
Bekas jaguh bina badan negara dan pelakon, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor atau Malek Noor, kini memilih untuk menikmati kehidupan yang lebih sederhana selepas sekian lama terlibat dalam dunia seni.
Datuk Malek Noor, 68, berkata, dia terharu kerana masih ada yang mengenali dan bersyukur atas penghargaan yang diberikan peminat.
Syukur & Terharu
“Sudah pernah mengecap glamor dalam dunia seni, jadi sekarang lebih selesa untuk bersederhana dan lakukan apa yang saya suka. Misalnya terlibat dalam dunia perniagaan, motivasi dan sebagainya.
“Tidak dinafikan kadang-kadang bila ada yang masih lagi kenal dan menegur, saya jadi segan. Sebab sebenarnya kalau di luar kamera, saya seorang yang pemalu. Terbawa-bawa sikap itu sejak kecil.
“Malah kalau ada yang sebut mengenai perhargaan yang pernah saya terima sepanjang aktif dalam sukan bina badan pun, saya rasa segan,” katanya.


Tawaran Lakonan
Bekas peserta The Masked Singer Malaysia 3 itu berkata demikian pada Majlis Cahaya Ramadan @KL Steamboat & Grill 2025, baru-baru ini yang turut menyaksikannya sebagai duta bagi premis makanan berkenaan.
Dalam pada itu, Malek Noor bagaimanapun mengakui masih terbuka untuk menerima tawaran lakonan yang bersesuaian.
“Sekarang dengan perkembangan media sosial, ada klip lakonan filem kita dulu-dulu yang disiarkan balik. Ada kenalan yang menghubungi dan teruja bila menonton.
“Apa pun berterima kasih dan saya hargai sebab masih ada yang mengenali.
“Cuma kalau bab tawaran, Insya-Allah saya okay, asalkan watak yang bersesuaian dengan peringkat usia saya sekarang.” katanya lagi.
Lokasi Makanan Terbaik!
Sementara itu, @KL Steamboat & Grill yang diusahakan oleh empat usahawan iaitu Mohd Zulkifli Mohd Talib, Mohd Farid Jamaluddin, Mohd Samsul Mior Atan Ahmad, dan Mohd Halmie Mior Atan Ahmad, komited untuk menawarkan pengalaman berbeza dalam dunia restoran di Kuala Lumpur.
Meskipun konsep steamboat dan grill sudah popular di negara ini, mereka optimis untuk mencipta suasana lebih menarik dengan elemen hiburan seperti persembahan busking secara langsung setiap hujung minggu.
Selain menyajikan makanan laut segar dan berkualiti tinggi, restoran ini turut menawarkan pelbagai menu lain dengan harga berpatutan, termasuk promosi istimewa sepanjang Ramadan tahun ini.
@KL Steamboat & Grill yang terletak di Jalan Mengkudu, Kuala Lumpur ini dibukan setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@mediahiburanofficial Penampilan terkini bekas jaguh bina badan Negara, Datuk Malek Noor, yang dilantik sebagai duta sebuah premis makanan, KL Steamboat & Grill. Sudah 68 tahun usianya #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Kematian pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Sae-ron, benar-benar mengejutkan peminat k-drama antarabangsa.
Menurut laporan Polis Seongdong di Seoul dan laporan Agensi Berita Yonhap, kematian bintang berusia 24 tahun itu telah disahkan sebagai bunuh diri.
Walaupun begitu tiada nota yang ditinggalkan di tempat kejadian.
Kim ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Seoul pada hari Ahad oleh rakannya. Pelakon berusia 24 tahun ini dikenali menerusi filem The Man from Nowhere dan The Neighbor dan terus mencipta nama sebagai pelakon berbakat besar.
Namun begitu, karier Kim semakin perlahan sejak 2022 selepas dikenakan denda sebanyak 20 juta won (RM65,000) kerana kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.
Dia memohon maaf secara terbuka di Instagram, menyatakan bahawa tiada alasan bagi perbuatan tidak bertanggungjawab yang dilakukanya.
Akibat insiden tersebut, Kim menarik diri daripada drama Trolley di SBS dan tidak memperbaharui kontraknya dengan agensi Goldmedalist pada tahun yang sama.
Selain itu, disebabkan imej buruk yang melanda, kemunculan Kim dalam drama terakhirnya, Bloodhounds, yang disiarkan di saluran penstriman Netflix pada 2023 juga dipendekkan.
Terdapat desas-desus menyatakan bahawa punca dia mengambil keputusan untuk menamatkan riwayat disebabkan tekanan perasaan dan masalah kewangan yang dihadapi.
BACA JUGA: Kim Sae-ron, Pelakon Siri Netflix Bloodhounds, Ditemui Meninggal Dunia
Lahir pada 31 Julai 2000 di Seoul, Kim memulakan perjalanan seninya sebagai pelakon kanak-kanak ketika berusia 9 tahun dengan membintangi filem A Brand New Life (2009) dan I Am a Dad (2011).
