Selebriti, Ifa Raziah minggu lalu ada memuat naik beberapa status yang mengundang tanda tanya di kalangan para pengikutnya di laman sosial. Posting berkenaan khabarnya dikaitkan dengan rasa tidak puas hati bintang itu terhadap seseorang yang dipercayai juga merupakan orang industri seni.

Ifa yang pernah popular menerusi lagu Ser Ser Ser itu beberapa kali meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku di antara dia dan selebriti berkenaan yang disifatkan berbaur sindiran dan fitnah.

Bagaimanapun, pertemuan MH bersamanya baru-baru ini menjawab persoalan mengenai apakah maksud dan tujuan posting berkenaan dimuat naik.

Katanya, kali ini dia sudah tidak boleh berdiam lagi diri apabila selebriti Asal Singapura, Roslan Shah dikatakan telah menyindir dan memburuk-burukkan diri dan keluarganya menerusi media sosial.

Luah Ifa, dia tidak menyangka selebriti yang pernah dipanggil sahabat seperti Roslan turut tergamak menyentuh soal keluarganya.

IKLAN

“Dia melampau dan biadab apabila mula mengaitkan suami dan anak saya dalam isu yang berlaku. Selama ini saya hanya diam saja. Tapi bila sudah sampai tahap dia nak cakap bukan-bukan sehingga menyebabkan suami salah faham, itu sudah melampau!

 

“Bukan saja suami saya saja. Malah, anak saya pun turut dilibatkannya. Katanya, anak lelaki saya, Shakir Aqili membesar sebagai seorang pondan. Anak saya sampai demam tak kebah-kebah bila tahu hal berkenaan. Dia rasa sedih dan terjekut. Tergamak dia cakap macam tu? Padahal sebelum ini, dia cukup rapat dengan anak saya,” katanya dalam nada sebak.

Pada mada sama,  Ifa turut mengakui atas apa yang berlaku kali ini, dia tidak mungkin akan memaafkan Roslan.

“Bukan saya suami saya saja. Malah, anak saya pun turut dilibatkannya. Katanya, anak lelaki saya, Shakir Aqili membesar sebagai seorang pondan. Anak saya sampai demam tak kebah-kebah bila tahu hal berkenaan. Dia rasa sedih dan terjekut. Tergamak dia cakap macam tu? Padahal sebelum ini, dia cukup rapat dengan anak saya,” katanya dalam nada sebak.“Dia melampau dan biadab apabila mula mengaitkan suami dan anak saya dalam isu yang berlaku. Selama ini saya hanya diam saja. Tapi bila sudah sampai tahap 

Sementara itu,  Ifa turut mengakui atas apa yang berlaku kali ini, dia tidak mungkin akan memaafkan Roslan.

IKLAN

Ditanya apakah pesanannya buat Roslan pula, Ifa dalam nada kesal memberitahu, dia sudah tidak kisah andai selebriti tersebut tetap melakukan live menerusi media sosial.

“Untuk kata terkahir saya pada dia, saya tak nak tengok lagi apa yang dia buat bila live lepas ni. Saya tak ada hal sebab itu media sosial dia. Tapi jangan sentuh hal saya, rumah tangga, anak-anak dan suami saya. Saya tak pernah kacau hidup dia dan minta duit darinya. Saya berada pada tahap sekarang pun atas berkat dan restu keluarga.

 

“Semoga kita sama-sama ambil iktibar dan semoga bekas kawan saya, Roslan Shah akan insaf. Berusaha untuk menjadi manusia lebih baik dari hari ke hari dan menjadi lebih maju ke hadapan, baik dari semalam,” katanya seperti yang dipetik menerusi FB Live kami.

Terkini, kedua-dua rakan baik yang kini sudah berselisif faham itu ada memuat naik sebuah posting berbualan di antara mereka menerusi aplikasi WhatsApp yang turut mengaitkan nama penyanyi, Amelina di Instagram. MH difahamkan, Ifa dan selebriti terbabit telah saling mengenali sebagai kawan baik lebih 20 tahun.

IKLAN

Jom ikuti dua sedutan LV (Live Video) eksklusif MH bersama Ifa Raziah baru-baru ini.

Posted by MEDIA HIBURAN on Friday, 5 January 2018

Posted by MEDIA HIBURAN on Friday, 5 January 2018

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI