Pada Usia 23 Tahun, SYA Jadi Artis Wanita Pertama Bawah Def Jam Asia Tenggara

Share

Pada bulan Disember 2018, SYA ada berkongsi sebuah puisi ciptaannya dengan rakan karibnya.

Namun siapa sangka kemampuannya untuk meluahkan perasaan melalui prosa berirama dan cintanya kepada kosa kata akan memberikannya peluang emas beberapa tahun kemudian.

Kini, dia menjadi artis wanita pertama yang menandatangani kontrak dengan Def Jam Asia Tenggara dalam usia 23 tahun.

“Saya sangat bersyukur dan berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan beberapa
produser dan artis terbaik masa kini.

“Sangat gembira diangkat sebagai seorang rapper, bukan hanya sebagai wanita, tetapi juga dari segi kreativiti.

“Tetapi sebagai rapper wanita pertama mereka, saya merasa seperti memikul satu tanggungjawab sebagai seorang wanita untuk sekurang-kurangnya menjadi contoh bahawa golongan ini dapat bertahan dalam industri sama seperti lelaki.

“Mudah-mudahan pengaruh saya akan dirasai dalam bidang lain juga,” kata SYA.


Malah kecintaan dan tujuannya kepada muzik tidak lari daripada sentimen asalnya iaitu sejak awal dia berkongsi puisi.

“Saya membuat muzik kerana pada mulanya itu adalah satu bentuk terapi bagi saya,
agar saya cekal mengharungi sesuatu, meluahkan keresahan saya.

“Kemudian perlahan-lahan ia menjadi cara bagi saya untuk menolong orang meluahkan emosi mereka.

“Saya tidak juga tidak pernah benar-benar menyoal diri sendiri dalam hal muzik yang saya sukai kerana biasanya saya boleh dapat inspirasi dari berbagai sumber.

“Tetapi apa yang saya rasa baik ialah, kebanyakannya dipengaruhi oleh ibu,” jelasnya lagi.

IKLAN