Lari daripada kebiasaan watak yang dijayakannya sebelum ini, pelakon Intan Najuwa berasa cukup teruja membawakan karakter wanita berperwatakan ‘boyish’ menerusi drama terbaharu lakonannya, Jodohku Babysitter.
Walaupun begitu, Intan atau nama sebenarnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 25, bersyukur dia tidak perlu mengorbankan rambut panjang yang selama ini menjadi imejnya bagi menjayakan watak Adelia Faranisa.
“Jujur sebenarnya watak Adelia memang berperwatakan kasar dan boyish. Walaupun begitu pengarah tak nak buat dia nampak terlalu boyish, Adelia masih ada keayuan dia.
“Memang pada awalnya pengarah nak minta saya potong rambut tapi setelah berbincang, watak ini boleh juga dibawakan dengan saya ikat rambut dan pakai topi.
“Tak semestinya kena potong rambut untuk nampak boyish,” kata Intan kepada MH dalam majlis sidang media drama Jodohku Babysitter yang diadakan secara virtual pada Rabu.
Ads
Jika diperhatikan kebanyakan naskhah drama yang pernah dibintangi Intan, kesemuanya memaparkan watak lemah lembut serta selalu dianiya.
Menerusi watak Adelia ini, Intan dapat menyerlahkan sisi lain dirinya kepada penonton yang selama ini mengikuti perkembangan karier seninya.
“Dalam drama ini saya hanya jadi diri sendiri… saya pun tidaklah sopan sangat. Untuk menampakkan karakter boyish, saya tonjolkan melalui cara berjalan serta percakapan.
Ads
“Dalam drama ini pun ada babak saya bawa motosikal, memang berbezalah daripada watak-watak yang pernah saya jayakan sebelum ini,” katanya lagi.
Jodohku Babysitter yang diarahkan oleh Hadith Omar ini menampilkan gandingan pertama Intan bersama penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz.
Drama ini menghiasi slot MegaDrama Astro Ria (104) yang ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.
Ads
Selain Intan dan Aliff, drama ini turut dibintangi Yuna Rahim, Ellyas Abdullah dan Isaac Iman.
Ia mengisahkan tentang Adam, duda anak dua setelah bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri.
Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan perempuan lain tetapi kehadiran Adelia yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka di hati Adam serta anak-anaknya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon jelita, Raja Ilya yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-37, hari ini mendedahkan anak pertamanya, Talita sepatutnya berkongsi tarikh lahir yang sama.
Dia bagaimanapun tetap bersyukur apabila bersalin lebih awal 11 hari daripada tarikh jangkaan.
“My greatest birthday present of the year is my baby. We all born in the same month @talitalovegarrett 1st July. Myself 11 July. @trentengarrett 17 July.
“Today is my 37 birthday, Baby talita supposedly due on my birthday, but I’m glad she came early otherwise we have to share our birthday,” kongsinya.
Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mendedahkan perkara itu menerusi satu perkongsian terkininya di Instagram.
Dia pada masa sama turut memberikan ucapan ‘sweet’ kepada suami, Trent Garrett.
“I’ve spend the most incredible 11 days being a mother and I love every beat of it. Ini birthday yang paling special untuk Ilya. My greatest gift @talitalovegarrett.
“Thank you husband @trentengarrett for this amazing gift, thank you for your endless love even someday muka koyak pun you still love me the same. Happy Birthday to all July babies.
“Thank you friends, followers and fans for all the beautiful wishes. Love y’all,” tulisnya lagi.
Terdahulu, bintang cantik itu yang kini menetap di Australia mendirikan rumah tangga bersama Trent Garrett pada Disember 2018.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sambutan Hari Raya Haji (AidilAdha) tahun ini tetap disambut apa adanya tetapi meriah selepas dua tahun umat Islam di negara ini tidak dapat meraikan dengan sebaiknya susulan pandemik.
Menginsafi diri menerusi memperingati kisah Nabi Ibrahim A.S, ramai di antara kita yang turut mengambil cuti bagi mengisi masa bersama yang tersayang, termasuk barisan selebriti kita.
Menerusi Instagram, masing-masing merakam memori foto bersama keluarga dengan persalinan indah bagi meraikan kedatangan Hari Raya Haji tahun ini. Antaranya;
Penyanyi antarabangsa popular, Justin Bieber dikhabarkan bakal meneruskan konsert jelajahnya, Justice World Tour dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Justin, 28, terpaksa menunda beberapa siri konsert yang telah dijadualkan selepas dia disahkan menghidap penyakit Ramsay-Hunt Syndrome pada bulan lalu.
Justin akan terbang ke Itali untuk mengadakan persembahan di Itali pada 31 Julai ini sebelum kembali meneruskan jelajahnya ke negara-negara di Eropah, Amerika Selatan, Afrika Selatan, Timur Tengah, Asia, Australia dan New Zealand.
Terdahulu, penyanyi lagu Ghost itu mengejutkan peminat seluruh dunia apabila tiba-tiba mengalami lumpuh separuh wajah dipercayai serangan virus yang dikenali sebagai Ramsay Hunt.
Susulan penyakit itu, Justin terpaksa menunda beberapa konsert jelajah di lokasi pertama di Toronto, Kanada beberapa jam sebelum berlangsung.
Justin bakal menjayakan persembahannya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 Oktober depan.
Tiket konsert ini habis terjual tidak sampai beberapa jam selepas ia dilancarkan pada 31 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...