Tidak dinafikan, kalau bercakap mengenai seorang gadis cantik, pasti isu bimbo atau tidak cerdik akan menjadi isu, khasnya apabila melibatkan pencarian gadis.

Buat salah sedikit sahaja mulalah ada yang berikan gelaran berkenaan, meski tidak tahu hujung pangkal.

Memberikan reaksi mengenai perkara tersebut, pelakon dan pengacara, Scha AlYahya mempunyai pandangan tersendiri mengenai istilah bimbo ini.

“Bimbo? Orang cantik tak semuanya perfect dan pada Scha sendiri ‘beauty with brain’ ini bukanlah bersandarkan pada ‘brain’ semata-mata.

“Kadang-kadang, ia bagaimana kita membawa diri kita ketika berdepan dengan stress, kontroversi, spekulasi yang dilontarkan jadi sebagai selebriti kita kena hadap benda-benda macam ini.

IKLAN

“How you handle yourself, itu menunjukkan sama ada kita ni bijak dari segi EQ atau IQ. Itu sangat penting,” katanya kepada MH.

“Orang Cantik Tak Semua Perfect,” – Jawab Scha AlYahya Bila Ditanya Fasal ‘Gadis Bimbo’

Scha berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Memperkenalkan 12 peserta program Dewi Remaja 2018/2019 di Hard Rock Cafe, pada Rabu.

IKLAN

Dalam pada itu, Scha yang juga menjadi hos bersama Datuk Hans Isaac sebagai juri tetap Dewi Remaja turut menyatakan harapannya terhadap kesemua peserta yang terpilih.

“Saya harap dapat hasilkan ikon yang kita boleh bangga-banggakan dan menjadi inspirasi kepada generasi baru sebab kita tau sekarang ini arus baru di mana terdedah dengan banyak sosial media.

IKLAN

“Jadi saya harapkan benda-benda yang ada di sosial media, ikon-ikon dapat bagi contoh pada dia orang bagaimana nak bawa diri terutama dalam industri ini,” katanya lagi.

“Orang Cantik Tak Semua Perfect,” – Jawab Scha AlYahya Bila Ditanya Fasal ‘Gadis Bimbo’

Sebelum ini, umum sedia tahu Scha merupakan juara Dewi Remaja 2005/2006, diikuti Neelofa dan terbaru, Raysha Rizrose.

Foto/Instagram: Scha AlYahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI