serta menggenggam kepalanya dengan kuat sehingga menyebabkan kesakitan yang serius. Denise turut mendakwa mengalami sekurang-kurangnya tiga gegaran otak akibat tindakan tersebut.
Dalam kenyataan balasnya, Aaron Phypers menegaskan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas dan direka untuk menjatuhkan reputasinya. Beliau juga mendakwa bahawa selepas perintah sekatan dikeluarkan, Denise masih menghubunginya sebanyak 17 kali dalam tempoh seminggu namun beliau tidak menjawab sebarang panggilan tersebut.
Aaron Phypers turut menyertakan bukti log panggilan sebagai sebahagian daripada hujah pembelaannya. Malah, beliau mendakwa Denise pernah menyerangnya secara fizikal dan bertindak mengganggunya berulang kali sebelum ini.
Kes pasangan tersebut kini masih dalam proses perbicaraan dan keputusan lanjut akan ditentukan oleh mahkamah. Denise dan Aaron Phypers berkahwin pada September 2018 namun hubungan mereka dilaporkan semakin tegang sejak penghujung tahun lalu.
Setakat ini, kedua-dua pihak masih mengekalkan pendirian masing-masing sambil menunggu keputusan rasmi daripada mahkamah. Kes ini terus menjadi perhatian media hiburan antarabangsa kerana melibatkan dua nama besar Hollywood, Denise Richards dan Aaron Phypers.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Rasai kebaikan vitamin & probiotik dalam KITSUI Whitie Snow, bantu kulit tampak lebih sihat & berseri.
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.