‘Payung’ Foto Tanpa Secalit Mekap, Ramai Terkejut Lihat Wajah Terkini Karisma Kapoor Yang Kekal Lawa Pada Usia 46 Tahun!

Share

Meski sudah lama pelakon senior Bollywood, Karisma Kapoor tidak muncul di layar perak, namun namanya sentiasa segar di hati para peminat khususnya filem Hindi.

Siapa yang boleh melupakan barisan filem lakonannya yang cukup melekat di hati pencinta filem Bollywood di negara ini seperti Coolie No. 1, Raja Hindustani, Dil To Pagal Hai, Hum Saath-Saath Hain dan banyak lagi.

Pun begitu, Karisma dilihat sangat aktif di media sosial sekali gus berkongsi perihal aktiviti serta perkembangan terkininya.

Bagaimanapun, satu hal yang paling buat ramai kagum adalah apabila ramai yang perasan akan wajah serta bentuk badannya yang kekal menawan dan langsing, tak ubah ketika dirinya di julang sebagai Ratu Bollywood tak lama dulu!

Tidak dinafikan, figuranya seakan tak dimamah usia. Siapa sangka usianya kini sudah mencecah usia 46 tahun.

Malah, dia dilihat kerap berkongsi foro tanpa secalit solekan, sekali gus membuatkan wajahnya tampak lebih segar mempesona.

Dilahirkan di kalangan keluarga seni, bintang cantik ini dilahirkan di Mumbai, India pada 25 Jun 1974. Bapa ibunya, iaitu Randhir Kapoor dan Babita merupakan pelakon terkenal pada suatu ketika dahulu.

Sementara adiknya, Kareena Kapoor pula kekal aktif dalam dunia perfileman sehingga hari ini.

Kali terakhir Karisma membuat kemunculan dalam filem adalah menerusi Zero, yang ditayangkan lebih dua tahun lalu.

Foto: Instagram Karisma Kapoor

IKLAN