“Papa Tak Pernah Minta, We Lead By Example,”- Anak Mula Ikhlas Bagi Wang Bulanan, Norman Hakim Terharu

Share

Pelakon, Norman Hakim mengakui berasa sangat terharu selepas mendedahkan ada menerima wang bulanan hasil pemberian anak lelakinya, Danish Hakim.

Menurut Norman, anaknya itu tetap dengan pendiriannya untuk memberikan wang tersebut meski pun selama ini dia langsung tidak pernah memintanya.

“Papa tak pernah mintak, tapi abang @danishhakimofficial cakap, dia percaya pada ‘miracle’ bila rezeki dia makin bertambah-tambah bila bersedekah dan bagi duit belanja pada parents

“Semoga usaha dan bisnes abang melalui platform @d_ngajiofficial dengan menurunkan ilmu Al-Quran sentiasa dipermudahkan & dirahmati,” tulisnya.

Berkongsi kisah menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram, pelakon drama, The Maid ini mendedahkan tindakkan anaknya itu mungkin disebabkan kerana sudah terbiasa melihat rutinnya untuk memberikan wang buat kedua ibu bapanya selama ini.

“Sekadar berkongsi, saya tidak pernah ajar anak-anak untuk bagi duit pada parents, tapi mereka belajar dari apa yang kita sendiri praktikkan pada mak ayah kita. We lead by example. In shaa Allah sentiasa percaya pada ‘miracle’ melalui jariah kita pada mak ayah kita.

“Itu semua janji Allah yang memang dah tertulis dalam Al-Quran (Surah Al-Baqarah Ayat 261-262 m/s 44). Yang penting kena sentiasa ikhlas dan istiqomah. Semoga kita sama-sama sentiasa dipelihara dibawah jagaanNya,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Norman turut menitipkan doa buat anaknya itu yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan bakal berlangsung pada Februari nanti.

“Mohon doakan jugak untuk exam SPM abang @danishhakimofficial in shaa Allah kalau takde aral start pada 22 Februari 2021 ni nanti,” akhirinya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa terharu selain turut memuji hubungan akrab anak beranak itu.

Sumber: Instagram Norman Hakim

IKLAN