Dia kemudian membawa watak utama dalam filem seperti A Girl at My Door (2014) dan The Villagers (2018), serta drama terkenal seperti Listen to My Heart, The Queen’s Classroom, dan Love Playlist.
Bakat lakonannya diiktiraf apabila beliau memenangi anugerah Pelakon Wanita Baru Terbaik menerusi filem A Girl at My Door di Blue Dragon Film Awards, selepas sebelum ini meraih anugerah yang sama di Korean Film Awards menerusi The Man from Nowhere.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Lagenda rock, Datuk Awie meminta semua pihak untuk tidak membandingkan dirinya dengan penyanyi-penyanyi yang pernah menjadi vokalis untuk kumpulan Search Kid Din, sebelum ini.
Menurut Awie, penyanyi-penyanyi seperti Denden Gonjalez, Amir Masdi dan Pasya mempunyai kelebihan tersendiri dan mereka juga bakal menjadi penerus legasi pada masa akan datang.
“Semua penyanyi ada kelebihan masing-masing. Bila Kid dan Din sudah membuat pilihan, itu bermakna mereka mempunyai kualiti.
“Buat mereka yang tidak terpilih, mungkin belum sampai waktu mereka bersama. Setiap penyanyi ada kelebihan berbeza. Jadi, tak adil kita banding-bandingkan.
“Mereka pula merupakan penyanyi baharu dan sudah pasti mereka mahu buktikan bahawa mereka juga hebat.
“Saya sendiri pernah bercakap dengan Amir Masdi. Saya minta dia buat yang terbaik ketika bersama Search Kid Din. Dia bakal menggantikan kami di sini satu hari nanti,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Sejati itu berkata sedemikian ketika ditemui di sesi latihan Konsert Triad di Al Pamelo Studio, Ampang, baru-baru ini.
Sementara itu, gitaris Search, Kid turut menyifatkan keserasian mereka bersama Awie juga berbeza jika dibandingkan dengan penyanyi-penyanyi lain.
“Mana boleh nak bandingkan mereka dengan Awie. Hubungan kami ini berbeza. Kami ini seperti menangis satu bahasa dan berbual juga satu bahasa,” katanya.
Dalam pada itu, Awie akui bukan mudah buat dirinya untuk membawakan lagu-lagu Search seperti mana yang dipopularkan oleh penyanyi asal yang juga lagenda rock, Datuk Amy.
“Orang luar mungkin nampak muzik rock ini sama sahaja tetapi energinya berbeza-beza terutamanya lagu Search. Saya juga baru tahu hal ini.
“Untuk saya cope up dengan suara Amy, dia bercakap pun nada tinggi. Suaranya halus manakala suara saya pula ada base sendiri.
“Bila base nak kejar ke nada tinggi, memang memerlukan tenaga luar biasa. Ini adalah cabaran buat saya. Malah, saya juga akan menyanyikan lagu-lagu Search dengan key yang asal,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Konsert Triad yang menghimpunkan tiga band rock iaitu Wings, Search Kid Din dan Dragon Malaya akan berlangsung di Zepp KL, Kuala Lumpur pada 14 Febuari ini.
Bukan sekadar melakar sejarah dalam industri muzik, konsert itu bakal mencipta nama dalam The Malaysian Book of Records, apabila seorang penyanyi utama mengemudi tiga kumpulan rock besar di satu pentas.
Dalam pada itu, tiket untuk konsert TRIAD sudah mula dijual sejak 7 Disember lalu dan boleh didapati secara dalam talian di laman web rpm.ubertickets.asia dengan harga bermula RM258 hingga RM10,000 (VIP Box).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pelakon Wanna Ali selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Khairul Amri Tan Sri Dato’ Sri Khalid, 37, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di GlamHall Damansara, Petaling Jaya, pada jam 10.40 pagi tadi.
Majlis tertutup itu menyaksikan Wanna, atau nama sebenarnya Norsyazwana Mohd Ali, 28, dinikahkan oleh Ustaz Abdul Salam dari Masjid Damansara Perdana dengan wali bapanya, Mohd Ali.
Pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran yang dibalas sembilan dulang daripada pihak pengantin perempuan, selain mas kahwin berupa 10 dinar emas dan sebentuk cincin.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak dinyatakan.
Majlis resepsi pasangan yang tampil serasi dengan tema klasik moden akan diadakan malam ini di lokasi yang sama, malam nanti.
Sebelum ini, Wanna yang juga anak kepada penerbit terkenal Datuk Ayu Puteh, mendedahkan bahawa dia telah bertunang dengan Khairul Amri pada 9 November tahun lalu.
Namun, berita gembira tersebut hanya diumumkan kepada umum menerusi Instagram pada 2 Februari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

