Pelakon Hollywood, Kirstie Alley,71, yang dikenali menerusi drama Cheers telah meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser. Berita tentang kematian bintang veteran popular itu disahkan sendiri oleh dua anaknya, True dan Lillie Parker.

Sebelum ini, mendiang terlebih dahulu telah dirawat di Pusat Kanser Moffit yang terletak di Florida.

“Kami sedih untuk memaklumkan kepada anda bahawa ibu kami yang luar biasa, berani dan penyayang telah meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser, selepas didiagnos baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Kanak-Kanak Filem Danur Meninggal Dunia Pada Usia 12 Tahun

IKLAN

“Sewaktu meninggal dunia, ibu di kelilingi oleh keluarga terdekat. Dia sudah bertarung dengan kekuatan yang hebat, meninggalkan kami dengan kepastian kegembiraan hidup yang tidak berkesudahan untuk melalui apa sahaja yang bakal menanti pada masa hadapan.

“Seperti mana anda melihat dia dengan hebat di skrin, begitu jugalah dia sebagai seorang ibu dan nenek. Semangat yang dimilikinya memberi inspirasi kepada kami untuk menjalani kehidupan dengan penuh makna dan keceriaan sebagaimana yang dilakukannya,” kongsi True dan Lillie menerusi satu kenyataan yang disiarkan di media sosial milik ibu mereka.

IKLAN

Merupakan pemenang anugerah Emmy sebanyak dua kali, mendiang yang dilahirkan di Kansas pada 1951 mula terkenal menerusi lakokan hebatnya dalam filem Star Trek II: The Wrath of Khan yang disiarkan pada 1982.

IKLAN

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI