Korang ingat lagi tak filem Need For Speed? Pelakon utamanya, Aaron Paul kini sudah bergelar bapa. Tahniah MH ucapkan.

Pasangan tersebut, Aaron dan Lauren Paul mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman instagram mereka.

Pelakon Aaron Paul Bergelar Ayah!

 

IKLAN

Pelakon Aaron Paul Bergelar Ayah!

Dalam pada itu, Aaron juga sebelum ini pernah menyuarakan perasaan gembiranya apabila mendapat berita bakal bergelar bapa ketika ditemu bual dalam rancangan ‘Jimmy Kimmel Live! baru-baru ini.

IKLAN

“Saya sukakan bayi. Sangat sukakan bayi. Antara persiapan kami untuk menerima ahli baru ini, saya mengupah ‘doula’ untuk membantu Lauren semasa bersalin.

“Dia (doula) hanya bagi tahu apa yang saya tidak patut lakukan dan kata ‘bersedialah’. Saya membantu ibu melahirkan sebanyak 600 kali dan 100 peratus daripada mereka sangat bencikan suami semasa proses kelahiran,” katanya dalam rancangan tersebut.

Macam seram je bunyi. MH pun kalau tengok drama-drama Amerika Syarikat memang menakutkan juga tengok babak kelahiran ni sebab macam kat zon perang.

Tapi, MH teringat masa menonton ‘Keeping Up With The Kardashian’ iaitu babak Kourney nak lahirkan anak sulungnya, Mason…macam senang je.

IKLAN

Sementara itu, Aaron dan isterinya berkahwin sejak tahun 2013. Mereka mengumumkan kehamilan pada September tahun lalu, juga menerusi laman Instagram.

Tiba-tiba MH nak ‘throwback’ semula tengok filem Need For Speed ni. Apa-apapun, tahniah sekali lagi Aaron.

Sumber: Enews! & IG Aaron, Lauren

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI