“Orang Yang Ada Adab & Berilmu Akan Lebih Tunduk, Bukan Meninggi Diri,”- Nasihat Adam Corrie Lee

Share

Pelakon Adam Corrie Lee telah memuat naik sekeping gambar menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi posting tersebut, pelakon berusia 50 tahun itu telah memberi kata-kata nasihat khusus buat para peminatnya.

“Bila Tak Ada Adab. Itu yg nak berdebat je. Asyik rasa diri lebih berilmu.Org yang ada Adab Dan berilmu akan lebih tunduk, bukan meninggi diri #muhasabahdiri #adamcorrie, ”tulisnya.

Pelakon yang pernah membintangi filem KL Gangster itu telah memberi kata-kata nasihat mengenai adab sesama manusia

“Lebih utama belajar adab daripada belajar ilmu… . Bila dah Ada Adab , ilmu yang dibelajar itu lebih BERKAT. . Adab & ilmu akan seiring. #nasihatuntukdirisendiri #adamcorrie”maklum Adam lagi.

Lantas, perkongsian saudara baru itu telah mendapat pujian daripada peminat.

Malah, peminat turut bersetuju dengan kata-kata nasihat yang dikongsi oleh pelakon yang berusia 50 tahun itu.

Foto : Instagram & Twitter Adam Corrie Lee

IKLAN