Pelakon dan usahawan Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, tidak menolak apabila diberi peluang untuk menjadi wajah wakilan untuk sesebuah jenama yang agak ‘lari’ daripada cabang hiburan kerana baginya, status seseorang selebriti itu kini kian besar, seiring dengan perkembangan semasa.

Che Ta berkata demikian kepada MH selepas ditanya apakah reaksinya apabila tawarkan untuk menjadi duta kepada sebuah syarikat pemaju terbesar di utara Malaysia, Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Berhad (TMB).

Pelantikan tersebut adalah bersempena dengan projek pertama kelolaan TMB di Negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Aman, yang juga merupakan tanah kelahiran bintang berusia 45 tahun itu.

Berbangga dan terharu, Che Ta dilantik sebagai duta untuk projek berkenaan semalam dua tahun dan proses perbincangan untuk melantiknya sebagai duta tidak memgambil masa yang lama.

IKLAN

“Orang Sudah Boleh ‘Letak Muka Kita’.Jual Rumah Pula,”-Dedah Che Ta Bila Dilantik Jadi Duta Projek Pemaju

“Ambil masa dua tiga bulan sahaja sebelum pihak saya bersetuju dan alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Bagi saya, kini status artis itu tidak hanya dipandang terhadap kepada hiburan atau kecantikan semata-mata.

 

“Tetapi ruang lingkupnya lebih daripada itu. Orang sudah boleh ‘letak muka kita’. Jual rumah pula…property,” seloroh Che Ta yang bersyukur meski kurang aktif terlibat di dalam mana-mana drama atau filem terbaru, namun rezekinya masih lagi ada.

“Orang Sudah Boleh ‘Letak Muka Kita’.Jual Rumah Pula,”-Dedah Che Ta Bila Dilantik Jadi Duta Projek Pemaju

IKLAN

Terdahulu, Che Ta ditemui media sejurus sidang media mengenai pelantikan tersebut yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, isteri kepada aktor Zain Saidin ini juga baru saja dilantik sebagai Ikon Jakel dan Ikon Anak Jadi Kedah. Selainnya, turut sama diangkat sebagai Ikon Anak Kedah ialah Janna Nick dan Fikry Ibrahim yang juga merupakan anak jati Negeri Jelapang Padi itu.

Foto: Instagram Rozita Che Wan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI