Penyanyi, Kaka Azraff mengakui dirinya pernah berdepan cabaran besar selepas membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Adam Azriff lebih dua tahun lalu.
Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff berkata, dia juga ada menerima komen negatif daripada rakan-rakan di sekeliling kerana ada yang mendakwa, Adam tiada memiliki pekerjaan yang tetap dan stabil pada ketika itu.
“Sejujurnya masa Kaka kahwin dengan Adam, dia memang tak ada apa-apa. Dia tak ada bisnes tapi saya tahu dia seorang yang rajin cuma mungkin pada ketika itu, rezeki belum ada.
“Namun tanpa fikirkan mengenai perkara tersebut, saya buat keputusan untuk kahwin dengannya.
“Jadi orang di sekeliling selalu cakap dan tanya, boleh ke dia jaga saya? Dia tak ada kerja nanti macam mana dia nak tanggung saya? Perkara ini banyak memberi tekanan kepada dia sebenarnya.
Ads
“Memang ketika itu dia tak ada apa-apa tapi orang lain tak tahu apa yang ada di dalam hatinya.
“Cukup atau tak cukup ke, hanya kami yang tahu. Orang luar hanya boleh bercakap sahaja. Jadi itulah apa yang kami lalui selama ini,” katanya jujur.
Kaka pada masa sama turut mendedahkan, dugaan rumah tangga yang dialami sering berpunca daripada pandangan orang sekeliling.
Ads
“Tahun pertama perkahwinan kami memang banyak sangat dugaannya dan ia bukan berpunca daripada kami berdua, tapi sebab kata-kata orang di sekeliling juga.
“Jadi pada Kaka, jangan dengar apa orang lain cakap dan bila kita sudah bertemu pasangan hidup yang serasi, hanya kita sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk pasangan,” akhirinya yang baru sahaja muncul dengan single terbaru, Janjiku.
Lagu hasil ciptaan komposer MFMF dan Tysha Tiar itu merupakan sebuah lagu yang mengisahkan tentang liku-liku kehidupan rumah tangganya bersama suami.
Ads
Imbas kembali, Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Aslan, setahun.
Foto: Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak kepada pelakon dan usahawan, Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim menjelaskan dia mengetahui mengenai kenyataan yang menjadi sorotan warganet sejak , pada petang Khamis.
Berkongsi menerusi aplikasi Thread, Marissa mengakui apa yang berlaku sudah pun selesaikan secara tertutup.
“Assalamualaikum semuanya. To clear the air about what was said – saya pun sama je macam you all, baru dapat tahu pasal all the statements petang tadi.
“Dari pihak saya, semuanya saya selesaikan secara peribadi dengan semua yang terlibat,” jelasnya.
Minta Maaf
Malah Marissa turut meminta maaf sekiranya apa yang terjadi menyebabkan berlakunya salah faham.
“Tiada balas-membalas di media sosial. Mohon hormati batasan kalian dalam hal ini ya.
“Saya minta maaf sekiranya ada khilaf atau menimbulkan salah faham,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, Asalam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby, juga menerusi hantaran di Thread.
Kata Aslam, 26, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun dia memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.
Abby dalam satu kenyataan pula menuntut agar Aslam memperincikan kesalahan yang pernah dibuat.
Foto Pusara
Sementara itu menerusi Insta Stories, Marissa turut berkongsi foto dipercayai pusara arwah anaknya yang dilahirkan secara pramatang.
Luah Marissa, dia tetap bersyukur kerana sempat melahirkan permata hati meski tidak ada rezeki untuk membesarkannya.
“Tiada siapa yang mampu melindungi kamu seperti mana aku pernah lakukan.
“Walaupun kamu tidak lagi di sini, apa pun yang terjadi, aku akan sentiasa menjadi pelindungmu.
“Alhamdulillah saya sempat mengandungkan dan melahirkan, cuma tak ada peluang untuk menjaga anak saya.
“Tapi tu bukan bermakna tiada kasih sayang dan ruang untuk berkata sesuka hati,” tulisnya.
“Saya tidak berniat untuk menyinggung sesiapa dengan cerita yang saya kongsikan tadi.
“Saya benar-benar minta maaf jika ia disalah tafsir atau disalah anggap,” kongsinya menerusi satu lagi hantaran berbeza.
Terdahulu pada Selasa lalu, Abby meluahkan rasa hairan apabila ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya iaitu Umisya Mazlan.
Bagaimanapun Abby mempersoalkan permintaan itu sebaliknya meminta Aslam perlu datang memohon maaf kepadanya.
Abby juga memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak menekan-nekan dirinya sehingga memaksa dia untuk bersuara.
Imbas kembali, Marissa bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Manakala Aslam dan Umisya pula mendirikan rumah tangga pada Julai 2020.
Pasangan ini pernah bercerai pada September 2023 sebelum kembali rujuk ketika dalam tempoh idah.
Hasil perkahwinan tersebut, Aslam dan Umisya dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia dua bulan.
Marissa juga pernah menjelaskan mereka kehilangan anak sulung ketika dilahirkan secara pramatang (6 bulan).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Duo pereka fesyen dari FM Group, Farel Mikhail dan Jonathan Kok, berdebar menanti reaksi masyarakat terhadap lagu raya pertama terbitan mereka, Si Gadis Lebaran, yang dinyanyikan oleh Aliff Azman.
Lagu ciptaan bersama Tya Amida dan Farel sendiri ini merupakan satu percubaan berani oleh FM Group dalam meneroka bidang muzik.
Menurut Farel, yang juga Pengarah FM Group, keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu hadir setelah melihat usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang berjaya menapak dalam dunia nyanyian.
“Tak dinafikan memang ada yang cakap, kalau dah jadi designer tu, tak payah sibuk nak cipta dan terbitkan lagu. Fokus sahaja dunia fesyen katanya.
“Bagi saya dan Jonathan, tak salah kami nak mencuba sesuatu yang baharu. Lagi pun fesyen dan dunia seni saling berkaitan. Belum cuba belum tahu.
“Biarlah apa orang nak cakap, kami ambil semangat Datuk Seri Aliff Syukri yang berani mencuba sesuatu yang baharu. Lihat beliau, orang nak kata apa sekalipun, dia tetap teruskan menyanyi.
“Beliau inspirasi kami. Semangat serta keberanian yang ditonjolkan dalam media sosial sebenarnya memberi dorongan kepada kami mahu pun orang lain yang mungkin masih ragu-ragu membuat keputusan dan takut menanggung risiko.
“Selain itu, antara tujuan kami buat lagu raya ini bukanlah sekadar nak memeriahkan sambutan Syawal dan industri muzik, tapi juga nak berkongsi bakat dalam bidang penulisan lagu,” katanya.
Farel berkata demikian ketika ditemui dalam acara Beautiful Malaysia: Celebrating Malaysia Foods, Arts, Culture and Fashion di Grandmama, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Si Gadis Lebaran Inspirasi Dari Siti Nurhaliza
Lagu Si Gadis Lebaran mengisahkan seorang wanita yang kelihatan anggun dan bergaya di pagi raya, dengan kejelitaannya semakin menyerlah apabila mengenakan busana tradisional Melayu.
Farel tidak menafikan bahawa penghasilan lagu ini adalah langkah pertamanya untuk lebih serius dalam bidang muzik.
“Ketika membuat lirik lagu ini, saya terbayangkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ini kerana, penampilan beliau yang sinonim dengan imej wanita Melayu.
“Bukan itu sahaja, beliau juga antara penyanyi yang mempunyai banyak lagu raya yang popular dan menjadi siulan ramai.
“Beliau juga merupakan bintang yang sentiasa memartabat budaya Melayu. Kami kagum sangat, di sebalik nama besar yang dibina, beliau tak pernah lupa akar budaya kita,” katanya.
Menurut Farel, percubaan pertamanya mencipta lagu dan lirik merupakan langkah awal sebelum melangkah lebih jauh dalam dunia muzik.
