Penyanyi, Misha Omar memberitahu dia tidak menghalang sekiranya anak-anaknya ingin menceburi karier seni nyanyian selepas ini.
Meskipun begitu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berkata, dia tetap mahu menitikberatkan soal akademik permata hatinya itu dengan sebaik mungkin.
Jelas penyanyi berusia 39 tahun ini lagi, soal akademik harus diberikan keutamaan.
“Yang paling penting akademiknya. Kalau dah habis sekolah, boleh sahaja kalau nak ceburi dalam bidang nyanyian.
Ads
“Jika nak menyambung pelajaran dalam bidang muzik pun, saya mengalu-alukan. Seperti Ernie Zakri contohnya, yang merupakan graduan dalam bidang muzik.
“Kalau anak-anak sudah ada minat ke arah itu misalnya, kita sebagai ibu bapa sudah pasti mahu anak-anak berjaya tidak kira dalam apa jua bidang yang diceburi.
“Insya-Allah saya cuba untuk sokong apa juga kecenderungan mereka,” katanya kepada MH.
Ads
Imbas kembali, Misha mendirikan rumah tangga bersama Firros Ezzwan pada 2 Mei 2014.
Ads
Hasil perkongsian hidup bersama, penyanyi lagu Tanpa Rela ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Idris Ezzwa, 5 tahun.
Misha juga memiliki seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir yang kini mencecah usia 15 tahun.
Foto: Instagram Misha Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti dan usahawan popular, Neelofa meluahkan rasa syukur kerana telah dilimpahi dengan rezeki yang luas, lebih-lebih lagi selepas baru berkahwin.
Bagaimanapun, Neelofa menyifatkan dia dan suami, PU Riz lebih mengutamakan mengenai soal keberkatan dalam setiap perkara yang mereka lakukan.
“Alhamdulillah, kami berkahwin pun baru je seminggu. Jadi, apa-apapun bentuk rezeki yang diterima sama ada suami atau diri saya sendiri, yang paling saya utamakan adalah keberkatan.
“Kalau kita terlalu luangkan masa untuk kejar segalanya tapi tiada berkatnya, kita akan penat dan rasa membazir sahaja.
“Saya sangat tekankan kepada keberkatan dalam setiap perkara yang saya lakukan InsyaAllah,” katanya kepada MH.
Pemenang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 29 (ABP29) itu berkata sedemikian sewaktu ditemui di majlis tandatangan produk terbaharu Fipper x The Noor di Hotel Marriot, Putrajaya pada Isnin.
Pada masa sama, Neelofa turut memaklum segala urusan kerjanya sewaktu di Kedah telah berjalan dengan lancar meskipun dikritik oleh segelintir pihak yang mendakwa dia dan suami telah menyalahgunakan kebenaran merentas negeri.
“InsyaAllah dengan kerjasama bersama pihak Chatime, saya akan buka beberapa oulet di sana (Kedah).
“Jadi sebelum puasa saya cuba selesaikan apa yang perlu. Alhamdulillah segalanya dapat dibuat pada minggu lepas.
“Walaupun setelah apa yang terjadi termasuklah impak daripada orang ramai, kami telah ditawarkan untuk membuka lebih daripada satu cawangan.
“Terima kasih kepada anda semua kerana telah memberikan ‘free marketing’ dan membuka rezeki kepada saya.
“Rasanya saya tidak perlu bercakap mengenai segala tindakan saya kerana segalanya ada sebab-sebab yang tersendiri mengikt keadaan dan keperluan saya pada ketika itu,” katanya lagi.
Ditanya mengenai perasaannya menyambut bulan Ramadan sebagai seorang isteri, Neelofa mengakui dia berasa sangat teruja kerana ini antara momen-momen yang amat dia nanti-nantikan.
“Ada beberapa perkara sebenarnya didalam perancangan saya tetapi sekiranya perkara tersebut tidak dapat dilaksanakan, saya akan berpuasa di sini bersama keluarga seperti biasa.
“Sejujurnya saya teruja kerana ini juga merupakan perkara yang saya tunggu-tunggu.
“Banyak masa akan dipenuhi dengan program-program tersendiri terutamanya ketika di rumah,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha, 25, sekali lagi menegaskan hal berkaitan keluarga adalah hal privasi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.
Mahu menjaga aib, pelakon filem Langsuir ini bagaimanapun turut mengharapkan ramai agar mendoakan yang terbaik buatnya seisi keluarga.
“Sejujurnya bagi saya perkara yang berlaku terlalu peribadi, masalah keluarga. Cuma apa yang bezanya, saya seorang ‘public figure’.
“Saya percaya ramai lagi di luar sana yang ada masalah masing-masing. Mungkin bukan masalah keluarga tetapi mungkin ia melibatkan soal kewangan, peniagaan, perhubungan dan sebagainya. Tapi inilah masalah saya.
“Jadi saya tidak mahu buka aib sesiapa. Saya mahu menjaga mengenai hal tersebut. Yang penting kami bahagia.
“Apa yang boleh saya harapkan ialah mendoakan yang baik-baik. Jangan fikir negatif atau pun buat spekulasi sendiri. Kita semua ada masalah, cuma situasinya sahaja yang berbeza,” katanya kepada MH.
Suami Hannah, Imam Shah,32, reda dengan apa yang berlaku dan mereka saling menyokong di antara satu sama lain.
“Apa yang berlaku melibatkan kami bersama. Jadi suka atau tidak, kita sama-sama terima. Susah senang bersama, nak buat macam mana,” katanya.
Sementara itu, Hannah turut menjelaskan tiada banyak beza perubahan yang dialami selepas bergelar isteri, selain dia dan Imam saling melengkapi.
“Saya bersama suami sebelum masuk industri seni di Malaysia lagi. Kita pun sudah lama juga mengenali antara satu sama lain.
“Bila sudah sah bergelar suami isteri, antara bezanya ialah kami ada di antara satu sama lain setiap masa,” katanya.
Bercakap mengenai perancangan cahaya mata pula, pasangan tersebut tidak menolak andai dikurniakan rezeki zuriat selepas ini.
“Kami percaya kepada rezeki, tidak mahu merancang. Kalau ada rezeki, adalah. Tiada target yang tertentu. Kami pun sukakan kanak-kanak, terutamanya Imam,” kata Hannah.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mengejutkan ramai apabila keduanya mendedahkan mengenai perkahwinan mereka pada menerusi laman media sosial masing-masing pada 18 Februari lalu.
Mac lalu, Hannah tampil membuat permohonan maaf selepas pelbagai kontroversi menghimpit dirinya sejak melangsungkan perkahwinan secara senyap dengan Imam, termasuk perkahwinan yang didakwa tidak direstui ibunya, Noor Ashikin Ahmad.
Hannah menerusi satu kenyataan meminta semua pihak memberikan ruang peribadi buatnya berhubung kontroversi berkenaan.
Dalam masa sama, timbul pula cerita apabila mereka katakan sudah berkahwin sejak setahun lalu.
Ia susulan perkongsian foto daripada rakan artis yang juga pengacara, Eleena Sui melalui Instagram pada tahun lalu bertarikh 19 Februari, kelihatan hampir sama dengan gambar yang dikongsikan ibu mentua Hannah menerusi media sosial sebelum ini.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.