Awalnya, kumpulan wanita yang menggelarkan diri mereka sebagai DOLLA, mulai memancing perhatian ramai selepas membuat persembahan penuh tenaga di Final #RapStarERA 2020.
Ditubuhkan pada awal tahun lalu, DOLLA terdiri daripada empat gadis cantik yang berbakat besariaitu Sabronzo, Tabby, Syasya, dan Angel.
Tidak mahu persiakan bakat, mereka hadir mempertaruhkan single sulung, Make You Wanna yang dihasilkan Bryan B., iaitu komposer dan produser lagu yang terkenal dari Australia sementara lagu itu mendapat gubahan dari Zamaera, Bryan B, Shou Raion dan Luca Sickta.
Lagu tersebut merupakan sebuah lagu dengan unsur nakal dan seksi tentang keyakinan diri serta kekuatan seorang wanita.
Ads
Mesej yang ingin disampaikan adalah bagaimana keyakinan diri dan keberanian seorang wanita dalam membuktikan bahawa setiap manusia itu berharga dan berhak untuk dihormati.
Menerusi lagu yang rancak dengan melodi yang menarik ini, DOLLA berharap dapat ia mampu memperkenalkan diri mereka sebagai kumpulan wanita generasi baru di negara ini.
“Kami mahu menghala perhatian kepada kepentingan merasa yakin dan selesa dengan diri sendiri. Wanita yang berkeyakinan tinggi akan lebih menyerlah dan menarik perhatian ramai pihak,” kata Syasya mewakili DOLLA.
Ads
Sementara itu, Sabrina menambah, single tersebut juga dapat membuatkan peminat untuk turut sama menari.
Ads
“Saya gembira kerana lagu ini menonjolkan kekuatan wanita. Bukan saja sesuai dimainkan di radio tapi ‘Make You Wanna’ membuat kita terasa ingin menari.
“Orang yang tidak suka menari pun akan menari bila mendengar lagu ini,” jelasnya.
Make You Wanna terbitan dan edaran oleh Universal Music Malaysia dan Lion Music Group Malaysia boleh didengari di semua platform pengstriman termasuk Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19, sudah menjadi kebiasaan ramai yang berkongsi aktiviti masing-masing di media sosial.
Baru-baru ini, pelakon Atikah Suhaime misalnya ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram.
Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd Suhaime meluahkan rasa rindu untuk bersolek dan bersiap.
“I miss wearing makeup and dressing up. Kat rumah jer dah macam rupa bibik dah,” tulisnya.
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin ekoran penularan wabak COVID-19, kebanyakkan lokasi dan premis diarahkan untuk ditutup buat sementara waktu termasuklah rumah ibadat seperti masjid, gereja, kuil dan sebagainya.
Lantaran itu, pelakon dan usahawan, Zoey Rahman ada berkongsi sebuah video yang sempat dirakam sewaktu pihak masjid di kawasan perumahannya membuat pengumuman supaya para jemaah tidak perlu datang ke masjid dan hanya menunaikan solat jemaah di rumah.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi pembesar suara masjid yang turut boleh didengari penduduk sekitarnya.
“Ya Allah, maafkan kami, angkatlah wabak ini dari kami,” tulisnya ringkas.
Video yang dikongsi dilaman Twitter itu menghadirkan rasa sayu di kalangan netizen.
Selain turut bersedih, rata-rata netizen turut menitipkan doa supaya wabak ini berakhir segara seterusnya berdoa agar segala aktiviti harian dapat dijalankan seperti biasa.
Bermula hari ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengurangkan pergerakan terutamanya aktiviti luar sebagai langkah pencegahan untuk membendung wabak COVID-19 daripada terus merebak.
Sumber: Twitter Zoey Rahman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Kena kuarantin dua hari.” Itu kata pelakon, Shakilla Khoriri yang baru-baru ini menjalani ujian saringan wabak Novel Coronavirus atau COVID-19 selepas mengalami demam panas dan batuk-batuk.
Terdahulu, Shakilla bersama suami, penyampai radio Fizi Ali dan anak mereka, Ameena Sofia bercuti di Eropah lebih dua bulan lalu.
“Sekembali dari bercuti di Eropah, saya dan anak bergilir-gilir alami demam. Sekejap demam dan sekejap baik.
“Kemudian saya ada juga penuhi beberapa komitmen lain selepas itu. Awalnya saya sangka ia berlaku disebabkan perubahan cuaca dan sebagainya.
“Kemudian suhu badan badan naik ditambah dengan batuk. Terfikir, simpton-simpton itu (wabak Novel Coronavirus) seperti ada.
“Saya ambil inisiatif ke hospital dan doktor menasihatkan saya untuk jalani ujian saringan.
“Saya ada beritahu tekak seperti ada luka gara-gara batuk.
“Ketika ujian, doktor ada bertanya sama ada saya ada ke luar negara dan sebagainya. Saya beritahu kami sekeluarga ke Eropah Januari lalu dan saya ada ke Pahang juga selepas itu.
“Ketika itu badan saya panas dan ada ketikanya mengigil.
“Darah saya juga turut diambil bagi mengesan punca, termasuk melakukan pemeriksaan di bahagian tekak, hidung dan telinga,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, sejurus ujian dilakukan, bintang Papa Ricky ini menarik nafas lega apabila dia disahkan bebas dari wabak berkenaan.
“Alhamdulillah, saya disahkan negatif coronavirus. Akan tetapi saya perlu menjalani kuarantin selama dua hari di rumah.
“Malah ketika itu pun, saya elakkan dari bersentuhan dengan anak untuk keselamatanya,” jelasnya lagi yang kini kian mengutamakan soal kebersihan serta penjagaan dirinya sekeluarga.
Terdahulu menerusi Instagram, Shakilla ada berkongsi mengenai hal sama beberapa hari lalu.
“Sambil memanjat rasa syukur, dia turut menghuraikan mengenai nikmat kesihatan yang dikurniakan Yang Esa.
“Betul lah duit tak boleh beli SIHAT. Nikmat waktu sihat ni sangat2 berharga cuma kita tak sedar. Alhamdulillah untuk kehidupan hari ni. Kesihatan yang baik. Perjalanan yang baik. Pertemuan yang baik.
Pengacara dan personaliti televisyen, Anim Ezati menyeru orang ramai agar berhenti mempersenda atau mempersoalkan perubahan fizikal yang dialami wanita selepas mereka melahirkan cahaya mata.