“Ada juga yang bertanya, kenapa tidak kami saja yang nyanyi lagu tersebut. Sebenarnya saya tiada bakat dalam menyanyi, tapi dalam cipta lirik dan melodi tu, saya berusaha yang terbaik dalam menggilap bakat yang ada.
“Saya sebenarnya serius dalam bidang ini. Selepas ini mana tahu saya boleh cipta lagu dan bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL). Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita tak mampu tolak.
“Namun, masih banyak yang perlu saya belajar lagi. Kena buat banyak research, hadiri kelas yang sesuai dan mungkin dalami seni muzik. Semua itu perlukan proses,” katanya.
Martabatkan Fesyen Tradisional
Dalam acara sama, Farel dan Jonathan turut mempersembahkan koleksi rekaan mereka, iaitu 13 jenis busana wanita Melayu dari pelbagai negeri di Malaysia.
“13 jenis rekaan busana wanita Melayu di Malaysia yang kami bawakan bukan sahaja sesuai dipakai ketika hari raya, malah pada hari lain juga. Boleh dikatakan juga 13 rekaan itu mewakili setiap negeri di Malaysia.
“Rekaan bermotifkan songket serta batik ini berinspirasikan wanita Melayu misalnya Puteri Perak untuk negeri Perak, Cik Siti Wan Kembang (Kelantan), Kebaya Sulam (Pulau Pinang), Kurung Riau (Johor) dan banyak lagi.
“Untuk 13 rekaan ini, saya turut bekerjasama dengan pereka fesyen dari Sarawak, Melakar, Pulau Pinang dan Kedah dalam memenuhi tema tradisional wanita Melayu,” katanya.
Malah Farel optimis menjelaskan Beautiful Malaysia adalah salah satu usaha dalam mengekalkan seni kebudayaan negara dan turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Untuk rekod, FM Group yang juga penganjur festival fesyen Precious of Malaysia sebelum ini pernah menerbitkan buku Pesona Kebaya secara eksklusif.
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, berkenan mencemar duli melancarkan buku Pesona Kebaya – Enchanting of Kebaya (Dwi-Bahasa) itu di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon remaja,Sweet Qismina ada memuat naik swafoto bersama pelakon Syafie Naswip di Instagram miliknya.
Malah,Sweet atau nama penuhnya Farhanna Qismina Supandi ini memuji sikap pelakon berkenaan yang disifatkan sebagai diri dan senang untuk ‘duduk semeja’.
“This guy, has been one of the best sparring to work with ever. We clicked in just a second.
“Why? We literally can sit down & share ideas, expand ideas, even create ideas of what we wanted to do for each and every scenes.
“Tak rasa malu, tak rasa kekok nak kerja. I adore and respect him especially when I knew, dia anak didik arwah Yasmin Ahmad.
“Yes, he’s a very pure low profile genuine guy. The best Abang to borak and share about dunia seni ( ilmu dia banyak gila he taught me A LOT example pasal WHAT. IS. METHOD. ACTING ).
“Sangat susah nak tengok dia mengamuk. He even ajar me sabar when it comes to rezeki dalam industri.
“Kami rezeki tak menentu, so we have to plan on how to save & rolling duit segala benda. Mungkin sebab we both dah start dari kecik, that’s why I faham segala benda yang dikongsi,” tulis Sweet.
Bagaimanapun,Sweet enggan menyentuh mengenai kehidupan peribadi Syafie yang melandanya baru-baru ini.
“About his life, I don’t have rights to respond anything act although ramai tanya ( probably sebab we’ve been working banyak kali ).
“What can I say is, Abang, hang buat silap memang kami maki, tapi adik tahu, you will never do something stupid without any solid reason.
“And for others, if dia salah, he will take responsibility and apologise. Otherwise, Get your damn responsibility and do apologies to him.
” Jangan dah jadi golongan waqaf dosa then buat bodoh pulak okay? Take care and Happy Birthday Abang @syafienaswip ! Better late than never kan?,” tulis Sweet.
Pelakon Nora Danish mengakui dirinya turut terkesan dengan nasib menimpa pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dari bangunan di kawasan sekolah.