Pelakon ‘Detektif Wong’ Dalam Gerak Khas, Ruzzlan Abdullah Dilapor Meninggal Dunia

Share

Pelakon dan krew, Ruzzlan Shah Abdullah dilaporkan sudah meninggal dunia. Berita sedih itu telah dimaklumkan rakan pelakon, Sheera Iskandar menerusi Instagram sejam lalu.

Malah, rakan pelakon, Salina Saibi turut berkongsi perkara sama.

“Innalillahiwainailaihirojiun…Abang Ruzzlan baru sahaja meninggal dunia. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman.

“Baru sahaja semalam Sheera, Salina dengan Abang Kumar melawat Abang Lan dekat hospital, tak sangka hari ni dia dah pergi meninggal kan kita semua. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. Al Fatihah. #detektifWong,” tulisnya.

“Assalamualaikum. Roslan/Lan Cina/Lan Producer /Detektif Wong #GerakKhas baru saja meninggal.. Jenazah sekarang di HUKM.. Al fatihah,” tulis Salina pula.

Bagaimanapun, sebab kematian Allahyarham masih belum dapat dipastikan, alfatihah.

Foto: Instagram Sheera Iskandar, Salina Saibi

IKLAN