Tidak dinafikan, nama penyanyi Baby Shima,26, menjadi antara artis tempatan yang sering menjadi sorotan susulan menjadi ‘mangsa’ warganet di media sosial.
Apa jua yang Shima lakukan, ada saja yang tidak kena sehingga pelbagai kritikan diberikan terhadapnya meski ada ketikanya, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli ini hanya memberikan pandangan peribadi yang ada kebenarannya.
“Dari dulu saya tak pernah down pun kalau orang kecam sebab saya anggap orang yang suka mengecam ni adalah orang yang kurang kasih sayang.
“Mungkin jugamereka nipenganggur atau tak ada kerjasebab itulah kerja dia mengecam orang saja. Tak ada kehidupan. Kasihan pula saya rasa.
“Biasalah, kalau dah kurang kasih sayang tu, sanggup mengecam orang sana sini demi mendapat perhatian. Bila dah dapat perhatian, dia buat lagi dan lagi kerana obses untuk terus jadi perhatian.
“Bagi saya, apabila seseorang itu ‘lapar’ perhatian, jadi dia sanggup saja kutuk dan hina orang lain demi meraih tumpuan. Dia paling suka apabila ada pula netizen-netizen lain menyokong. Masa itu dia rasa hebatlah sangat
“Saya pun pelik, apa kepuasan yang dia dapat apabila mengecam dan memalukan orang lain. Bagi dia itu satu kemenangan ke?
Ads
“Memang dah tak tahu dosa dan pahala ke? Dosa dengan manusia, kena minta maaf dengan manusia yang dia kecam atau hina tu. Sempat ke nak minta maaf sedangkan kematian itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja,” katanya.
Dia pada masa sama akui, sudah kalis dan tidak kisah sekiranya ada kenyataannya dipertikaikan.
Terbaharu, Shima muncul dengan lagu Kena KecamPun Tak Kisah yang turut menampilkan Ifa Raziah dan Datuk Norman Abdul Halim.
“Lagu Kena Kecam Pun Tak Kisah ini mengisahkan tentang keadaan sekarang, ramai yang suka mengecam bukan sahaja kepada artis, malah bergaduh sesama sendiri dalam media sosial.
“Bukankah sepatutnya kita menggunakan media sosial untuk merapatkan silaturrahim sesama kita. Janganlah salah guna hingga setiap hari kita tengok ada saja kecaman.
Ads
“Apabila ada yang mengecam, maka timbullah pergaduhan dan ‘perang’ mulut. Maka ia turut mengajak orang lain untuk mengecam sama,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Shima juga menafikan cuba menyindir sesiapa menerusi lagu ini.
Ads
“Bukan sindir, tapi ini lah diri saya. Tak semua netizen suka mengecam, ramai saja yang suka berkongsi kebaikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
“Menerusi lagu Kena Kecam Pun Tak Kisah ini, sayahanya nak beritahu pada mereka yang suka kecam orang tu, kecamlah saya sepuas-puasnya, sebab saya tak kisah pun.
“Tapikalau dah sampai tahap memfitnah tu, atau dah melampau sangat, saya pun tak boleh berdiam diri juga. Sudah tentu saya akan ambil tindakan.
“Bagi saya kecam okay lagi, tapi kalau memfitnah ia boleh melibatkan ramai orang bergaduh. Ini sangat bahaya. Saya tahu takkan ada yang sempurna dalam dunia ni, tapi agak-agaklah kalau nak mengata orang pun, janganlah sampai memfitnah,” tambahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tertarik dengan kisah percintaan pasangan yang berasal dari China ini yang telah berkahwin sekitar bulan Mac lalu.
Apa yang menarik perhatian adalah si suami yang bernama, Lin Zhouqiang telah berkahwin dengan isterinya, Xu Qinqin yang tidak mempunyai hidung.
Perkenalan mereka berdua adalah melalui internet dan mereka menjadi semakin rapat hari demi hari dan kemudiannya Qinqin memberitahu Zhouqiang tentang keadaan wajahnya tanpa hidung.
Namun berita itu tidak merubah perasaan lelaki tersebut terhadap Qinqin. Bagi Zhouqiang mungkin ini sudah tertulis dan telah ditakdirkan untuknya. Dia juga seperti dapat merasakan kesukaran hidup yang dilalui oleh Qinqin dan kerana itu dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan wanita tersebut.
Menurut sumber dikatakan Qinqin telah kehilangan hidungnya akibat digigit tikus ketika usianya 29 hari.
Ibu kepada Qinqin, Lin Guangzhen memberitahu bagaimana kejadian yang tidak diingini itu berlaku. Dia berkata, dia telah meletakkan Qinqin di dalam bilik tidurnya dan kemudian keluar ke ladang.
Dua jam kemudian, ibu kepada lima orang anak ini diberitahu oleh anak sulungnya bahawa hidung Qinqin telah hilang dan pendarahan yang berlaku sangat dalam. Disebabkan oleh itu Qinqin membesar dengan wajah yang cacat.
Sungguh mulia hati Zhouqiang sanggup menerima kekurangan fizikal yang dialami oleh Qinqin.
Diharapkan kisah mereka ini menjadi inspirasi buat semua yang membaca dan perlu diingat cinta itu bukan hanya sekadar memandang rupa tapi apa yang lebih penting adalah hati seseorang itu.
Sumber: TUKO
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada pelakon popular, Nora Danish, Nedim Nazri mengimbau momen saat dia dan isteri tampil membantu menanggung kos rawatan seorang bayi yang mengidap penyakit kulit, Ekzema tahap kritikal pada 2018 lalu.
Menurut Nedim, sejak daripada peristiwa tersebut, hubungannya bersama keluarga bayi bernama Adriana itu bertambah akrab dan mereka saling berhubung antara satu sama lain.
“This is Adriana now. Pada 2018 saya berkesempatan untuk membantu seorang anak comel yang mempunyai masalah kulit yang kritikal.
“Saya dan isteri mengambil keputusan pada waktu itu untuk menampung kos perubatan si comel ini sepenuhnya dan semenjak itu ayahnya sering memberi update tentang perkembangan Andriana,” tulisnya Instagram.
Menerusi entri yang sama, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut berkongsi laporan berita terbitan Media Hiburan mengenai kisah tersebut yang ditulis empat tahun lalu.
Dalam pada itu, Nedim turut menzahirkan rasa teruja apabila Adriana kini telah pun memulakan sesi persekolahannya buat pertama kali.
Katanya lagi, doanya juga akan sentiasa mengiringi Adriana agar urusannya sentiasa dipermudahkan.
“Alhamdulillah after 4 years this beautiful girl is starting her 1st day of school. Syukur Alhamdulillah, uncle Du’aa kan semua di permudahkan untuk Adriana sekeluarga,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan terima kasih buat Nedim.
“Alhamdulillah, may Allah bless you and family.
“Allahuakbar, semoga Allah balas segala kebaikkan abangku. SubhanAllah saham akhirat yang tinggi dan besar nikmatnya.
“Ya Allah. Empat tahun dah. Rasa kejap je. Alhamdulillah.
“Semoga menjadi asbab saham pahala Boss Ned dan keluarga di akhirat kelak. InsyaAllah. Keep it up boss.
“Alhamdulillah, she’s so beautiful,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Nedim dan Nora mendirikan rumah tangga pada tanggal 30 Mac 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Mohamed Neqayl Nazri Aziz.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Nedim juga memiliki seorang cahaya mata lelaki bernama Mohamed Nedrin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Nedim Nazri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pengacara Shuk Sahar mengesahkan dia sudah sah bercerai dengan isterinya, Rossa Sera di atas persetujuan bersama.
Memetik mStar, Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37, telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syarikah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.
“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu.
“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” katanya.
Menurut bekas penyampai Hot FM ini lagi, hubungannya dengan bekas isteri akan kekal baik demi dua orang cahaya mata mereka yang kini menetap di kediaman keluarga Sera di Sabah.
“Sekarang saya hanya fokus pada anak-anak sahaja. Mereka tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak sulung sudah mula bersekolah darjah satu.
“Apa yang berlaku menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri.
“Semoga saya akan menjadi orang yang lebih baik di masa akan datang,” katanya lagi.
Untuk rekod, Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.