Walaupun sudah hampir 10 bulan berlalu, pemergian pelawak, Allahyarham Abam Bocey masih lagi dirasai sehingga kini.

Terbaru, adiknya yang juga merupakan pelawak dan pengacara, Ali Puteh menyifatkan dirinya tidak mahu mengambil kisah mengenai tanggapan segelintir pihak mengenai keluarganya.

Menurut Ali, orang luar tidak akan pernah tahu apa yang terjadi di dalam keluarganya dan sekiranya masih ada yang menghina, dia memilih untuk memaafkan individu berkenaan.

“Orang Hina Pekakkan Telinga Kerana…,” – Hampir 10 Bulan Berlalu, Ali Puteh Mimpi Bertemu Arwah Abam

“Hari ni 10 hari bulan, genap 9 bulan pemergianmu abang. Kubur masih dilawati orang dan sentiasa bersih. Biar apa orang kata, orang hina pekakkan telinga kerana apa pon terjadi kita tetap adik beradik.

IKLAN

“Mereka tidak tahu apa-apa perihal kita. Hanya kita sekeluarga yang tahu. Maafkan je la mereka-mereka semua yang hina kita. Malam tadi mimpi kau datang bang jenguk kami, senyum je kau,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh juara Maharaja Lawak Mega 2019 itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Ali turut memanjatkan doa semoga arwah abangnya itu sentiasa tenang dan ditempatkan di kalangan orang beriman.

IKLAN

“Semoga tenang disana ye bang, mak sihat Alhamdulillah dan semua sihat. Semoga kau ditempatkan dikalangan orang beriman. Tengokkan Ainul Mardhiah ye dekat sana,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar Ali sekeluarga kuat menghadapi dugaan ini.

IKLAN

“Orang Hina Pekakkan Telinga Kerana…,” – Hampir 10 Bulan Berlalu, Ali Puteh Mimpi Bertemu Arwah Abam “Orang Hina Pekakkan Telinga Kerana…,” – Hampir 10 Bulan Berlalu, Ali Puteh Mimpi Bertemu Arwah Abam

Terdahulu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 10 Februari akibat demam panas.

Manakala sebelum ini pula, Ali pernah dihimpit kontroversi gara-gara insiden saman-menyaman melibatkan keluarganya dengan isteri Allahyarham Abam, Nor Hidayah.

Sumber: Instagram Ali Puteh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI