Pelakon dan pelawak terkenal Hollywood, Amy Schumer, mengesahkan perpisahannya dengan suami, Chris Fischer, selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Schumer menerusi satu hantaran di Instagram, sekali gus menamatkan spekulasi yang berlegar sebelum ini mengenai status perkahwinan mereka.
Menurut Schumer, keputusan untuk berpisah dibuat secara matang dan penuh pertimbangan, tanpa sebarang konflik besar antara kedua-dua pihak. Berkahwin pada Februari 2018, Schumer dan Fischer dikurniakan seorang anak lelaki berusia enam tahun, Gene.
Pelakon filem Trainwreck itu menegaskan mereka kekal komited untuk membesarkan anak bersama-sama serta mengutamakan kesejahteraan Gene walaupun tidak lagi bergelar pasangan suami isteri.
Ads
Dalam kenyataannya, Schumer turut meminta orang ramai menghormati privasi keluarga mereka dan tidak membuat sebarang spekulasi melampau. Beliau menjelaskan hubungan mereka masih baik dan berasaskan rasa saling menghormati, khususnya demi anak tunggal mereka.
Ads
Difahamkan, pasangan itu juga mengambil keputusan untuk terus bekerjasama dalam aspek keibubapaan, malah masih mengekalkan komunikasi yang rapat bagi memastikan kehidupan Gene kekal stabil dan terurus.
Ads
Untuk rekod, Schumer mula menjalin hubungan dengan Fischer pada 2017 sebelum berkahwin setahun kemudian. Fischer merupakan seorang cef profesional yang turut dikenali menerusi beberapa buku masakan popular di Amerika Syarikat.
Penyanyi Korie tetap berpuas hati dengan usaha dan prestasinya sepanjang menyertai program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), meskipun namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir, malam tadi.
Bagaimanapun, Korie atau nama sebenarnya Azahari Aminuddin memohon maaf sekiranya dia menghampakan harapan peminat yang ingin melihatnya melangkah lebih jauh dalam saingan tersebut.
“Sebenarnya, saya sertai GV12 ini untuk mencabar diri. Saya tahu saya bukanlah penyanyi yang baik untuk sampai ke pentas akhir.
“Namun, saya tetap cuba yang terbaik. Pada saya, dapat melangkah sehingga minggu keenam ini pun sudah satu pencapaian yang besar.
“Saya mengecewakan mereka yang mengharapkan saya mara hingga ke final. Namun, saya tetap bersyukur dengan rezeki Allah ini. Di GV12 ini, saya belajar banyak perkara baharu.
“Saya ini seorang yang pemalu tapi saya cuba lawan perasaan itu. Walaupun lagu-lagu yang saya bawakan itu bukan forte saya, tapi saya tetap cabar diri. Malangnya, perjalanan dan tahap saya sampai di sini sahaja,” katanya kepada MH.
Penyanyi Pergilah Sayang itu berkata demikian selepas tamat konsert minggu ke-6 GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.
Dalam masa sama, Korie mengakui masalah kesihatan yang dialami ketika ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada fokus dan persembahannya.
“Sudah dua minggu saya alami demam dan ia memang sangat mengganggu. Bila jumpa doktor, mereka maklumkan ini adalah ‘viral fever’. Demamnya sekejap ada dan sekejap hilang.
“Ada satu ketika itu, saya bangun tidur, saya rasa sangat sihat. Saya pun gembira kerana dapat kembali fokus bertanding.
“Bila saya tidur semula, keesokkannya demam itu datang kembali sehingga hari ini. Minggu lepas pun saya sudah demam tapi ia masih baru dan kesannya belum terasa. Semakin lama, demam semakin teruk.
“Masalah kesihatan ini juga yang ganggu persembahan saya malam tadi,” ujarnya lagi.
Walau tidak lagi mara ke minggu seterusnya, Korie tetap optimis dan mendedahkan sudah menerima pelbagai tawaran selepas penyertaannya dalam GV12.
“Saya sebenarnya sudah terima banyak tawaran persembahan. Malah, saya juga ada mendapat tawaran untuk mencipta lagu buat artis-artis lain.
“Alhamdulillah, GV12 ini satu platform yang sangat baik walaupun saya tersingkir. Saya rasa bekas-bekas peserta lain juga rasa hal yang sama.
“GV12 ini platform untuk artis seperti kami buat kemunculan semula dan terus berjuang dalam bidang seni. Saya akan terus aktif selepas ini. Lagipun, pekerjaan ini sahajalah yang saya tahu,” ujarnya.
Korie juga tidak menolak kemungkinan kembali bergandingan bersama kakaknya, Ratu Rock tanah air, Ella, yang bakal mengadakan konsert mega di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun hadapan.
“Kita belum ada perancangan untuk keluarkan single duet bersama. Namun, tawaran untuk membuat persembahan bersama itu memang ada. Semoga Ella juga sering-sering ajak saya menyanyi sekali nanti.
“Doa-doakanlah. Buat persembahan di Stadium Bukit Jalil memang merupakan salah satu impian saya,” akhirinya.
Terdahulu, Korie yang membawakan lagu Belum Siap Kehilangan nyanyian Steven Pasaribu meraih markah terendah sebanyak 58.50%.
Tempat pertama pula menjadi milik Nubhan dengan markah 74.00%.
GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (saluran 104), serta boleh ditonton melalui strim On Demand di Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dalam dunia yang mementingkanimej, kebenaranselalunyamenjadimangsapertama. Namun, bagibarisanpelakon Impiana: Karma, merekamemilihuntukmenanggalkan topeng tersebut, walaupunhanyauntukseketika.
TikTok baru-baruinidigemparkandengansebuahfragmen video yang memaparkansisi paling rentan (vulnerable) barisan bintang drama hit ini.
Tidak hairanlah video tersebutpantastular; dalam era kepura-puraan media sosial, kejujuranadalahkomoditi paling mewah yang dicari oleh peminat.
Video digital istimewabertajuk “Confession Cam” yang kinirancak di lamansosial Astro dan sooka, bukansekadarbahan promosibiasa. Iaadalahsatubentuk psychological deep-dive.
Kita melihat nama-nama besarseperti Fasha Sandha, Mimi Monirah, dan Amir meluahkan‘kisahhitam’ yang sangat relatable dengannaratifgelapsiri drama yang sedang hangat ditayangkan.
Melaluilensakamera, para pelakoninidihujanisoalan-soalantajam yang mencabarprinsip. Namun, apa yang menarik perhatianadalahketenanganmereka.
Pendedahanpenuhinibolehdisaksikan di saluran YouTube Astro Malaysia sebagai “aperitíf” buatpenontonsetia drama ini.
Impiana: Karma adalahsebuahkarya yang membedahanatomiobsesi. Iamembawapenontonkedalamsebuah dewan cermin penuhilusi, di mana sebuahkeluarga yang kelihatansempurna dariluarsebenarnyasedangmereput di dalam.
Kisahinimenelusuritigajiwa yang terperangkapantara ego yang melangit dan tekananhidup yang menghancurkan.
Apabilarahsiamulamemboloskandiridarialmarisimpanan, merekaterjatuhkedalampusaran karma yang tidak mengenal simpati.
Iaadalahperingatanbuatkitasemua: dalammengejar kesempurnaan, sering kalikitakehilanganjiwa.
Saksikanrangkaian drama pilihan yang menggabungkankisahlokal dan antarabangsamelalui Astro One, semuanyadengan hanya RM49.99 sebulan. Strimsehingga 4 peranti.
Tidak sempat di rumah? Teruskanmenonton di aplikasisooka, di mana sahajaandaberada, muatturun dan strimsecara percuma.
Langgansekarang dan nikmatipengalamanhiburantanpa batas!
Siri Impiana: Karma bersiaran pada setiap Rabu dan Khamis, 9 malam di saluranAstro Ria (104), Astro One &sooka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa terhadap seorang individu yang didakwa bertindak meninggalkan komen biadap berkenaan dirinya dan keluarga, termasuk kenyataan yang didakwa berbaur lucah serta meminta dirinya kembali ke negara asal, Singapura.
“Kepala bapak kau la. Berambus balik Singapura la gamp*ng. Tapi bini dan anak kasi tinggal. Biar aku servis kasi baik punya,” tulis individu terbabit.
Menerusi hantaran di Instagram, Aaron menyifatkan komen tersebut agak keterlaluan, lebih-lebih lagi apabila ia turut melibatkan isteri dan anak-anaknya.
“Boleh tahu siapa kenal ‘haramjad’ ni? Biadap dan kurang ajar. Saya, anak-anak dan isteri tak pernah kacau orang,” tulisnya.
Dalam masa sama, Aaron turut memohon bantuan daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjejaki individu terbabit.
“Orang masih suka cari masalah. Lepas itu buat video minta maaf kepada bana kau. SKMM & PDRM tolong bantu saya,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap kenyataan tersebut melampau dan berharap agar individu berkenaan dikenakan tindakan sewajarnya.
Antara komen-komen yang ditinggalkan netizen termasuk;
“Semoga dipermudahkan urusan. Cari bang sampai dapat.”
“Jangan bagi muka orang macam ni.”
“Kasi ajar orang macam ni Datuk. Tak boleh bagi muka. Nanti dia naik lemak.”
“Tolong report polis kerana ada unsur ugutan seksual. Biar dia ke dalam. Jangan terima maaf dia. Nanti dia buat dekat orang lain pula.”
Sehingga kini, hantaran yang dikongsikan oleh Aaron itu telah pun meraih hampir 1 juta tontonan di Instagram.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Aaron Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...