Hos dan usahawan, Neelofa yang kini berada di tanah suci bagi mengerjakan umrah sejak beberapa hari lalu ada berkongsi sekeping fotonya di Instagram.
Berbeza dengan penampilannya sebelum ini, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto sama wajah polos tanpa secalit pun solekan.
Malah Lofa turut berkongsi beberapa momennya di tanah suci menerusi Insta Stories.
Ads
Lalu, entri yang kini telah pun mendapat tanda suka lebih 300,000 itu dihujani dengan pelbagai komen pujian daripada netizen termasuk rakan selebriti.
Ya, rata-ratanya memuji penampilan bintang kelahiran Kelantan Ini.
Ads
Ads
Sementara itu, Lofa turut menitip serta membaca doa yang turut dikirimkan ahli keluarga dan sahabat-handai. Semoga mendapat umrah yang mabrur, Neelofa.
Foto: Instagram Neelofa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah mengenai motosikal yang dibeli pelawak dan penyampai radio, Shuib yang akhirnya diubah suai seakan-akan ‘motosikal berhias’ oleh isteri, Siti Sarah nyata mendapat reaksi pelbagai peminat.
Malah, rakan selebriti terutamanya Zizan Razak dan Fikry Ibrahim masing-masing ‘membahan’ rakan baiknya terhadap motosikal jenis Y15ZR (YSuku) yang telah ‘bertukar wajah’ itu hasil kreativiti si isteri.
Malah, Shuib Sepahtu berkongsi pengalaman apabila pertama kali melihat kenderaan dua roda itu selepas diubah suai.
“Tajuk filem: Asalkan kau bahagia, tempahan moto berhias dibuka sekarang,” tulisnya beberapa hari lalu menerusi Instagram.
Lalu sejurus kemudian, rakan pelawaknya itu termasuk Shuib saling ‘membahan’ antara satu sama lain dengan mengeluarkan kata-kata berbentuk sindiran terhadap kehidupan masing-masing hingga membuatkan netizen terhibur!
Sarah ketika dihubungi MH pula memberitahu, dia tidak kisah apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan suaminya. Bagi penyanyi Semakin itu, apa yang dilakukannya disifatkan sebagai ‘cantik dan wow’
“Cantiklah sikit nampak motosikal tu, kalau tak nampak macam biasa seperti yang diperkatakan rakan-rakannya. Biarlah orang nak cakap apapun.
“Malah yang suka nak kritik-kritik tu, mereka geng Arnab. Mereka terpengaruh dengan Zizan. Tunggu ajelah motosikal tu siap, nanti diam la mulut mereka,” katanya.
Kebelakangan ini, isu cerai dalam kalangan selebriti menjadi isu yang cukup hangat diperkatakan.
Satu demi satu pasangan mengambil keputusan untuk berpisah seterusnya mencari haluan masing-masing.
Bercakap mengenai perkara itu, pelakon dan usahawan Nora Danish turut meluahkan rasa sedih atas apa yang terjadi.
“Jujurnya, saya amat sedih apabila dengar isu-isu perceraian ini, tak kiralah rakan selebriti atau mereka yang di luar sana.
“Mereka yang berkahwin sebenarnya mahukan perkahwinan kekal sampai akhir hayat, tak ada seorang pun yang mahukan perpisahan.
“Tapi mungkin ada sebab tertentu, mereka terpaksa cari jalan terakhir iaitu bercerai,” kata Nora kepada MH.
Tambah pelakon filem Suamiku Jatuh Dari Langit ini lagi, dia akui setiap rumah tangga pasti akan berlaku salah faham antara suami dan si isteri.
“Tipulah kalau dalam perkahwinan tak ada pergaduhan. Itu sangat mustahil. Mungkin ada yang berbeza pendapat dan sebagainya.
“Setiap rumah tangga ada turun naiknya dan itu merupakan lumrah di alam perkahwinan.
“Kita manusia biasa, mesti ada gaduh-gaduh sikit tapi janganlah sampai berpanjangan.
“Asalkan, kita boleh buang ego dan fikir kesannya apa jadi kalau perkara ini (gaduh) berpanjangan,” kongsi Nora lagi.
Nora ketika ditemui bersempena pelancaran program realiti, Muzikal Lawak Superstar turut berkongsi caranya mengekalkan hubungan dengan suami, Nedim Nazri.
“Saya dan Nedim cuba kekalkan hubungan agar sentiasa menjadi yang terbaik dengan cara berkomunikasi sebab ia adalah perkara paling penting dalam hubungan rumah tangga.
“Kalau ada buat salah, bincang elok-elok tanya apa sebabnya, bukan saling menyalahkan antara satu sama lain,” jelas Nora.
Ulasnya lagi, menerusi perkahwinan kedua kali ini, Nora mendoakan yang terbaik buat diri dan pasangannya.
“Kami (Nora dan Nedim) masing-masing pernah lalui proses penceraian. Jadi, kami berdoa agar perkahwinan kali ini lebih serius dan berusaha untuk memperbaiki kelemahan masing-masing.
“Kami juga mahu berikan yang terbaik buat keluarga kami dan untuk Neyney juga,” jelas Nora yang mendirikan rumah tangga bersama Nedim pada 30 Mac dua tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, Nora menggalas tugas sebagai juri tetap bersama-sama Datuk Awie dan Altimet menerusi program Muzikal Lawak Superstar pada Jumaat ini.
Malah, program tersebut melibatkan 14 peserta yang membariskan pelawak, pelakon dan penyanyi di atas satu pentas yang akan bersiaran secara langsung di Astro Warna (132) dan Warna HD (124).
Foto : Instagram Nora Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.