Beberapa hari lalu, pelakon dan pelawak, Abam Bocey ada memuat naik status menerusi Facebook yang seakan-akan membayangkan dirinya perlu lebih tenang apabila diri dihentam kerana bertubuh gempal.

Kongsinya, dia perlu relak dan perlu ingatkan orang tersayang selain tujuan bekerja dalam industri.

“Orang Dok Hentam Hari2 Gemok Bodoh, Gemok Babi. Tak Lawaklah,” – Abam Bocey

IKLAN

“Rileks kalau kena hentam…. Mmg kdg2 hiba rasa hati ni…. Rasa macam loser sgt…. Igt mak ayah… Igt tujuan kita dlm industri… Pastu kita doa kat ALLAH SWT… InsyaALLAH dipermudahkan.

 

“Aku ni org dok hentam hari2 gemok bodoh la gemok babi lah… Xlawak lah… Gemok ni kawen bini nak duit jer lah,” tulisnya.

“Orang Dok Hentam Hari2 Gemok Bodoh, Gemok Babi. Tak Lawaklah,” – Abam Bocey

IKLAN

Malah, bintang filem Jodoh Syaiton ini juga turut memaklumkan, ada ketika maruahnya seperti di letak hanya di bawah tapak kaki oleh orang tertentu. Jadi dia perlu cekalkan hati untuk cari rezeki.

IKLAN

“Aku ni smp maruah org boh bwh tapak kaki…. Stress kdg2 tp balik pada tujuan asal… Kita buat kerana apa…?,Utk siapa kita buat? Cekalkan hati kita cari rezeki.

 

“Maafkan org2 begitu… Hati kita tenang InsyaALLAH,” akhiri Abam yang turut tampil menerusi sebuah teleraya di samping Fasha Sanda sempena Syawal lalu.

Terkini, Abam mengakui dia sudah pun giat mengamalkan diet. Sehingga kini, berat badannya difahamkan sudah ‘hilang’ lebih 25 kilogram!

Foto: Instagram/FB Abam Bocey

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI