“Pak Uda Saya Telah Pergi Selamanya,” – Al-Fatihah! Bapa Saudara Muaz Kool FM Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Share

Bapa saudara penyampai radio Kool FM, Muaz Mohamed iaitu Idris Atan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19, jam 3.22 petang tadi.

Perkara itu dikongsikannya di Instagram.

Sekali gus, ia menjadi kejutan besar buat seluruh ahli keluarganya.

Benda yang saya paling takut, terjadi jugak, Pak uda saya, iaitu Idris bin Atan, telah pergi selamanya, kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku, begitu cepat virus covid ini merebak, Moga mak uda, kak long, kak ngah @syahirahidris n lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini” tulisnya.

Dalam masa sama, Muaz turut meluahkan rasa sedih kepada ahli keluarga bapa saudaranya dan mendoakan kesejahteraan agar arwah dipermudahkan segala urusan.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..AlFatihah,” akhirinya.

Allahyarham Idris merupakan antara empat mangsa yang disahkan meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat ini kepada lapan kematian.

Foto: Instagram Muaz

IKLAN