“Patutlah Kaya Raya, Rajin Bayar Zakat Harta,” – Dituduh Riak Sebab Tunjuk Nilai Zakat, Netizen Back Up Datuk Seri Aliff Syukri

Share

Usahawan, Datuk Seri Alif Syukri mendedahkan dirinya telah pun selesai menunaikan salah satu daripada kewajipannya sebagai seorang muslim dengan mengeluarkan zakat harta.

Jelas Datuk Seri Aliff, dia berharap agar usahanya itu bukan sahaja dapat memudahkan segala urusannya tetapi juga buat orang-orang di sekelilingnya sama ada teman di alam maya mahupun di media sosial.

“YA ALLAH YA TUHANKU, Engkau permudahkanlah segala urusanku, keluargaku dan orang yg terdekat dan teman-teman aku di instagram dan fb di musim covid ini pelbagai malapetaka masalah yang menimpa kami,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bapa kepada empat orang anak ini menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Malah, penyanyi lagu, Cuba Bahagia ini turut dilihat memanjatkan doa semoga dirinya sentiasa diberikan kekuatan iman dan ketabahan dalam mengendalikan perniagaan.

“Semoga Engkau kuatkanlah iman aku, dan juga kau tabahkanlah untuk diri aku dalam menempuhi dunia perniagaan. AMIN AMIN AMIN YA RAB.

“Semoga dengan zakat yg disalurkan di @zakatselangor ini boleh dapat meringankan beban untuk mereka yg kirang bernasib baik… apa yang saya minta hanyalah sekadar Doa. AMIN AMIN YA RAB,” katanya lagi.

Perkongsian tersebut nyata menarik perhatian ramai pihak yang ingin sekali mencontohi sifat pemurah Datuk Seri Aliff.

Malah, tidak ketinggalan juga segelintir pihak yang merasakan tindakan Datuk Seri Aliff ini seperti riak dan sengaja ingin menunjuk-nunjuk.

Bagaimanapun, Datuk Seri Aliff turut berharap agar sumbangannya itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban buat mereka yang memerlukan.

Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

IKLAN